HER - o n e -

8 0 0
                                    

[per.mai.su.ri] | ڤرمايسوري

Definisi : 1. isteri raja, raja perempuan; 2. si isteri (biasanya dlm bahasa puitis)

PUTERI sibuk mengelap meja makan yang baru ditinggalkan pelanggan ketika Kak Imah datang menghampiri. Bahu si gadis dua puluhan itu disentuh lembut.

"Nanti dah siap kemas meja, naik ke pejabat akak kejap ya?"

"Okey kak." Balasnya. Pinggan dan segala utensil yang digunakan pelanggan diletakkan ke dalam dulang lalu dibawa ke dapur. Tugasnya selesai disitu. Biarlah team yang menjaga kawasan dapur mencuci pinggan dan cawan yang dibawanya tadi, seperti biasa.

Pintu bilik Nurhazimah diketuk perlahan. Kaki Puteri dibawa melangkah ke dalam ruang kerja sederhana besar itu. "Ya Kak Imah?" tegurnya dengan hormat.

Walaupun mereka rapat, namun itu tidak dijadikan ticket untuknya bersuka ria bersama bossnya itu.

"Puteri dah berapa tahun kerja dengan akak, tak berniat nak cari kerja lain ke? Dari kafe lama, sampai ke restoran ni, Puteri masih setia dengan akak." Soal kak Imah selepas menyuruh gadis itu duduk di hadapannya. Secawan teko diiring ke arahnya, tanda dipelawa.

Dahi mengukir kerutan halus. "Baru tiga tahun kan? Kat sini pula baru empat bulan, sejak kafe dan restoran ni dibuka. Kenapa Puteri kena cari kerja lain, sedangkan kerja kat sini pun seronok. Kitorang pun dah macam family." Balasnya.

Kak Imah tersenyum, suka akan jawapan itu. "Manalah tahu, kalau-kalau Puteri ada jumpa kerja kosong. Puteri tak nak timba pengalaman lain ke?"

"Tak naklah, takut nanti perigi cari timba." Jawab Puteri sambil berseloroh. Teh dihirup perlahan.

"Apa salahnya? Mana tahu, kot-kot nanti lekat kaum kerabat ke? Puteri juga yang seronok, senang." Kak Imah tersenyum.

"Seronok memanglah seronok, tapi kahwin kena ada cinta." Balas Puteri perlahan. Entahlah, dia masih belum terfikir untuk berkahwin. Hidup Puteri Ayuni Asyiqin hanyalah kerja, kerja dan kerja.

"Bercinta je lah."

"Eh, mahu ke kaum kerabat kat Puteri ni? Kerja sebagai pelayan je, jatuh air muka diorang nanti."

"Apa salahnya? Nanti laku lah kedai kak Imah."

Mereka berdua ketawa.

"Laku tu baguslah, tapi kita ni kena lah cari yang setaraf. Kaum kerabat tak akan pandang Puteri ni."

Kak Imah tersenyum manis. "Eh akak lupa. Panggil Puteri ke atas ni bukannya nak kenenkan Puteri dengan mana-mana kaum kerabat. Akak kena ambil cuti lusa, untuk seminggu. Akak nak gantikan tempat akak dengan Puteri. Boleh ke?"

"Puteri kena buat apa?"

"Tak ada apa sangat pun. Just pantau pekerja-pekerja kat bawah tu lah. Tengok-tengokkan cashier, layan pelanggan. Macam biasa, cuma berat sikitlah sebab workers bergantung pada Puteri."

"Kenapa Puteri? Laila kan ada?" Soal Puteri lagi. Laila, rakan sekerjanya yang juga sudah hampir empat tahun bekerja sekali pun ada, malah lebih cekap melakukan segala kerja. Nanti apa pula kata Laila kalau Puteri yang dipilih, tetapi bukan dirinya?

"Laila akak minta untuk jaga bahagian restoran, Puteri jaga bahagian cafe. Boleh?"

Susah ya bila restoran ada dua sections ni?

"Kalau dah begitu, bolehlah."

QUEENWhere stories live. Discover now