Tiga pasang kaki keluar dari mall selesai membeli, mereka berdua juga sudah membeli barang tadi. Audi R8 berwarna hitam kelihatan dari jauh, menjadi perhatian orang diluar mall itu. Hitam itu premium, eksklusif, anggun dan ter-VVVIP. Kereta mewah lagi tu, ada lagi siap selfie lagi dengan kereta tu. Mentang-mentang tuan badan punya kereta membeli-belah, memandai pula nak bergaya jadi hak miliknya.
Terhentinya langkah kami bertiga di depan kereta itu, mamat sos tomato menurunkan plastik yang dipegangnya ke lantai. Kunci kereta dalam poketnya diambil, punat 'unlock' itekannya.
Manusia yang kembang hidung dengan gayanya itu tersentak akibat bunyi signal kunci kereta itu terbuka, dia menjarakkan dirinya dari kereta itu. Kawannya pula meletakkan telefon bimbit ke dalam beg, tak tahu kalau tuan badan punya kereta itulah yang dari tadi berdiri memandang perlakuan dua manusia itu.
Si mamat sos tomato tersenyum menyenget. Damn-, mamat ni.. dia kan, macam 'he is scary but at the same time he knows how to be hot'. Aku melihat senyum sengetnya itu buat kali kedua, terimbas dengan kejadian tadi tengahari. Mukaku berona merah semula, mana nak tapuk? Kedua-dua tanganku memegang plastik, sebelum diorang nampak, baik aku tapuk muka ni.
Pucat muka nampak?
Si mamat sos tomato itu hanya melemparkan pandangan yang dingin dan cukup tajam untuk memahamkan mereka supaya sedar. Aku pun nak naik seram tengok pandangan mamat ni, serius nak mampus. Tapi iye lah, para gadis mahupun wanita boleh cair tengok dia lama-lama. Dia dan si kembar ramah juga menjadi perhatian orang di luar, lagi lagi kalangan perempuan.
"Alahai dah putih muka tu, terlebih pakai foundation ke, dah nampak malaikat maut?,"perli si kembar ramah. Cukup pedas untuk dua manusia yang penuh lagak tak bertempat itu. Aku menahan ketawa melihat muka dua manusia yang memucat berdiri seperti tunggul kayu, langsung tidak bergerak mahupun bersuara.
"Lain kali kalau nak lagak guna harta orang, jaga-jaga sikit, jangan sampai tuannya tahu lah ye? Realize that you can't avoid something unpleasant, and so accept it. Bite the bullet,"sambungnya lagi. Tatabahasanya dalam Bahasa Inggeris sangat lancar, siap ada ungkapan lagi pada akhir perliannya.
Dua manusia lagak itu mengangguk laju lalu pergi meninggalkan kawasan itu, takkan lah tak malu kat depan orang ramai?
Kami bertiga hanya memandang pemergian dua manusia itu lalu membuka pintu kereta juga pintu belakang kereta, plastik yang berisi barang keperluan itu dimasukkan kedalam. Dua jejaka itu sudah masuk ke dalam kereta. Aku mengambil tempat duduk di belakang mereka berdua, selesa.
Enjin dihidupkan si mamat sos tomato, nampaknya dia yang pandu. Penghawa dingin kereta juga dihidupkannya, dalam perjalanan untuk aku dihantar pulang ke rumah.
"Awek, kau ada boyfriend tak?,"si kembar ramah membuka mulut setelah beberapa minit sudah berlalu dimana kami bertiga masih dalam perjalanan. Si mamat sos tomato pula masih fokus dengan pemanduannya. "Tak ada,"dua patah kata itu sudah cukup untuk aku menjawab soalan jejaka itu, tiba-tiba sahaja dia bertanyakan soalan sebegitu.
Aku melihat cermin kereta di depan, tudungku yang kelihatan selekeh sedikit kubetulkan. Tiba-tiba mata si mamat sos tomato tertancap pada cermin kereta, mata bertentang mata. Kini aku dapat melihat warna matanya dengan jelas, dia memandangku beberapa saat, terus kembali memandang hadapan. Wha- EYE CONTACT?!
Mataku terbuntang sedikit luas, pandangan dia tak dingin, tapi.. macam nak bagi tahu sesuatu. Aku masih membetulkan tudungku, kini aku terlihat dia seperti tersenyum menyenget. Lagi. Muka dah buat hal, pipiku kemerah-merahan. Cepatlah balik, nak meletup aje aku kat dalam kereta ni.
Aku melarikan mukaku dari terdedah kelihatan pada cermin itu, kedinginan penghawa dingin itu tidak dapat menyejukkan semula hatiku yang baru sahaja cair oleh kehangatan si 'dia'. Amboi author.
YOU ARE READING
EDREA KHAYRANA : TITIK TERAKHIR [OG]
Romance1st Novel "Woi perempuan! Kau nampak tak pistol kat tangan aku ni. Baik kau bla, sebelum aku tembak kau kat sini," "Tembaklah! Ingat saya takut!? Pistol mainan pun nak main ke?!," DAMIAN LEE - Seorang jejaka yang akan mengambil alih tugasnya sebagai...