HIM - t h r e e -

6 0 0
                                        

"KITA pergi makan jom?" Ajak Harith. Imran yang memandang kesibukan kota raya di tingkap besar dipandang sekilas sebelum telefon pintar kembali ditenung. Makanan apa sedap untuk tengahari eh?

"Aku tak tahu pun ada pemilihan jawatankuasa?" Sebutnya perlahan.

Pergerakan jari Harith yang sibuk melihat senarai restoran terhenti. Kepala kembali diangkat ke arah Imran yang sugul.

"Kau tak tahu? Bonda dengan ayahanda tak bagitahu kau ke?"

Kedua-dua bahunya diangkat. "Kalau diorang bagitahu, mestilah aku dah tahu. Kan?"

Masing-masing diam. Suasana kini sepi.

"Alah, nanti lah fikir. Lunch dulu lah. Aku dah jumpa kedai makan."


MATA memandang sekeliling. Sesaknya orang menandakan restoran yang dipilih Harith tadi sedap. Atau mungkin sebab semua orang keluar lunch dan kebetulan restoran ini yang dekat? Atau mungkin sebab-

"Kau nak order apa?" Soalan Harith mematikan lamunan Imran.

"Tak naklah. Aku nak pergi tengok belah sana kejap." Balas Imran seraya berdiri. Dia terus berlalu pergi tanpa menunggu sebarang balas Harith yang terkontang-kanting.

"Gitu je dia pergi? Karang dia yang kebulur." Decit Harith sebelum kembali menelaah buku menu ditangan.

Mata emerald green milik Imran sekali lagi ditunakkan di sisi kanan restoran. Di situ juga tidak kurang pelanggan yang memenuhi meja, malahan ada yang masih beratur panjang di kaunter. Imran turut serta di belakang.

Restoran yang dibahagi kepada dua bahagian, kafe di kanan dan ruang restoran di bahagian kiri mampu memuatkan ramai bilangan pelanggan yang hadir dalam satu masa. Restoran berkonsepkan flora dan kafe yang menggunakan ciri-ciri kebaratan menyebabkan pelanggan akan rasa seperti di dua tempat yang berbeza, walhal bawah satu bumbung sahaja.

"17's R&C. Macam manalah si Harith ni boleh datang sini. Tak pernah-pernah dia nak makan kat kedai yang dekat dengan hospital. Or at least five stars restaurant. Otak geliga betul kalau pasal makanan. Suruh operate orang, bukan main alasan dia bagi." Decitnya perlahan.

Bukan dia tak nampak rakan baiknya yang tersenyum ear to ear apabila pesanan yang dipesan diletakkan di atas meja. Bahagia seperti dunia itu dia yang punya.

"Welcome to 17's cafe, what can I help you, sir?"

Imran memalingkan muka. Terlalu fokus dengan ruang sekeliling dan Harith sampai tak sedar sudah tiba masanya untuk membuat pesanan.

"One nishio matcha latte with cube bubbles. Make it less sugar."

"One less sugar nishio matcha latte with cube bubbles. Anything else?"

"Um, ice mocha. Satu."

"One ice mocha. Itu sahaja ke?"

"Uh yes, I guess."

"Total will be RM19.80."

Sekeping kad hitam berlogo harimau diserah kepada gadis yang menjaga kaunter. Kebetulan keluar lagu 'horangi power', Hoshi seventeen.

"May I know your name, sir?"

"Uh, Haikal will do."

Kad kembali diserahkan. "Encik boleh tunggu disebelah, kami akan panggil nama encik bila order encik dah siap. Terima kasih."

Imran bergerak duduk di salah satu meja yang baru ditinggalkan pelanggan. Telefon dikeluarkan.

Nak layan latu farah diva duluan.

"Hi, sorry for disturbing everyone. I would like to give to all our customers our new product as a tester. For anyone who interested with our new hazelnut mocha creep, you can take a bag with your purchased at the nearest counter. Thank you for your corporation."

"Sounds nice." Perlahan suara Imran menyambut pengumuman yang sedikit pun tidak mengganggu suasana cafe yang sedikit bingit itu.

"Calling for Haikal, calling for Haikal. Please collect your order."

Imran bangun. Kaunter kembali dituju. Tidak dilupakan hazelnut mocha creep yang berada disebelah airnya.

Anda telah sampai ke penghujung bahagian yang diterbitkan.

⏰ Kemaskini terakhir: Sep 18, 2023 ⏰

Tambah cerita ini di Pustaka anda bagi pemberitahuan tentang bahagian baharu!

QUEENTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang