MR. HEARTLESS - 04

2.6K 278 33
                                    

"Your next chapter is going to be amazing, Chère"

Dia merengus kasar. Tanpa sebarang kata, barang-barangnya yang berselerak di atas meja itu terus disumbat masuk ke dalam bag sandarnya. Amira yang melihat tindakan Armell itu terus mendekat.

"Cik Armell nak pergi mana?"

Bag sandar jenama Coach itu disangkut pada bahunya sebelum berpaling pada Amira.

"Saya nak turun bawah. Cari kopi. You don't have to say anything. Bagitahu Aryan, saya turun ke bawah kejap. Text me when everything is ready. Saya akan naik semula." Ujar Armell.

"Tapi Cik Armell.. Meeting dah nak.... mula." Belum sempat menghabiskan ayat, kelibat Armell hilang dari pandangannya. Dia mengeluh. Terpaksa juga dia menjawab dengan Tuan Muda Aryan.

Sebaik sahaja dirinya melepasi pintu pejabat Aryan, Armell terus meloloskan dirinya ke dalam lif. Apabila matanya bertembung dengan mata Keith, tangannya terus menekan butang G. Nafas dihela perlahan apabila dia berjaya tinggalkan orang kanan abangnya itu.

"Fuh.. Selamat."

Apabila pintu lif terbuka di aras bawah, tanpa berpaling kiri kanan, Armell terus melajukan langkahnya ke luar pintu Wisma TA itu.

"Cik Armell! Stop there!"

Crap!

Langkah kakinya terkaku di pintu utama tersebut. Mata dipejam sejenak sebelum dia mengadap wajah yang selalu kelihatan serius itu.

"Nak apa? Boleh tak sehari jangan kacau I?" Ujar Armell geram.

"Nak lari mana? Tengku tengah tunggu dekat atas. Naik sekarang.." Arah Keith sambil bercekak pinggang. Pening dengan kerenah adik kawannya yang satu itu. Ada sahaja perangai yang boleh naikkan darahnya.

"No! I nak pergi beli coffee. Ada orang curi minuman I. So, I need a coffee. Kalau nak I naik, awak pergi belikan." Balas Armell sambil bercekak pinggang juga. Tidak mahu kalah.

Keith mengeluh. Tangannya naik mengaru kepala yang tidak gatal. Tahu sangat dengan Armell hantu kopi.

"Fine. Pergi naik atas. I belikan sekarang."

"No. I tunggu you dekat sana." Jari telunjuknya terus dihala pada sofa ruang menunggu yang terdapat di lobi tersebut.

Keith mengangguk lagi. Mengalah untuk kali ini. Kaki terus di atur ke bangunan seberang jalan dimana kedai kopi kegemaran semua orang.

Sebaik sahaja kelibat Keith tidak kelihatan, Armell terus berlari ke sebelah kirinya. Kakinya terus mendaki jejantas. Nafas lega dihela perlahan. Lega sebab dapat keluar dari situ dan lega dapat melarikan diri dari berdepan dengan datuknya yang garang dan Tuan Syed yang beku.

Telefon bimbit yang berdering di tangan di pandangnya. Melihat nama yang tertera di skrin telefon buat dia gigit bibirnya kuat. Kakinya berhenti di tengah-tengah jejantas, lalu nafas ditarik bersama geselan di skrin telefon.

"Hello.. Tengku Armell Medeleine, where are you? Come back here. NOW!" Telefon yang ditekap pada telinga terus dijarakkan. Boleh pecah gegendang telinganya akibat jeritan kuat Aryan.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: May 28 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Princess Mr HeartlessWhere stories live. Discover now