"KAU JANGAN TIRU SEMUA APA YANG ARWAH MAMA BUAT BOLEH TAK?"
Petang itu aku betul-betul marah dekat Putri. Sikit lagi aku nak naik tangan dekat dia. Entahlah, bagi aku semua benda yang dia buat tak kena dekat mata aku, mesti teringatkan arwah Aliya...
"Nanti lepas kita kahwin, I nak buka business. I nak beli rumah besar dekat you, I belikan kereta idaman you, you nak Volvo xc40 kan? I promise I will do anything untuk bahagiakan u. So that, u tak payah buat apa-apa. Enjoy je dengan semua harta I hahahahaha"
Perbualan di telefon aku dengan Aliya pagi itu membuatkan aku lebih bersemangat untuk menghalalkan Aliya. Kami sebaya. Baru je lepas habis diploma. Aku ingat aku nak sambung degree terus, tapi keluarga Aliya nak sangat ada someone yang boleh galas tanggungjawab diorang untuk jaga Aliya. Bagi aku, sebagai ibu-bapa, selagi anak tu belum kahwin, masih lagi menjadi tanggungjawab mereka untuk jaga anak diorang sampai bila-bila. Entahlah, mungkin sebab parents Aliya dah berumur. Mungkin diorang takut kalau lepasni mereka tak mampu nak jaga Aliya dengan baik lagi.
Hari ini aku cuti, biasanya kalau waktu cuti macamni aku akan duduk rehat dekat rumah sambil layan Netflix. Tapi harini aku nak jadi productive sikit, so aku kemas rumah aku yang dah seminggu tak terkemas. Bukannya aku taknak kemas sebelum ni, tapi sebab terlampau busy cari duit. Pagi kerja office, malam jadi rider makanan. Yelah, zaman sekarang ni kalau ada degree pun susah betul nak dapat kerja. Aku ni nasib baiklah ada cable. Aku kerja dekat satu company ni. Pengarah company tu kawan baik papa aku. Dato' Borhan. Orang kuat dekat Syarikat Eshan Media Design. Lepas aku habis SPM je papa dengan Dato' Borhan dah bincang untuk aku kerja dekat company dia. Aku bukan jenis yang cerewet, aku ikut je apa yang papa aku suruh. Tengah sibuk-sibuk mengemas aku terdengar loceng rumah berbunyi. Ada juga suara lelaki sedang memanggil nama aku.
"Assalamualaikum, Izz? Ada orang tak dekat rumah?"
Suara macam aku kenal. Aku terus ke pintu untuk tengok siapa yang datang.
"Waalaikumsalam, eh Zarif kenapa tak bagi tahu nak datang? "
" Lah, kan semalam aku dah call kau. Aku cakap nak datang. Kau lupa ke?"
"Err ada eh aku tak ingat pulak" Muka aku berkerut.
"Tak sekarang ni kau nak bagi aku masuk tak? Kalau taknak aku balik."
"Eh masukla tapi aku tengah mengemas sikit ni, kau okay kan?"
Zarif terus masuk ke dalam rumah aku dan melulu ke dapur nak cari makanan. Taktahu malu betul.
Zarif ni kawan baik aku dari sekolah rendah lagi. Boleh dikatakan yang Zarif ni macam adik-beradik dah. Aku ni anak tunggal, memang kadang-kadang hidup aku sunyi. Sejak arwah mama dengan papa meninggal dunia masa aku baru nak masuk universiti dulu, dia lah kawan yang sentiasa ada dengan aku. Aku ingat lagi masa aku disahkan mengalami depression. Aku sering pergi ke salah satu klinik psikiatri yang berjarak lebih kurang 15km dari rumah aku. Zarif lah yang selalu teman aku ulang-alik ke klinik setiap kali ada appointment. Doktor kata, aku jadi macamni disebabkan tekanan perasaan yang aku alami sejak kehilangan mama dengan papa dalam hidup aku.
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
Sebelum aku ke fasa depression, terdapat 3 fasa yang akan dilalui seseorang individu apabila menghadapi berita kematian orang yang disayangi. Fasa pertama ialah, fasa penafian diikuti dengan fasa kemarahan, fasa tawar menawar dan akhirnya ke fasa kesedihan ataupun dikenali sebagai depression.
Kehilangan seseorang dalam hidup kita, ibarat dicucuk pisau tembus ke isi. Sakit, berdarah dan terluka. Selagi tidak ditarik pisau daripada isi, selagi itu darah akan mengalir. Apabila darah telah berhenti mengalir, ditukar menjadi luka. Luka yang dalam itu pula akan meninggalkan parut.
Begitulah perasaan apabila seseorang yang kita sayangi, meninggalkan kita seorang diri. Terlampau banyak kesan daripada sebuah kehilangan.
Jam menunjukkan pukul 6.30 p.m. Aku teringat yang malam ini, aku dijemput ke rumah Aliya untuk makan malam dengan keluarganya. Zarif pun dah balik ke rumahnya tadi. Tiba-tiba dapat call daripada ibu dia. Ada emergency katanya. Aku anggukkan sahaja.
Selesai solat maghrib, aku bersiap dan terus ke rumah Aliya.