Dengan pantas aku mencuci pinggan mangkuk itu terus kususun dengan rapi dan elok. Aku mengelap tanganku yang baru sahaja selesai dari melakukan kerja, melangkah ke bilik untuk bersiap, aku perlu ke kedai untuk membeli barang keperluan rumah. Makin lama makin kurang barang keperluan kat rumah, harga pun dah la naik.Aku menyarung kain bawal itu dan membetulkan tudungku, kerongsang di ambil lalu di cucuk pada kain bawal di bawah daguku. Siap! Aku mengambil dompet dan memasukkannya ke dalam beg tanganku, langkah dibuka ke ruang tamu untuk memberitahu ayah terlebih dahulu.
"Ayah, Rea nak pergi kedai sekejap, Rea nak beli barang rumah. Kejap lagi Rea balik, ayah kat rumah hati-hati ya," pintaku, aku menyambut tangan ayahku yang duduk elok ke atas kerusi untuk menyalamnya. "Ye lah, Rea pun hati-hati juga, tengok kiri kanan sebelum lintas jalan," pesannya padaku.
Aku mencium tangan lelaki itu, tangan lelaki itu kupandang sejenak. Inilah tangan yang penat mencari nafkah untukku. "Baik ayah," kataku. Aku memakai kasut lalu membuka pintu terus melangkah keluar untuk berbelanja barangan rumah.
Jalan juga masin sesak, makiumlah kenderaan banyak sebab pelajar di ambil untuk pulang ke rumah. Mata mellar melihat kiri dan kanan silih berganti, tiada kereta. Lampu isyarat juga bertukar ke warna merah. Aku bergegas melintas supaya tiada lagi kereta yang memecut ke arahku. Peristiwa masa tu memang begitu syulit untuk dilupakan.
Kaki dijejak ke mall yang tidak jauh dari rumah, mall itu kelihatan besar di dalam. Kedai yang pelbagai dengan variasi dan berinovasi jualan sendiri itu tersusun sebaris melilingi kawasan mall, siap bertingkat lagi. Satu persatu kedai aku terokai, satu persatu barangan aku beli. Mata masih meliar mencari kedai yang lain, jumpa.
Aku masuk ke kedai itu dan membeli apa yang patut, kena tengok harga juga. Duit ni mana cukup sangat, yang penting ada bekalan makanan. Mataku tertancap pada minyak masak di tepi ku, aku menghampiri stesen itu lalu aku belek botol minyak masak itu. Kena check betul betul, kandungan, logo, harga. Check!
Aku meletakkan botol minyak masak itu pada bakul. Tiba-tiba bahuku dilanggar oleh seorang lelaki, langgaran tadi membuatku terdorong ke belakang sedikit sehingga pinggangku terkena bucu meja yang berada di belakangku. Sakitnya...
Dia ni tak nampak jalan ke? Badan je besar biji mata tak eh? "Lain kali tengok jalan, kau tak nampak ke aku nak jalan tadi?," tegur lelaki itu. Eh? Aku pula yang kau salahkan, memang nak kena.
"Awak tu yang tak tengok jalan, lain kali besarkan sikit biji mata tu, badan je besar. Nak harap tengok jalan pun tak nampak,"balasku. Fuhh! Pedas mat. Pertama kali aku menegur orang dengan sebegitu. Aku masih mencuba menangkap wajah lelaki itu. "Dahtu?,"suara lelaki itu membalas.
Eh... Macam kenal? Suara pun. Takkanlah... Aku memandang jelas figura lelaki yang menghadapku itu setelah menggosok-gosok bahagian yang terkena bucu tadi. Aik?! Mamat ni lagi? Ya Allah, benar sekali, rupanya mamat yang langgar aku ni mamat yang hampir langgar aku tengahari tadi.
Jejaka itu masih mengenakan pakaiannya yang serba hitam. Haih, nampaknya, mamat ni memang tak ada mata. Tadi tengahari hampir langgar aku kat tengah jalan, sekarang pula nak langgar aku kat sini. Apa dia buat kat sini? Tak ada tempat lain ke?
Ish. Mulutku mula meleter dalam hati sendiri, menyampah. Lelaki itu memandangku dari atas ke bawah, eh eh mamat ni. Semua kau nak scan, tak cukup lagi ke scan masa tengah hari tadi? Kat tengah jalan lagi tu, tak ada masa nak buat pemeriksaan mata ke?
"Dam, aku dah jumpa sos tomato ni. Mana-," ayatnya terhenti setelah melihat keberadaanku. "Eh- kau awek yang kitaorang hampir langgar kat tengah jalan tu kan?,"lelaki itu menegurku. Eh, ni kan si kembar ramah? Agaknya yang lain ada juga ke?
YOU ARE READING
EDREA KHAYRANA : TITIK TERAKHIR [OG]
Romance1st Novel "Woi perempuan! Kau nampak tak pistol kat tangan aku ni. Baik kau bla, sebelum aku tembak kau kat sini," "Tembaklah! Ingat saya takut!? Pistol mainan pun nak main ke?!," DAMIAN LEE - Seorang jejaka yang akan mengambil alih tugasnya sebagai...