"Malam bulan di pagar bintang....sungguh indah ciptaan Tuhan...."HENING senja disulami dengan suara merdu bak buluh perindu. Lagu seniman agung negara itu berkumandang diiringi suara peminat setianya di rumah ini. Pastinya atuk sedang berdendang riang sambil membersihkan sangkar burung Merpatinya namun suara sumbang orang luar mengubah suasana. Seketika itu juga disinggahi dengan beberapa pesanan dari luar rumah kepada semua penghuni agaknya. Lantang dan jelas suara itu menyebut setiap kata. Arahan dan amaran. Semuanya keluar dari muka pintu bagi mendapatkan kepastian dan mendengar sebaik-baiknya pesanan itu.
"Malam ni semua kena duduk rumah...arahan Tok Ketua!" Kata dua orang pembantu Tok Ketua yang tidak berbaju dan hanya berseluar pendek serta sengaja menunjukkan tubuh berotot dan sungai urat yang berwarna biru itu. Berwajah dingin dan garang bergerak dari satu rumah ke satu rumah di kampung ini meskipun terik mentari membahang kulit tubuh mereka. Salah seorangnya merupakan anak angkat Tok Ketua. Dialah orang kanan Tok Ketua di kampung ini.
"Tok Ketua yang bertindak memberi amaran dari satu rumah ke rumah penduduk kampung ni." Kata nenek yang sedang mencuri dengar daripada jendela rumah mereka itu.
Pak Nan yang berada di kaki tangga rumah hanya mengangguk selepas mendengar kata-kata dua orang pembantu setia Tok Ketua yang berbadan sasa dan agak bengis tersebut. Dengan suara yang agak lantang dan keras itu jelas menunjukkan bahawa Tok Ketua serius terhadap isu keselamatan di kampung ini. Ada yang ingin bertanya, tetapi kedua-dua orang pembantu Tok Ketua itu hanya mengendahkan sahaja segala pertanyaan. Mulut mereka terkunci bagai bisu. Hanya arahan tersebut yang diulang berkali-kali tanpa membuang masa. Menurut cerita orang kampung, pasti ada padah yang menimpa jika diingkari. Ya, sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna. Sudah terpahat dalam kepala. Yang pastinya arahan itu harus dipatuhi. Bimbang ada pertumpahan darah yang akan berlaku lagi.
"Tutup rumah...tutup rumah!" Kata Farid dengan basikal tuanya yang mengayuh laju keliling kampung ini.
"Aik! Ada iklan? " Kata Pak Nan yang baru pulang dari kebun dengan beberapa biji buah mangga yang jatuh dari kebun dan tidak jauh dari belakang rumah. Sentiasa dengan ragam nakal Pak Nan. Usikan itu menimbulkan senyuman dibibir. Tanda sudah lali dengan arahan Tok Ketua.
"Pak Nan, malam ni kita kena duduk rumahlah Pak Nan!" Rasa kecewa itu kuluahkan. Pak Nan hanya mengangguk.
"Begitulah gayanya Lutfi. Kalau Lutfi ada kerja sekolah, siapkan sekarang ya. Malam nanti kita kena padamkan semua lampu rumah. Hanya lampu pelita sahaja yang Pak Nan akan nyalakan lewat petang nanti." Sampuk atuk yang mendengar keluhanku..
"Baik atuk. Lutfi akan selesaikan sekarang."
"Nanti kalau dah siap, kita makan malam sama-sama ya. Nenek kau dah siapkan ikan mata besar masak kari malam ni dan sebentar lagi sambal mangga belacan special buatan asli nenek kau. Pasti menggigit jari dan pasti 5 pinggan punya!" Kata atuk yang sudah tidak sabar menjamu lauk-pauk kegemarannya daripada air tangan isteri kesayangannya itu..
"Baik tuan! Dengan pantas Lutfi siapkan kerja Lutfi sekarang." Menurut perintah atuk. Episod seram di kampung ini semakin kronik. Bukan sahaja kerana ancaman binatang puaka yang memburu mangsanya malah suasana gelap tanpa cahaya pada waktu malam turut mengundang sebuah lagi episod hiba penduduk kampung kerana tidak dapat mencari rezeki pada waktu malam serta menyukarkan seseorang melakukan aktiviti pada sebelah malam.
