"Nama saya Edrea Khayrana, panggil saya Rea,"perkenalanku masih diiring dengan senyuman. Dylan membalas senyumanku sambil mengangkat tapak tangannya yang terlabuh bersama lengan di atas mejanya melambaiku. Wait- WHAT!?
Peliknya...
Seisi kelas apa lagi? Haa bukan main riuh rendah ye. Super terbuntang mata sahabatku, sangat terkejut dengan tindak balas Dylan kepadaku. Aku juga turut terkejut, pelajar yang telah memperkenalkan dirinya dahulu langsung tiada tindak balas dari Dylan. Bahkan dengan Aireen juga begitu, tiada reaksi atau wajah yang ceria terukir di wajahnya. Malahan giliranku pula di balasnya, siap dengan lambaian lagi.
Ada pula di kalangan pelajar perempuan memberikan reaksi yang sama, iaitu terkejut, dan tergila-gila akan senyuman manis lelaki itu. Tetapi selebihnya merenung tajam penuh dendam padaku. What? Ya Allah. Ini kan hanya sesi perkenalan?
Dia hentikan lambaiannya lalu menempatkan semula tapak tangannya bertemu permukaan meja. Sebelah tangan pula menongkat dagu, masih merenungku. Tanpa tercegat lagi, aku melebarkan senyumanku, aku tunduk pada Dylan sebentar. Badan diangkat semula lalu aku bersuara ikhlas. "Selamat berkenalan!"ramah penuh ceria ku tutur padanya.
Dan. Dia. Tersenyum. Lagi.
Aku memusingkan badanku kembali pada posisi asal, kerusi ditarik lalu kutempatkan kedudukanku. Sorakan seisi pelajar di dalam kelas melahirkan suasana yang semakin hiruk-piruk. Lebih rancak iaitu dari sahabat-sahabatku, bukannya bersorak, malah menjerit teruja seperti baru sahaja menang duit banyak. Kecuali Zarul, Amir dan Syafraz.
Aku hanya buat-buat tidak tahu, tapi setelah aku kembali pada kedudukan ku, aku dapat rasakan ada mata yang memerhati. Sekilas aku mendongak kearah Teacher Olivia. Ya, dia merenungku, tetapi dengan renungan yang menayangkan senyuman yang menyakat. Hingga berkerut kening ku memandang wanita itu. Inilah isi-isi kelas gred V-A, teacher borek, student rintik.
Bilangan pelajar tak sampai 30 pelajar pun, tapi bisingnya kemain lagi macam 60 pelajar. Kalau dah seorang ketawa, semua juga turut ketawa. Dah macam keluarga, semua saling prihatin dan kebahagiaan dikongsi bersama, tiada yang kurang mahupun lebih.
ー Titik Terakhir ー
Suasana kelas kembali senyap setelah Teacher Olivia menghentikan keriuhan yang bagi wanita itu kononnya tidak senonoh. Sesi perkenalan masih dilanjutkan, aku mengerling mataku pada jam di atas dinding papan putih. Lama lagi. Tetapi aku juga menanti nombor giliran sahabatku yang belum dipanggil.
Menunggu, menunggu, menunggu...
HREETTT...
Heretan kerusi yang kuat terdorong mengundur itu membuatkan lamunanku terbatal sekali lagi, aku mencari pemilik heretan kerusi itu. Freya. Dah agak dah, mesti dia. Aku menggeleng kepalaku apabila gadis di sebelahku itu memandang ku sebentar. Tersengih kembang pula dia jadinya. Gatal.
Hasya, Eve dan Aireen juga turut berhuha-huha melihat keterujaan Freya. Tahu juga gadis itu gugup melihat renungan dari Si Dylan Cepmek. Freya menguatkan suaranya supaya seisi kelas turut mendengarkan ia. "Selamat berkenalan, nama saya Freya Adriana. Panggil Eya,"full smile senyuman gadis itu.
Dylan?
Lelaki itu tersenyum nipis, membalas senyuman Freya. Bersinar-sinar mata gadis itu melihat balasan dari Dylan. Rupanya, dengan Freya juga dia senyum. Lah. Jealous ke Rea oii?
Tak mungkin.
Dan
Tak akan.
Aku suka pun tak, jealous? Lagilah tak. Nampaknya keempat-empat sahabatku amat teringin berkenalan rapat dengan Dylan. Entah apa yang menarik pada lelaki itu. Sempurna memang sempurna. Tapi... entah. Memang rasa tak ada yang menarik pun. Mungkin hanya aku yang pelik disini. Yelah, kan semua minat kat dia, teruja bagai nak kenal dengan dia.
YOU ARE READING
EDREA KHAYRANA : TITIK TERAKHIR [OG]
Dragoste1st Novel "Woi perempuan! Kau nampak tak pistol kat tangan aku ni. Baik kau bla, sebelum aku tembak kau kat sini," "Tembaklah! Ingat saya takut!? Pistol mainan pun nak main ke?!," DAMIAN LEE - Seorang jejaka yang akan mengambil alih tugasnya sebagai...