Hadirnya Tengku Armell Medeleine tanpa dipinta dalam hidup Syed Ian Harith membuatkan hidupnya berubah 360 darjah. Disangkakan kejadian terakhir mereka bertemu adalah rancangan yang telah di atur buat Ian Harith nekad niatnya yang satu itu.
"We are...
Mata yang terasa sakit akibat ditumbuk kuat dari dua orrang yang tidak dikenalinya dibuka perlahan. Bunyi tapak kasut yang semakin menghampiri buat tubuh lemahnya semakin menggigil.
"Tu--Tuan Syed?"
Buk!
"Uhhukk.. Uhhukk.." Dia menahan perit di seluruh tulang belikatnya akibat pukulan kuat yang diberikan oleh lelaki yang baru sahaja muncul di hadapannya.
Tawa sinis tercetus dibibir lelaki yang berdiri tegak bersama kayu besi besbol itu. Puas. Puah melihat si dia terbaring lemah di kakinya.
"So... You know me." Bisiknya perlahan sambil kakinya melangkah mengelilingi si mangsanya yang sudah tidak bermaya. Batang besi berbentuk kayu besbol miliknya di seretnya bersama.
"I'm sorry. Don't kill me, Tuan Sye--Syed." Rayu lelaki itu lagi.
Hanya itu yang dia mampu, merayu kepada sang lelaki yang tegap berdiri di hadapannya. Walaupun dia pastu, rayuannya sama sekali tidak akan dilayan oleh lelaki kerabat diraja itu. Silapnya kerana menyentuh kepunyaan lelaki itu. Dan tidak sampai 12 jam, dia dijumpai dan di situ juga dia hampir lunyai dikerjakan.
Syed Ian Harith berdecit perlahan. Kakinya direndahkan. Besi besbol ditongkatkan di sisinya. Mata Emerald green miliknya tajam menikam lelaki dihadapannya itu. Lelaki yang berani menyentuh sesuatu yang sudah lama menjadi kepunyaannya.
"I'm not a good and patient man. And you touch what's mine, which mean you also touch me, man." ujarnya tenang sambil tangannya menepuk pipi yang berdarah akibat torehan itu beberapa kali.
Walau nada suara itu kedengaran tenang, namun aura hitamnya turut dirasai oleh semua orang yang berada di situ.
"Aku minta maaf. A--aku akan bagitahu semuanya. Tu--tuan tolong."
Mata Emerald nya dipejamkan seketika. Dia paling benci mendengar rayuan seperti itu. Sebaik sahaja matanya dibuka, panahan kornea itu terus tajam menikam ke arah satu tubuh kecil yang terbaring lemah di atas lantai sudut bilik tersebut.
Rahangnya mula bergerak-gerak. Tubuhnya yang bercangkung terus berdiri tegap. Besi besbol yang diselaputi darah itu segera diserahkan kepada Kyle.
"Bring him to my cage. Don't let him die. Bomb this house." Arahnya lalu kakinya terus melangkah ke arah sudut bilik itu. Tiada mood untuk bermain dengan mangsanya. Keadaan wanitanya lebih penting saat itu.
Tubuh yang tidak sedarkan diri itu diangkat perlahan-lahan dan dibawa keluar dari situ. Sampai sahaja di depan pintu utama, dia terus meloloskan diri ke dalam kereta yang sedang menunggunya.
"Mon manoir (My mansion)" arahnya.
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.