HIM - t w o -

6 0 0
                                    

BERLARI-lari dia ke arah bahagian emergency, hanya untuk disajikan dengan Imran yang elok berbaring atas stretcher. Siap tersenyum pula tu.

"Hoi!" Bahu Imran ditepuk.

Imran berdecit. "Kau nak apa Abu Samad?"

"Wahai Samdul Abdul Talib, tidakkah dikau mahu ke bahagian west wing untuk berjumpa dengan sang baginda yang memerintah?"

"Kau merepek apa ni Bedah?" Tikah Imran lalu bangun dari katil. Kasut dipakaikan ke kaki semula.

Harith mengeluh. "Che Puan dah cari kau. You better be fast Imran. Bergegar satu hospital dek jerkahan dia tu nanti." Balasnya dengan wajah serba salah.

Bukan dia tak tahu betapa bencinya Imran dengan Che Puan Maliza. Buktinya, Imran elok berbaring di emergency section sedangkan wanita hampir separuh abad itu sibuk mencarinya.

"Dia nak apa pula kalini?"

Terpandangkan rakannya yang mengangkat bahu, menyebabkan Imran memusingkan bebola mata. Penat!

Dengan langkah perlahan, dia berjalan ke lift. "Dia kat mana?"

"West wing."

"Dia buat apa kat bilik aku?"

Sekali lagi Harith mengangkat bahu. Imran yang dicari, dia yang nak terkencing sebab risau.

Beberapa minit berada dalam perut lift yang kini di tingkat paling atas, mereka menyambung membuka langkah ke arah west wing yang dikhaskan untuk Tengku Imran Haikal.

"Imran Haikal Khalish Adni, where have you been?" Suara petir Che Puan Maliza sudah menyambut mereka yang baru ingin membuka pintu.

"Aik, pintu tak buka lagi pun dah kena serang." Decit Imran. Sebut nama bapa pula, tersedak ayahanda kat rumah.

Pintu dibuka. Sengihan ditayang.

"Hai makcik."

"Makcik? Call me aunty!"

"Tak ada beza punlah makcik." Jawab Imran bersahaja. Tempat duduknya diambil. Kasut kembali ditanggal, kaki disilakan di atas kerusi. Perfecto!

"Aunty tu kelas sikit."

"Kelas ke berapa?" Sahut lelaki itu sekali lagi. Kali ni, matanya dipejam. Tanda terlalu banyak masalah dunia yang perlu difikirnya.

"Tak kisah lah kelas ke berapa pun. Kenapa you tak operate Aiman? Kenapa mesti doktor Harith yang bedah dia? You tahu kan Aiman tu anatara patient penting kita? Dia anak Tan Sri Zakaria."

Imran memuncung. Soalan darjah tiga pun dia yang kena jawab ke? "Sebab.. saja?"

"What do you mean by 'saja'? Hidup patient kita bergantung pada you, Imran Haikal!"

Mata Imran terbuka, elok memandang siling yang berwarna putih bersih. Tak hingin memandang wajah penuh bahan kimia di hadapannya. "On me? Then, how about the other doctors? Kalau dah bergantung pada I, kenapa kena ada doktor lain?"

Che Puan Maliza berdengus. "You sengaja buat-buat tak faham kan? Imran, tolonglah jangan buat perangai. Pemilihan jawatankuasa hospital akan berlangsung tak lama lagi. You jagalah nama I sikit."

"Wait, wait, hold up. Apa kena mengena I dengan pemilihan tu? I tak ada serah nama pun?"

"Memang you tak ada serah nama, tapi nama I ada!"

"Then? You tu bukan bonda I yang I kena jaga nama baik you."

"You kena sedar, you tu bawah penyeliaan I."

Imran mengangkat kening seraya tersengih.

"Eh you tu yang kena sedar, hospital ni ayahanda I punya. Sikit masa nanti, entah-entah you kena buang. Takut tak sempat jalan pemilihan pun. I tak kisah, pergi mana pun I masih pewaris yang akan dapat hospital ni." Decit Imran.

Harith yang diam sedari tadi sudah tersenyum panjang. Go Imran go!

Che Puan Maliza terpaku. Sungguh, ini kali pertama Imran melawan katanya.

Imran tersenyum kecil. Kau nak arah aku? Kau tu siapa je makcik?

QUEENWhere stories live. Discover now