"Your next chapter is going to be amazing, Chère"
Bunyi derapan kasut yang melangkah masuk ke dalam bangunan serba mewah itu mula menarik perhatian mereka yang berada di situ. Wajah yang beku itu sedikit pun tidak menunjukkan sebarang reaksi.
Mata emerald green itu sempat menjeling sekilas ke arah mereka yang kelihatan mula berbisik-bisik sesama sendiri. Panahan mata itu serta merta buat mereka terdiam lalu menyambung semula kerja yang terhenti sebentar tadi.
"Tell everyone to do their work or else give me a resignation letter in 24 hours." tutur Syed Ian Harith kepada pembantu peribadinya, Rafie.
Dia paling tidak suka pekerjanya mencampuri urusan peribadinya walaupun semua itu sedikit pun tidak menjejaskan kerjanya. Namun baginya, untuk dapatkan kualiti kerja dan suasana kerja yang baik, perkara seperti itu tidak seharusnya berlaku dalam sesebuah organisasi.
"Noted that." balasnya sambil hayunan kakinya mengikut langkah bosnya masuk ke dalam pejabat.
"My schedule." Pinta Ian Harith bersama tangan yang lincah membuka butang coat sebelum coat tersebut disangkut di tempat yang tersedia.
Tiga butang kemeja putihnya turut dibuka. Itu adalah perkara pertama yang dia lakukan semasa berada di pejabat. Baginya seharian memakai pakaian formal, sangat membataskan pergerakkan dan agak merimaskan.
"You have a meeting with Tengku Aryan from Aminuddin's Holdings tomorrow morning and your flight at 11.00 am. Sebab itu aku dah kosongkan jadual kau untuk minggu ini." Jelas Rafie dengan senada yang juga merangkap sahabat baik Ian Harith.
Sebaik sahaja mendengar jadual kerjanya, laju sahaja kepalanya mendongak ke arah Rafie bersama dahi yang berkerut seribu.
"What? Wait, isn't this meeting supposed to be next week?" soalnya keras. Dia paling pantang apabila jadual kerjanya di ubah tanpa pengetahuan dan persetujuannya.
"Yes. But I'm really sorry. I try to call you last night but you didn't answer and I thought you already read my email. Setiausaha Tengku Aminuddin call aku petang semalam untuk ubah meeting tu pagi esok. Ini adalah permintaan Tengku sendiri." Kata Rafie dengan tenang walaupun pada hakikatnya dia kecut perut melihat wajah tegang bosnya itu, namun pengalaman bertahun menjadi PA dan sahabat kepada Tuan Syed Ian Harith buat situasi seperti itu sudah lali dengannya.
"What about Tengku Aryan? Did he know about this?"
"Yes. He already knows about this. And he will wait for you there."
Syed Ian Harith mengangguk kecil. Matanya segera dijatuhkan pada helaian kertas yang bertimbun didepannya itu. Melihat situasi seperti itu, Rafie terus meminta diri dan meninggalkan kawannya melakukan kerja tanpa sebarang gangguan.
Sebaik sahaja kelibat Rafie hilang, dia terus meletakkan pen yang berada ditangannya ke atas meja. Hela nafas dilepaskan. Kerusinya terus dipusing ke belakang. Mengadap dinding cermin yang menampakkan bangunan-bangunan tinggi berdiri gah.
Namun tidak sampai seminit dia mengelamun, deringan telefon bimbitnya sedikit menganggu ketenangannya pagi itu. Melihat nama si pemanggil yang tertera di skrin, jarinya laju saja menggesel ikon hijau tersebut.
"Hello. Assalamualaikum."
"Waalaikummusalam, bonda. Yes bonda. Anything that I can help you with?" soalannya itu buat Sharifah Isma tergelak kecil.
"Amboi.. Harith perli bonda ke ni?" Soalan dibalas dengan soalan.
Ian Harith tersenyum kecil.
"Mana ada. Ya bonda. Bonda ada nak apa-apa dari Harith ke?" Soalan sama dia ajukan setiap kali wanita itu menghubunginya. Pasti ada saja agenda yang dia aturkan.
YOU ARE READING
Princess Mr Heartless
RomanceHadirnya Tengku Armell Medeleine tanpa dipinta dalam hidup Syed Ian Harith membuatkan hidupnya berubah 360 darjah. Disangkakan kejadian terakhir mereka bertemu adalah rancangan yang telah di atur buat Ian Harith nekad niatnya yang satu itu. "We are...