Bulan purnama muncul lagi, orang kampung sudah bersiap sedia untuk mengunci pintu rumah, bibir jendela dan menutup langsirnya agar tidak terlihat lagi cahaya bulan menembusi kamar-kamar rumah mereka. Anak-anak kecil juga dinasihatkan agar tidur awal dan tidak sesekali keluar dari bilik mereka serta ditemani oleh ibu atau orang dewasa agar tiada sebarang masalah yang muncul kerana itulah peribahasa sediakan payung sebelum hujan terbit dan diucapkan oleh masyarakat lalu sehingga kini.
"Manusia dihipnosis oleh cahaya bulan? Bunyinya kelihatan sungguh sarkastik sekali." Tanpa aku sedari ayat itu terucap spontan dan penuh skeptis. Aku juga mungkin sudah menjadi seperti masyarakat kampung lain yang sudah terpukau dengan tindakan itu tanpa rela.
Aku sendiri tidak faham dengan segala arahan daripada Tok Ketua yang harus dipatuhi agar dapat menjamin keselamatan dan kesejahteraan orang kampung. Bukankah memepercayai selain daripada Tuhan dianggap sebagai suatu kepercayaan tahyul atau syirik? Adakah ini merupakan suatu budaya yang berterusan sehinggalah Tok Ketua tiada nanti? Segala kekeliruan ini menyebabkan aku berfikir sesuatu yang di luar kebiasaan. Adakah penduduk kampung benar-benar dipukau oleh cahaya bulan seperti yang Tok Ketua katakan atau terpukau oleh sekadar kata-kata? Yang pastinya, di sebalik fenomena bulan purnama ini ada sahaja kejadian aneh yang berlaku dan di luar jangkaan. Satu-persatu misteri tidak dapat dirungkaikan oleh sesiapa bahkan masyarakat kampung di sini, hanya percaya kepada cahaya pembunuh yang dahagakan darah manusia walaupun hanya beberapa kali dalam setahun. Selesai menyiapkan kerja rumah dan solat serta segera ke dapur untuk menjamah makan malam bersama-sama. Suasana senyap seketika semasa makan malam, aku mulakan dengan mengajukan satu soalan kepada Pak Nan.
"Pak Nan, agaknya setiap tahun, orang kampung kena berkurunglah dalam rumahkan?
"Eya macam tulah Lut, kadang sampai beberapa hari sepanjang bulan penuh. Kadang juga orang kampung dah terbiasa, bila waktu malam sahaja, mereka dah tutup rumah sampai budak-budak dan belia kampung ni taka da satu pun yang berani melepak atau berhibur sampai lewat malam." Jelas Pak Nan. Dari arah belakang, atuk muncul usai menggantung koleksi parangnya di dapur.
"Itu yang eloknya di kampung ni, kalau dulu waktu zaman atuk, sampai ada yang mabuk dan melalak menyanyi sampai pagi. Tapi sejak 3 tahun ni dah tak ada satu pun yang berani keluar atau ada kat luar rumah sampai lewat malam. Memang aman sikit kampung ni dengan penyakit sosial tapi tulah rasa sunyi pulak kampung ni tanpa gurauan belia-belia kampung dan jemaah masjid yang berjemaah di masjid kampung ni." Ujar atuk yang juga bersetuju disebabkan faktor itu yang semakin berleluasa.
"Sunyi sangat suasana sekarang tuk. Dah kena berjaga-jaga dan sembunyi macam penjenayah pulak kita ni. Kemudian ada bau asap pulak dekat luar rumah sampai kita terhidu sebab masuk dari celah papan ni." Aku meluahkan rasa itu.
"Aah...dulu kita orang basuh baju pun jauh-jauh malam dekat luar. Tapi sekarang, semua anak gadis dan ibu-ibu dah tak buat kerja macam tu malah tiada pulak masalah anak dara yang berani keluar malam untuk berhibur sehingga sanggup ke kota." Tambah nenek sambil menggeleng kepala ke kiri dan ke kanan mengenangkan zaman yang berbeza berbanding sekarang.
