CERITERA 10 : Pasang - Surut

12 4 0
                                    

SETIAP pasang pasti ada surutnya dan hari ini genap sebulan selepas kes kehilangan Nashriq dan dia sudah kembali sihat dari sisi fizikalnya namun tidak kepada keadaan mentalnya. Namun doktor meminta agar ibu bapa Nashriq terus memberi perhatian terhadap kesan psikologi yang dialami oleh Nashriq akibat daripada peristiwa hitam tersebut. Kejadian trauma itu telah menyebabkan dia mengalami sedikit gangguan trauma kerana sering kali bermimpi tentang peristiwa yang berlaku. Oleh itu, ibu bapa Nashriq sentiasa memberi sokongan dan pergi ke pusat kaunseling kampung yang terletak di pekan bagi terus mendapatkan rawatan psikologi untuk mereka sekeluarga. Selang seminggu dia dan keluarganya akan ke hospital di bandar bagi  menjalani terapi pula untuk pulih sepenuhnya dari segi mental dan fizikal seperti beberapa kesan luka dan lebam yang disarankan oleh pakar perubatan.

Kemudian, selang dua bulan pula buat pertama kalinya, Nashriq meminta kebenaran daripada ibu bapanya untuk pergi memancing di sungai pada waktu siang sahaja bersama aku dan Pak Nan. Pada awalnya, aku bercadang untuk pergi bersama Pak Nan sahaja. Namun, rancangan itu dapat dihidu olehnya apabila ternampak kami sedang berada di jeti. Bagi tidak mematahkan hatinya, Pak Nan meminta Nashriq meminta kebenaran daripada ibu bapanya terlebih dahulu. Dia berlari dan balik untuk meminta keizinan. Setelah itu kami pun bertolak pada awal pagi dengan segala kelengkapan dan memakai alat keselamatan termasuklah jaket keselamatan di dalam perahu. Mungkin daripada tujuan ini, Nashriq boleh tenang dan semangatnya kembali pulih seperti sebelum ini.

Arus semakin menderas sehingga terasa olang-alingnya. Perahu itu mengikut arus pada muara sungai yang bercabang dan menjamah maknanya. Arus ialah kekuatan atau kelajuan aliran air yang mengalir semasa air pasang atau air surut. Begitu juga dengan hidup ini. Aku mengenal arus tanpa menolak stigma dan dentang masa. Manusia seharusnya tahu bahawa arus ialah simbol kepada usia. Usia yang menjadikan kita lebih matang. Pasang dan surut itu sepasang. Itu pasti. Tapi apakah pasang surut dalam realiti kehidupan ini? Aku melihat wajah Nashriq dari sisi perahu dan membayangkan betapa sukarnya melalui trauma yang dialami olehnya pada kejadian yang lepas.

"Nash, cuba tengok aliran air ni?" Dia menoleh setelah mendengar sapaan itu.

" Em....macam air pasang ni kan?" Soal Nashriq. Aku membawa rutin perbualan seperti dahulu dengan menceritakan topik pasang surut dalam edisi majalah yang terbaru.

"Teori Sains menyatakan bahawa air pasang surut ni terjadi akibat graviti bulan, matahari dan putaran bumi. Kombinasi ketiga-tiga faktor ini menyebabkan laut mengalami pasang dan surut setiap hari. Ada sesetengah tempat mengalami dua kali air pasang dan dua kali air surut. Manakala tempat-tempat lain mengalami sekali air pasang dan surut sahaja. Secara mudah, pantai yang menghadap sumatera mengalami dua kali pasang dan surut manakala pantai timur dan borneo mengalami sekali sahaja kau tahu."

"Oh, yeke? Menarik! Ini mesti topik utama majalah Astronomi bulan ni kan?" Soalnya sambil meneka maklumat yang aku sampaikan itu.

"Betul Nash, tambahan lagi, mana-mana bahagian bumi yang berhadapan dengan bulan akan mengalami air pasang. Jadi ini menyebabkan graviti yang menarik air laut ke atas. Graviti matahari turut mempengaruhi air pasang, tetapi disebabkan jarak bumi dan matahari lebih jauh, kesannya lebih kecil. Walau bagaimanapun jika kedudukan bulan dan matahari selari, iaitu ketika bulan penuh dan anak bulan, air pasang akan lebih tinggi. Fenomena yang berlaku setiap 2 minggu ini dikenali sebagai Spring tide." Tambahku lagi dengan suara lantang kerana bunyi air sungai semakin kuat kerana air yang mulai pasang.

"Menarik...menarik, nak pinjam boleh?" Ada senyum kecil yang terukir menandakan Nashriq kembali ceria.

"Air macam makin pasang ni Pak Nan." Kata Nashriq selepas melihat air semakin deras sehingga perahu olang-aling beberapa kali dan dibawa arus.

"Begitu jugalah dengan kehidupan, pasti ada pasang dan surutnya Nashriq." Kata Pak Nan sambil membuang pancingnya ke dalam sungai. Suasana yang begitu tenang dengan desir angin terasa begitu menyamankan.

H.I.P.N.O.S.I.SWhere stories live. Discover now