"Awal lagi nak pergi sekolah ni, tak nak sarapan dulu?,"tanya suara garau dari belakangnya.
"Tak apa lah ayah, Rea nak jumpa kawan Rea dulu. Nanti Rea sarapan dengan dia je lah,"jawabnya.
"Haa ye lah. Jalan hati-hati, kalau nak lintas jalan tu tengok kanan kiri. Lagi satu, kirim salam ayah kat kawan kamu,"pesannya sebelum menghulurkan tangannya ke arah Rea.
"Okay ayah, Rea jalan dulu. Assalamualaikum,"pintanya selepas menyalam tangan ayahnya yang sudah kelihatan tidak berdaya itu lalu melangkah pergi.
"Waalaikumussalam,"kedengaran suara yang perlahan tersebut dari jauh menjawab salamnya.
Dalam perjalanan ke sekolah, gadis itu menunggu lampu isyarat tersebut bertukar isyarat untuk memberi laluan kepada pejalan kaki.
Setelah lampu tersebut bertukar, Rea melihat kanan dan kirinya sebelum melintasi jalan. Mana tau lah kan, biar ada orang nak lintas masih ada yang bawa kereta laju-laju. Tak pasal-pasal cerita ni sampai sini je HAHAHA
Tibanya Rea di sekolah, terhinjut bahu gadis itu kerana ditepuk kawan baiknya yang dari tadi mengikutinya dari belakang.
"Wargh! Apa tuuu!,"jeritnya. "Woi nenek! Ni aku lah, tak kan lah kau tak perasan aku ikut kau kat belakang dari tadi?,"sampuk Freya apabila mendengar jeritan dari kawan baiknya.
"Ouh, lah memang tak perasan pun hehe sorry,"jawabnya sambil tersengih menunjukkan gigi putihnya yang tersusun cantik itu.
"Apa-apalah. Kau teman aku sarapan boleh? Aku belum sarapan lagi sebab nak jumpa kau awal-awal,"pinta Freya sambil berjalan dengannya. Dia sahaja lah kawan yang satu-satunya setia dengan Edrea sejak dia masih 14 tahun.
"Boleh! Lagipun aku belum sarapan juga hehe. Oh-ya, ayah aku kirim salam kat kau,"sambungnya. "Haa waalaikumsalam. Kalau macam tu kita sarapan kat kantin sama-sama lah,"katanya sambil menunding jarinya ke arah kantin. "Okay, jom!,"
Selesai sarapan, mereka berdua berbual-bual sambil kaki melangkah ke kelas. Maklumlah first day masuk sekolah baru, mata para pelajar di sekolah internasional itu tidak lari ke arah mereka berdua yang menjadi pelajar baharu di situ.
Lebih-lebih lagi pada Edrea. Rambut perang dan matanya yang berwarna biru laut itu menarik perhatian pelajar-pelajar di situ. Sikapnya yang baik dengan semua orang juga serasi dengan rupa ayunya yang tak terkata.
"Wehhh, dorang tengok kau lah! Kan betul aku cakap, kau tu cantik, tapi tak nak mengaku,"kata Freya yang menyedari banyak pelajar lelaki terpaku melihat kecantikan kawannya itu.
"Dah la cantik, comel, ayu, manis, putih, ramping, lawa, pandai pula tu,"sambungnya lagi.
Ya, memang banyak yang memerhatinya kerana dia adalah pelajar baharu. Tapi.. macam tak percaya, orang miskin macam aku sekolah kat sini.
"Bukan tak nak mengaku, memang aku tak cantik lah"sahutnya.
"Eh, kau ni. Lantak kau lah, kat mata kau lain, kat mata orang lain. Jom masuk kelas, aku tak nak kita lambat-lambat kat sini huhu,"kata kawan baiknya itu sambil menarik tangan Edrea untuk masuk ke kelas.
ー Titik Terakhir ー
Miss Jenny yang menyedari dua pelajar perempuan baharu yang berada di luar kelas itu dengan lajunya memanggil dua pelajar itu untuk melakukan sesi perkenalan antara pelajar baharu.
"Okay class, listen here. Today you got two new students who will study in this class and those two new students are girls"laung Miss Jenny di dalam kelas itu.
Edrea dan Freya melangkah masuk ke dalam kelas setelah menyedari isyarat dari Miss Jenny untuk masuk.
Cantik siak..
YOU ARE READING
EDREA KHAYRANA : TITIK TERAKHIR [OG]
Romance1st Novel "Woi perempuan! Kau nampak tak pistol kat tangan aku ni. Baik kau bla, sebelum aku tembak kau kat sini," "Tembaklah! Ingat saya takut!? Pistol mainan pun nak main ke?!," DAMIAN LEE - Seorang jejaka yang akan mengambil alih tugasnya sebagai...