BAB 7

14 10 0
                                    

Hari ini adalah hari kedua gadis polos itu bersekolah di sekolah baharunya, masih sahaja menjadi perhatian pelajar di sekolah itu. Gadis itu turun ke sekolah awal sedikit kerana mempunyai kerja sekolah yang tidak sempat disiapkan, jadi dia memilih untuk menangguhnya dan turun awal ke sekolah supaya kerja sekolahnya dapat disiapkan sebelum waktu belajar bermula.

"Awal kau sampai?,"tiba sahaja Freya disekolah itu terus menegur Edrea yang masih menyiapkan kerja sekolahnya. Freya melihat tugasan yang kawannya siapkan itu, terus teringat bahawa dia juga masih ada kerja sekolah yang belum siap. "Oh iyaa! Aku belum buat yang ni, kita buat sama-sama eh?,"pinta kawan baiknya.

"Boleh, nanti senanglah nak jawab. Lagi pun soalan yang ni aku bingung sikit,"Edrea menundingkan jarinya pada soalan itu. "Alah senang je tu, meh aku ajar,"mereka menyiapkan tugasan itu bersama-sama.

"Nampaknya aku betul, kawanku yang cantik, ayu, manis, lawa dan cakep ini disukai banyak pelajar lelaki,"katanya tiba-tiba, lah? Bila masa pula ni? "Mana adelah Eya,"nafiku. Bukan tak percaya, aku cuma tak mahu perasan macam ratu diva kat sini.

"Eh, kau tu cantik apa? Sejak tahun pertama aku kawan dengan kau, asal aku kata kau cantik mesti kau nafikan. Cubalah yakin sikit, aku tengok bestie aku ni makin lama makin cantik je. Siap ada peminat lagi tu, kau dah lupa dulu sampai peminat kau bagi hadiah, tu pun kau tolak,"dia membebel padaku. Sifatnya yang suka membebel masih saja bersamanya sejak tahun pertama kami berjumpa, macam-macam dia nak bebel aku.

"Dah lah bijak, rajin, baik, cergas, mulia, beradab, kemas, sopan, genius, pemalu dan yang paling penting, kiyowo hehe,"sambungnya lagi. "Kiyowo? Apa tu?,"aku menyoal. "Bahasa Korea bagi 'comel',"balasnya. "Ouh, eh mana ada. Janganlah puji lebih sangat,"masih tetap dengan penafianku.

"Masih tak nak mengaku eh?,"dia bertanyakan soalan itu kepadaku, haa aku dah boleh agak apa yang dia akan buat. Masa kitaorang dah tahun kedua berkawan sekitar umur 15 tahun...

Dua tahun yang lalu...

"Mengaku je lah yang kau tu cantik, lagi pun memang cantik apa?,"jelas Freya, pertengkaran di padang itu berlaku pada waktu PJ. Aku hanya mengeluh, mengapa kita tidak PJ saja?

"Oh, okay. Kau tak percaya lagi kan yang kau tu cantik?,"soalnya seperti mencabarku. Tiba-tiba Freya berlari ke tengah padang, terus tertumpu pada Freya menarik nafas berat dari jauh. Apa yang dia nak buat ni?

"WEH KORANG, CANTIKKAN AWEK KAT DEPAN TU?!,"gadis itu menyoal dengan menjerit supaya beberapa pelajar yang bersukan di padang itu mendengar soalannya. Perhatian pelajar disitu teralih kepada Freya lalu kepada Edrea.

"Astaghfirullahalazim allazi la ilaha illa huwal haiyyul qayyum wa atubu ilaih,"aku beristighfar dengan sifat kawanku yang sebegini, ganas, lasak dan ekstrem penuh tenaga. Aku menggeleng.

Kedengaran juga suara pelajar yang meng-'iya'-kan soalan Freya itu, ada juga yang mengangguk juga bersorak. Buat malu aje lah Eya ni, aku melayangkan tanganku supaya Freya datang kesini semula.

Gadis itu menyedari isyarat dari layangan tanganku memecut berlari ke arahku sambil tersengih hingga ke telinga, aku menggeleng kepala. Pap! Bahunya kutepuk sedikit kuat, Freya mengadu sakit. Tau pun, kau jerit tadi nak aje aku berguling kat tengah tu.

"Kau memang gila,"aku berkata kepada kawanku itu. Sesudah bahunya ditepuk, mampu lagi dia menyengih. Suka pula dia sakat satu padang, kalau boleh nak satu sekolah dia tanya. "Sekali-sekala, haa sedar dah tak diri tu cantik? Ke tak lagi?,"perkataan 'tak lagi' itu ditekannya untuk menyakatku lagi.

"Ye lah, aku sedar. Aku cantik.. macam kau,"aku mula menyempat. Freya ketawa ikhlas, suka ler tuu. "Aku tau aku cantik, kau tu,"ujar kawanku. Aku mengukir senyuman, tidak lebar, tidak nipis.

EDREA KHAYRANA : TITIK TERAKHIR [OG]Where stories live. Discover now