MATA mereka sama-sama memandang ke dada langit yang dipenuhi bintang bekerlipan. Senyuman masih tidak lekang dari kedua-dua wajah ceria dan tenang itu.
Si lelaki menoleh pada sang anak yang baru berusia tiga tahun sedang melukis bercahayakan lampu taman khas di rumahnya sebelum mata itu menoleh ke arah si isteri yang sedia memegang jiwanya. Perut isteri yang memboncet diusap perlahan.
"Anak ayahanda baik je dalam ni, kan bondanya?"
"Baiklah, ayahandanya pun. Pukul lapan dah, memang waktu dia tidur." Balas si isteri bersama senyuman manis di wajah. Kepala si anak di antara dia dan suami diusap perlahan.
"Baby dalam perut ni dah tiga bulan, kan sayang? Kalau lelaki, abang namakan. Kalau perempuan, sayang namakan. Okay?"
"Boleh, abang. Abang dah ada nama ke?"
"Kalau lelaki, abang nak letak Tengku Amsyar Aryan Adni. Sayang?"
Kepala diangguk seketika. "Sedap nama tu. Kalau sayang pula nak letak Tengku Asyikin."
"KAU memang tak nak keluar ke?" Soal lelaki itu sebelum bahu rakannya yang sedang termenung sugul ditepuk perlahan.
Dia menggeleng. Wajah pucat terbaring kaku ditenung lagi.
"Kau dah berapa hari macam ni. Makan pun berapa lama dah tak jamah, mandi apatah lagi. Hospital ni dah nak terbalik pun kau tak kisahkan."
"Aku tak kisah. Aku tak nak tahu. Aku cuma nak dia sedar." Itu dia, ayat pertama yang keluar dari mulutnya selepas sebulan bermuram durja dan hanya menangis.
"Kau rasa, bila isteri kau sedar and nampak kau macam ni, dia tak sedih ke? At least, jagalah penampilan kau sikit. Kau tu.."
"Aku tak nak!" Jeritnya perlahan. Lebih tepat, suaranya hampir tiada dek kerana tiada pengaliran air mahupun makanan melalui tekaknya.
Air matanya mengalir lagi.
"Aku tahu tu. Aku pun kalau boleh nak isteri kau sedar. Tapi, kalau aku jadi isteri kau, aku sanggup koma balik. Tak nak aku dapat suami buruk macam kau. Dengan misai panjang tutup mulut. Janggut sampai boleh buat tocang. Rambut kau tu aku macam nak buat jadi tali rapia. Panjang sangat! Eh cliche sangatlah kau ni." Bebel rakannya itu.
Mata dipejam erat. Mulut bising rakannya langsung tidak dihiraukan. Wajah pucat milik sang isteri dipandang dalam. Sayang, tolong sedar. Baby minta maaf, rintihnya.
DIA merenung jendela yang bertutup cermin putih bersih. Tirai jendela itu juga tidak bergerak, menandakan peraliran udara yang tidak kuat.
Tangan yang sedia memegang sebatang mawar merah yang tadinya berada di sisi kini dipandang penuh tanda tanya. Belum termasuk dengan mawar merah yang ada dalam pasu di atas meja tepi katilnya lagi. Mawar merah hidup, tanda ada orang yang menjaganya setiap hari.
Dia mengeluh lagi. Sudah dua jam dia begitu. Namun, dua jam itu juga dia tak mampu mencari sebarang jawapan. Nurse yang keluar masuk dari tadi juga tidak menjawab sebarang soalan yang diberinya.
Siapakah dia? Kenapa dia tak mampu untuk mengingat perkara yang telah terjadi? Apa yang telah berlaku kepadanya?
Bunyi pintu digeser perlahan menandakan kehadiran seseorang kedalam bilik itu. Dia mengangkat muka.
Nurse lagi. Cuma kali ni bersama seorang doktor lelaki.
"Maafkan saya. Saya ada emergency operation sewaktu cik Puteri sedar. Saya akan lakukan pemeriksaan kesihatan sekarang, ya?"
Dia yang digelar Puteri hanya memandang dengan wajah yang penuh tanda tanya.
"Cik ingat nama penuh cik?"
Dia menggeleng.
"Umur?"
Gelengan diberi lagi.
"Tarikh lahir."
Masih gelengan sebagai jawapan.
Doktor tadi mengeluh perlahan. "Nama penuh cik ialah Puteri Ayuni Asyiqin. Berumur 24 tahun, based on your identification card, lahir pada 16 Januari. Buat sementara waktu ini, hanya suami cik yang kami kenal. Dan cik Puteri terlibat dalam kemalangan, koma selama empat bulan bermula Oktober tahun lepas."
Puteri hanya menayang wajah blur. Satu informasi pun dia tak dapat masukkan ke dalam otaknya. Ibarat otaknya terlalu berat untuk mencerna.
Bunyi geseran pintu sekali lagi kedengaran sebelum sebatang tubuh tegap melaluinya.
"Sayang?"
YOU ARE READING
QUEEN
Fantasy𝙛𝙞𝙧𝙨𝙩 𝙫𝙚𝙧𝙨𝙞𝙤𝙣 𝙤𝙛 -de' Bunga- Cinta? Tengku Imran Haikal Adni? Bagai langit dengan bumi! Dia sendiri pun tidak percaya akan cinta, akan perempuan, inikan pula nak bercinta? Lambat lagi! Setiap kali disajikan dengan soalan 'bila nak kah...