"Saya En. Kamal, wakil daripada Jabatan Agensi Pelancongan Sabah dari Syarikat Sabtravel.
"Okay, ada apa ya?"
"Saya harap tuan bersabar dengan berita yang saya akan sampaikan. Saya nak beritahu yang ibu-bapa tuan sekarang berada di Hospital Semporna. Mereka dalam keadaan kritikal akibat daripada terkena tembakan rambang"
Aku terdiam, telefon yang kugenggam terlepas. Lemah badanku. Air mata berlinang seperti air terjun yang deras. Telinga berdesing seolah terkena pukulan kuat. Jeritan di hati seakan menggoncang bumi.
Selepas terima panggilan daripada pihak agensi pelancongan, aku terima berdesup panggilan lain termasuk ahli keluarga dan pihak polis. Seperti yang dimaklumkan pihak polis, serangan yang dilakukan adalah daripada pemberontak Filipina. Seramai 7 orang yang cedera parah akibat serangan yang dilakukan. 2 orang pula telah diculik oleh pasukan pemberontak tersebut. Serangan yang dilakukan sekitar jam 8.30 p.m itu berlaku di sebuah restoran di Pulau Pom-Pom di Semporna, Sabah.
Hasil intipan dan siasatan, pasukan pemberontak tersebut meminta wang tebusan sebanyak RM50,000,000 sebagai wang tebusan. Pihak ESSCOM ( Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah ) dan pihak polis segera melakukan operasi khas untuk menyelamatkan 2 orang tebusan tersebut.
Keesokan harinya, aku dan beberapa ahli keluargaku bergegas ke KLIA 2 untuk ke Sabah. Sepanjang perjalanan ke Sabah, Maklong sentiasa meminta aku untuk bersabar dan banyakkan berdoa. Situasi kami semua amat sayu. Hanya bercakap apabila perlu. Tiba di hospital, kami perlu menunggu pembedahan yang dilakukan sehingga selesai. Aku hanya mampu berdoa kepada tuhan supaya kedua ibu bapaku dapat diselamatkan.
" Ya Allah, yang Maha suci lagi Maha mendengar. Aku titipkan kedua tanganku dengan perasaan sayu. Kau berikanlah kekuatan kepada ibu bapaku untuk bertarung dengan kesakitan yang dilalui. Kau permudahkanlah segala urusan di dalam bilik pembedahan itu. Selamatkanlah mereka Ya Allah. Aku hanya mampu mendoakan kepada mereka. Sesungguhnya engkaulah yang Maha Mengetahui segalanya. "
Pembedahan telah selesai. Doktor bergegas ke arah kami untuk melaporkan hasil pembedahan. Kini degupan jantungku lebih laju berbanding sebelum ini. Kesemua ahli keluarga sedang berkumpul untuk mendengar hasil keputusan pembedahan.
"Pembedahan telah selesai. tapi maafkan saya, saya harap semua orang boleh terima dengan hati yang terbuka dan redha. Hasil pembedahan menujukkan bahawa mereka berdua tidak dapat diselamatkan. Kami dah lakukan semua cara yang terbaik untuk selamatkan mereka berdua, tapi masih gagal"
Mendengar sahaja keputusan tersebut. Aku meraung sekuat-kuatnya. Air mata mengalir kehampaan. Dunia aku gelap serta merta. Ya Allah, ujian apa yang kau berikan kepadaku ini? Kenapa kau begitu kejam terhadap ku Ya Allah? Sekelip mata diri aku menjadi yatim piatu. Diri aku seperti tidak mampu untuk dikawal. Tanpa berfikir, aku berlari kearah doktor untuk menyerangnya tetapi berjaya dihalang oleh ahli keluargaku. Aku letakkan kesalahan tersebut ke atas doktor itu.
Kenapa aku nak serang dia?
Ke dia saja taknak selamatkan papa dengan mama? Doktor ni tipu aku ke?
Kalau aku halang mama dengan papa bercuti dekat sini?
Kenapa Dato' Borhan offer mama dengan papa untuk bercuti kat sini?
Kenapa dengan fikiran aku ni?
Apa yang dah jadi dengan aku?
Salah siapa sebenarnya papa dengan mama mati?Fikiran aku terlampau bercelaru.
Doktor kata, keadaan papa dengan mama terlampau teruk. Tembakan terkena pada bahagian dada mereka. Terlampau banyak darah yang hilang dalam badan mereka. Arwah mama dengan papa perlu dibedah siasat dahulu sebelum proses pengebumian dijalankan. Segala surat pengesahan dan dokumen-dokumen lain diselesaikan oleh Paklong dan Maklong. Aku hanya mampu menangis dan terus menangis. Air mata darah sekalipun tak mampu untuk kembalikan mereka.
"Izz...Izz..."
Suara lembut ni, macam aku kenal.
"Izz.. Izz kena kuat ya"
Aku toleh kebelakang.
"Mama? Mama?!!"
"Maafkan mama atas apa yang mama dah buat dekat Izz selamani. Dulu mama selalu abaikan Izz. Bila Izz dah besar, kita dah rapat, mama pulak yang pergi dulu"
"Mama! Mama belum mati kan? kenapa mama cakap macamni ?!!"
"Mama sayangkan Izz. Jaga diri baik-baik ya anak mama sorang ni. Mama dengan papa akan selalu ada dekat dengan Izz."
"Tapi mama dengan papa dah takde, macam mana mama nak dekat dengan Izz?"
Aku menangis teresak-esak.Mama datang menghampiri aku. Mama terus peluk aku.
"Izz kuatkan semangat ya"
Mama pegang dada aku
"Mama dengan papa akan selalu ada dekat sini."
Tangisan aku semakin kuat.
"Izz tahu tak apa maksud nama Izz tu? Maksud nama Izz tu adalah "kekuatan". Jadi mama nak Izz cuba sedaya upaya untuk terus bertahan. Doakan mama dengan papa nanti ya.
Aku hanya memeluk mama sekuat-kuatnya.
"Mama pergi dulu ya..mama sayang Izz sangat-sangat. Anak mama, Izz Rayqal."
Aku tersedar dari mimpi itu. Mimpi yang memberi kesan yang sangat dalam. Terngiang-ngiang suara mama dalam kepalaku.
Bukan salah tuhan sebab tak makbulkan doa aku, tapi salah aku sebab marahkan ketentuan-Nya. Aku percaya akan ada hikmah disebalik semua yang berlaku. Tapi Kenapa aku masih tak mampu untuk menerima takdir yang telah ditentukan? Aku buntu. Masih awal untuk perasaan redha itu muncul dalam hati aku.
BEBERAPA HARI KEMUDIAN
Jenazah arwah mama dengan papa selamat dikebumikan di Tanah perkuburan islam di Kuala Lumpur. Aku terlihat sosok tubuh yang sangat aku kenal berada di situ. Ya, tak silap lagi. Dato' Borhan. Insan yang paling aku benci ketika itu.

ANDA SEDANG MEMBACA
PRIORITI
Fanfiction"KAU JANGAN TIRU SEMUA APA YANG ARWAH MAMA BUAT BOLEH TAK?" Petang itu aku betul-betul marah dekat Putri. Sikit lagi aku nak naik tangan dekat dia. Entahlah, bagi aku semua benda yang dia buat tak kena dekat mata aku, mesti teringatkan arwah Aliya...