EMBUN malam dan kabus yang menggebu menyebabkan sepasang mata dua pemuda berkulit putih itu menjadi terhad meskipun dada langit sebenarnya kelihatan cerah kerana rembulan. Tiada sesiapa yang mengetahui rancangan mereka. Rancangan itu sepatutnya berjalan dengan lancar memandangkan malam itu merupakan malam yang disinari dengan cahayanya yang berwarna keemasan. Menurut salah seorang rakan wartawan mereka daripada salah sebuah syarikat dokumentari terkenal yang mengaku pernah melihat dan sempat mengambil gambar fenomena itu menyatakan bahawa Bulan keemasan itu sungguh menakjubkan, mempersonakan dan memukau sesiapa yang memandangnya meskipun hanya sekali di hadapan mata.
Namun malang tidak berbau pesona itu berubah debaran bagi mereka, debaran ngeri yang tidak pernah diundang. "Rrrrooorrrr....Rrrrooorrrrr". Salah seorangnya sempat memakai baju kemja T dan berseluar siar. Tanpa sempat memicingkan mata, mereka terus keluar melalui pintu khemah dan berlari setelah melihat bebayang dan mendengar dengus nafas mengerikan seperti seekor binatang buas yang tubuhnya agak besar dan setinggi 8 atau 9 kaki di luar khemah. Kerana kabus malam, mereka sesat dan terpisah dalam lingkungan beberapa kaki dari tempat perkhemahan mereka.
Oleh kerana bersendirian, lelaki tinggi lampai itu mewaspadai segalanya. Dia memutar-mutar mata mengawasi gerak-geri pemangsa. Berdoa agar tidak bertembung berhadapan. Setelah beberapa lama terkelu, teringat bahawa mereka berdua.
"Jack...Jack...Jack...Jack" Ingin menduga nasib rakannya itu dengan nada perlahan agar tidak menjadi perhatian dan terkaman binatang yang dianggapnya raksasa buas tersebut.
Lelaki berkulit putih yang di lehernya sebuah kamera cuba memanggil nama rakan setugasnya itu beberapa kali. Mungkin tersesat. Tersesat di dalam pagar sesat buatan alam semula jadi. Bola matanya melihat sekeliling. Hal itu juga menakjubkannya dalam masa yang sama ketakutan menakluki ruang perasaan ketika itu. Ya, seingatnya, Jack berada di belakang. Dia juga mungkin tersesat ketika bergegas keluar bersama. Bezanya ialah Jack hanya memakai seluar bloomer tanpa berbaju kerana ketakutan. Lampu suluh itu tidak banyak fungsinya memandangkan sinaran bulan keemasan itu masih menerangi suasana malam. Hanya sesekali sahaja menghidupkannya jika perlu.
Terus bergerak ke hadapan dengan jalan perlahan meskipun agak sugul. Setelah beberapa lama menerawang di kabus malam itu, dia berasa letih dan hampir terlelap. Kakinya juga terasa lenguh dan duduk merebahkan tubuh di atas tanah. Kali ini dia menerawang langit dari jendela kabus melihat sinaran rembulan berpendar-pendar kelihatan. Dia mahu menyaksikannya sebelum penyesalan terhadap tingkah laku mereka lalu kenangannya menerawang ke masa yang lampau bersama Jack, insan yang membanting tulang menyaranya sehingga menganjak dewasa dan berjaya. Dia bukan sekadar sahabat tetapi juga seorang abang meskipun berlainan darah. Jika bukan kerana dia yang memaksa Jack untuk melihat bulan berdarah ini, tentunya mereka kini berada di World Travel Market, London sambil menikmati keindahan lukisan daripada ramai pelukis seluruh dunia.
"Hmmm...Jack...Jack..." Mengeluh dan mencuba sekali lagi dengan harapan.
Malangnya. Tiada balasan dan tika ini binatang buas itu mendengus kian kerap dan semakin menguat. Dia mengetap bibir serapatnya namun dengkus atau udara yang keluar dari hidung kerana ketakutan dan gemuruh terus menguasai tubuh, memaksa hembusan nafasnya berlumba laju sehingga masih kedengaran. Tangannya juga basah kerana ketakutan. Mengelap pada bajunya di dada malah langsung terduduk beberapa kali kerana terasa penat menjalari sekujur badan malah kakinya terketar-ketar.
Ketika mengelap peluh, dia yang bangkit jatuh terduduk semula kerana alangkah terkejutnya lelaki berkulit putih itu apabila tangan basahnya sudah dipenuhi darah pekat merah yang entah daripada mana asalnya dan menukar warna baju yang dipakainya ketika itu.
"Blood...Jack?" Terlintas di fikiran. Satu yang pastinya, Jack mungkin telah terkorban oleh pemangsa yang tidak kelihatan itu.
"Rrrrrrrroarrrrrr...Rrrrooooorrr..." Dengus itu begitu hampir. Dia bangkit perlahan-lahan. Cuba bertindak rasional.
Bulu romanya meremang. Nafas binatang buas itu keluar melecus laju. Dia menoleh ke kiri ke kanan sambil bergerak dari satu arah ke satu arah dengan lampu suluh di tangannya beberapa kali. Dia cuba mengeluarkan telefon pintar di kocek kanannya dan cuba menghubungi telefon pintar sahabatnya itu.
"Ting..ting..ting..ting..ting" Nada Marimba daripada telefon pintar berjenama buah itu berbunyi, dia meneliti.
Kedengaran agak berhampiran. Segera mematikannya setelah berjaya memastikan lokasinya. Udara dingin semakin menusuk rasa takut sehingga ke tulang-temulang. Tidak tahu berbuat apa-apa lagi selain cuba menyelamatkan diri dan mengharapkan magis bantuan. Dia cuba memastikan langkahnya terus bergerak dengan berhati-hati. Terus berdoa agar Tuhan segera mendengar rintihan serta penyesalan terhadap perbuatannya tentang saat ini dan masa silam yang pernah dilalui.
"Ooww...........Ooww...." Jeritan atau lolongan raksasa buas itu juga tidak berhenti.
Cuba keluar dari pagar sesat berkabus tebal. Tidak peduli dengan arah tuju sebaliknya bertindak lari sejauh mungkin daripada pemangsa itu. Sekujur tubuhnya menggigil dan berpeluh meskipun cuaca semakin mendingin. Kini hanya satu di benaknya. Siapa pemangsa ini dan inikah plot pengakhiran dalam mencari keindahan malam? Mereka tidak pernah diberitahu oleh sesiapa ketika melaksanakan ekspedisi sulit itu. Dari arah belakang. Matanya terbelelek. Ada darah yang melecus terbang di langit sehingga membelah kabus tanpa sempat memekik. Tertewas. Dia dan Jack menjadi tetamu Bulan berdarah. Malam itu tentunya satu sejarah tanpa rela dan tanpa diundang serta musuh ngeri yang tak kelihatan. Yang tinggal hanya penyesalan kerana bulan serta malam yang bermanja-manja dengan pertumpahan darah.
YOU ARE READING
H.I.P.N.O.S.I.S
Mystery / ThrillerKaukatakan hipnosis itu ilusi tapi sebenarnya satu realiti. Misteri Kampung Sinar Cahaya Bulan menyimpan pelbagai misteri yang dikaitkan dengan cahaya bulan sebagai pembunuh dan kaitannya dengan kewujudan serigala jadian. Pembunuhan yang berlaku ser...