BAB 8

8 10 0
                                    

Whiippp!

Masuk sosok kepala pelajar lelaki itu maju menoleh penghuni di kelas kami, tersentak bahu semua pelajar termasuk kami, matanya meliar mengesan kami semua serta melihat suasana kelas. Dia mengundurkan kepalanya lalu meneruskan langkah yang dihentikannya untuk masuk ke dalam. Tanpa salam mahupun senyum, dia menjejak kakinya buat kali pertama di kelas baharu tersebut.

Dia meneruskan langkahnya setelah berada di dalam kelas kami lalu mengambil tempat meja di belakang pada tepi tingkap. Sorakan turut dialun oleh pelajar di sekelilingnya tapi dia berbuat langsung menghiraukan sorakan itu seperti tiada apa-apa yang terjadi. Tak adalah handsome sangat pun, tapi...

Sombong.

Bukan mamat sos tomato, tapi ada iras rupa macam dia. Adik dia ke? Rupa dah nak sebiji, perbezaan jelas dari umur bahawa dia kelihatan muda. Arghhh! Serabut nak fikir. Dah kelmarin aku dengan Eya baru sekolah kat sini, dahtu ada lagi pelajar baharu. Baru dua hari dah macam-macam pula yang jadi sejak aku pindah kat sini.

"Haa handsome kan?,"tegur Freya kepadaku. Mungkin dia menyedari mata aku tak lari, tak berkelip dari memandang kehadiran pelajar lelaki itu. Aku hanya melemparkan pandangan remeh pada Freya, mamat sos tomato lagi handsome. Eh...

Wajah menyakat Freya, Eve, Aireen dan Hasya masih ditayang tidak terhenti. Aku yakin mereka berempat mempunyai niat sebulat niat bersama, ingin mengenali pelajar lelaki itu dengan lebih rapat perlahan-lahan sehingga mendapat nombor telefonnya.

Bunyi sorakan pelajar masih memenuhi seisi ruangan di kelas, pelajar luar kelas juga turut mengunjungi kelas kami, ada juga yang mengintainya pada selakan tingkap luar kelas. Paling teruk, ada pula yang berani cuba mengambil rakaman dan gambarnya secara sembunyi-sembunyi.

Aku rasa tak ada yang menarik tentang pelajar lelaki tu, dia cuma pendiam, sombong dan, pelik. Ya, pelik. Pelajar perempuan yang lain juga cuba mengajak berbual dengannya untuk berkenal, ada yang bertanya tentang namanya, dari mana ataupun statusnya. Malah pelajar lelaki itu tidak mengeluarkan suaranya dan tidak menjawab satu soalan pun yang ditanyakan, seolah-olah dia tidak mendengar atau melihat pelajar yang melilinginya. Isi fikiranku sekarang dipenuhi dengan dia dan mamat sos tomato, serius nak mirip aku tengok rupa diorang berdua.

ー Titik Terakhir ー

Dalam keriuhan yang sedang terjadi kerana kehadiran pelajar baharu itu, ada juga keriuhan yang bising hampir mengalahkan sorakan pelajar yang bersesak di luar kelas iaitu kehadiran Zarul dan gengnya. Bahu mereka semua dilanggar tiga pelajar itu sambil memandang sinis pada pelajar di luar, ada yang menjeling padanya, tapi lebihnya takut akan kumpulan pembuli itu.

Mereka masuk ke dalam kelas dengan lagaknya, menghampiri meja masing-masing. Zarul memandang ke belakangnya sebelum mencampakkan begnya, dia memandang kami dengan remeh. Pandangan dingin dibalas Freya, pertemuan antara dua pelajar itu menjadikan suasana senyap dan seram. Pelajar yang menyorak turut terdiam hanya dari melihat pandangan maut antara dua remaja yang kelihatan sibuk berperang mata.

Tiada yang mampu menghentikan pergaduhan antara mereka apalagi cuba untuk mendamaikan suasana tersebut, semua pelajar hanya meneguk air liur sendiri. Aku yakin pelajar sekeliling Freya masih gerun dengannya kerana herdikannya yang lantang semalam, akibat tidak dapat mengawal emosi marahnya itu sampai menengking pelajar yang tidak bersalah. Mujur juga kami ikhlas dimaafkan oleh semua rakan sekelas kami.

"Eya,"aku menggapai tangan kanannya disebelah ku. Gadis itu menoleh sejenak padaku, aku menggelengkan kepalaku berkali-kali supaya mengabaikannya sahaja. Dia tersenyum lalu mengusap tanganku seperti meng-iya-kan kemahuanku. Perhatian pelajar di luar juga turut teralih pada kami.

EDREA KHAYRANA : TITIK TERAKHIR [OG]Where stories live. Discover now