CERITERA 13 : Pembunuhan Stigma

10 4 0
                                    


PIHAK polis sedang mecari seorang mangsa yang dikatakan hilang daripada pandangan kerana masih dalam tempoh perhatian 6 bulan selepas bebas daripada pusat tahanan. Sudah hampir 4 hari, individu atau bekas banduan yang baru bebas dari pusat tahanan dilaporkan hilang dan dicari oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) bagi melaporkan diri untuk tujuan pemeriksaan dalaman. Mangsa hilang tersebut merupakan salah seorang warga kampung Sinar Cahaya Bulan iaitu Azman. Sejak 2 tahun lepas dia menjalani sesi pemulihan selepas ditangkap dalam salah satu serbuan di ibu kota. Kini dia kembali tanpa pengetahuan Tok Ketua.

Hanya beberapa orang kampung yang merupakan ahli keluarganya yang mengetahui hal tersebut. Namun kehilangan ini turut menjadi perhatian Detektif Luqman. Lebih-lebih lagi kes tersebut berlaku di kampung ini. Azman yang balik selepas pemulihan tersebut pulang ke rumah lama bersama ibunya seorang sahaja di rumah. Kehilangan tersebut disedari oleh ibunya kerana Azman tidak pernah keluar tanpa memberitahu ibunya. Kali terakhir, Azman meminta izinnya untuk pergi ke pekan membeli kopi dan beras. Selepas itu, ibunya mendapati dia tidak kembali ke rumah selepas itu. Hanya bersangka baik, mungkin anaknya akan tiba agak lewat kerana pada waktu tersebut kedai tutup awal, jadi Azman mungkin meminta izin daripada tuan kedai untuk membuka sebentar kerana mereka kehabisan beras untuk makan malam namun, sehinggalah ibunya terlena sehingga esok pagi, Azman masih tidak kelihatan.

Pada mulanya, pihak polis menyangka bahawa Azman telah kembali kepada tabiat lamanya iaitu menagih semula dan mendapatkan barang tersebut daripada seorang rakannya yang berasal di kampung sebelah yang juga baru sahaja dibebaskan bersama-sama dengannya. Namun begitu, hasil siasatan pihak agensi dan polis mendapati mereka tidak pernah berjumpa sejak mereka bebas malah Azman sendiri mengakur janji bersamanya untuk mengharamkan benda itu masuk ke dalam tubuh mereka sekali lagi demi keluarga dan bagi memadam stigma masyarakat daripada membunuh jiwa mereka berkali-kali. Bagi membuktikan hal tersebut, rakan Azman iaitu Saiful telah disiasat dan menjalani ujian air kencing serta terbukti bahawa keputusannya negatif.

"Pegawai...sila buat carian sampel dari kaki bukit sehingga puncak. Kalau boleh kita dapatkan anjing penjejak untuk mengenal pasti mangsa. "

"Baik tuan!"

"Satu lagi dapatkan baju mangsa di rumahnya untuk menjejak mangsa tersebut ya! Kita akan mulakan operasi mencari mangsa di beberapa tempat lain juga termasuk kawasan air seperti sungai."

"Baik Tuan! kami akan arahkan beberapa anggota polis daerah untuk siapkan bot peronda bagi melihat kawasan sungai."

"Terima kasih. Sarjan minta beberapa pegawai juga untuk dapatkan keterangan daripada lokasi kedai seperti yang dinyatakan oleh ibu mangsa." Detektif itu meluaskan skop carian lebih luas selain daripada kawasan Bukit Cahaya Bulan bagi melihat sebarang kemungkinan kes orang hilang sama seperti prosedur operasi standard yang dijalankan di kota..

"Baik Tuan!

Hari tersebut menjadi hari yang cukup panjang dan memenatkan bagi pihak polis malah menambahkan kebimbangan orang kampung. Detektif Luqman dengan pantas mengambil keputusan untuk mengambil alih kes tersebut secara serius. Segala jejak dan bilik kediaman Azman di rumah diperiksa oleh polis malah beberapa pegawai forensik ditugaskan untuk mengambil semua sampel kebarangkalian. Detektif Luqman juga naik sekali lagi bersama pasukannya untuk meneliti kawasan tersebut untuk menyiasat sama ada terdapat sampel DNA Azman yang mungkin terdapat di sana.

Sejak peristiwa itu, Tok Ketua mengadakan mesyuarat tergempar dengan penduduk kampung dengan menjemput Detektif Luqman di dewan serbaguna bagi membincangkan langkah-langkah kawalan ketat dan beberapa hal tentang keselamatan keluar masuk pelancong yang begitu ramai dan semakin meningkat pada setiap tahun malah menjadi salah satu pusat ekopelancongan yang mampu menjana ekonomi negara menjadi lebih pesat serta berimpak tinggi.

H.I.P.N.O.S.I.SWhere stories live. Discover now