"Tapikan nek, tak pelik ke kalau semua orang kena bersembunyi atau duduk dekat rumah awal-awal? Kalau ada kecemasan macam mana?"
"Jangan risau, Tok Ketua akan hantar dua orang pembantunya ke rumah kalau ada kecemasan. Lagipun Tok Ketua tu ada ilmu..." Kata-kata itu menarik perhatianku.
"Ada ilmu? Ilmu apa tu nek? Ilmu Magic? Atau silap mata?" Ingin tahu. Topik ini suatu hal yang baharu bagi aku.
"Bukan!...ada ilmu jampi atau mantera. Kata orang Tok Ketua tu ialah pewaris ilmu daripada nenek moyang dia. Ada yang kata jugak dia tu pewaris 'pendamping' keluarga dia dahulu yang turun kepada salah satu warisnya." Ternyata ayat itu menyeramkan. Pelbagai gambaran negatif yang muncul di fikiran.
"Dahsyatnya, maksud atuk dan nenek, Tok Ketua tu ada saka lah? Jadi Tok Ketua sahajalah yang dapat menghindari mala petaka di kampung ni kan?" Bertubi-tubi menggasak persoalan.
"Psuhhh!!!" Atuk meletakkan jari telunjuknya ke bibir sebagai tanda senyap malah atuk, nenek dan Pak Nan hanya menganggukkan kepala tanpa mengeluarkan sepatah kata pun. Tentunya itu menandakan bahawa adanya suatu perkara yang luar biasa atau mungkin perkara ghaib yang sukar untuk diungkapkan.
Yang pastinya di rumah ini, ada atuk, nenek, aku dan Pak Nan. Pada kebiasaannya 3 hari pada waktu bulan purnama kami lalui dengan pelbagai cara. Pada hari pertama biasanya, kami akan tidur awal kerana hari tersebut merupakan detik permulaan fasa fenomena tersebut. Orang dulu-dulu yang masih percaya dengan cerita nenek moyang mempunyai pendapat mereka yang tersendiri. Mereka kononnya menganggap hari pertama fasa itu sebagai bulan berdarah, kerana cahayanya bersinar-sinar dan begitu jelas kelihatan apatah lagi bila dilihat di atas puncak Bukit Cahaya Bulan. Kelihatan bulat, besar dan menakjubkan kepada sesiapa yang memandangnya malah setiap kali memandangnya menyebabkan kita terpesona kerana terpukau dengan kecantikannya. Ada keindahan di sebalik ciptaan Tuhan Maha Kuasa bagi sesiapa yang menghargai nilai keindahan sebenar malah keindahan alam itu tak mampu dicipta dengan sendirinya, maka dengan sebab itulah ramai pelancong, saintis dan beberapa golongan elit yang mencuba nasib untuk melihat sendiri keindahan tersebut.
Ada yang dikatakan berjaya, namun ada juga yang tewas kerana nafsu, sifat tamak dan keikhlasan yang dikotori dengan niat tersendiri. Alam punya maksud yang tersendiri untuk meluahkan rasa kecewa mereka dan itu harus difahami oleh manusia yang mempunyai akal dan hati sebab itulah masyarakat lalu membina peribahasa ikut hati mati, ikut rasa binasa yang menjadi teladan kepada kita hari ini. Ada pelbagai manusia yang diterjemahkan di sebalik pelbagai misteri di kampung ini dan aku akhirnya faham serta belajar sesuatu daripada keindahan cahaya bulan.
Hari ke-2 menjadi aktiviti meriah di rumah. Kami akan berkumpul untuk bermain pelbagai permainan tradisional seperti Congkak, Batu Seremban dan adakalanya kami bermain kad dan banyak lagi sebagai hiburan serta mengundang tawa kami bersama. Kadang pabila jauh malam, si Farid sanggup bermalam di rumah untuk berhibur dan mengisi masa bersama. Begitulah rutin kami melepaskan segala kerisauan yang membatu dan tekanan yang ada ketika fenomena cahaya pembunuh tersebut.
Menjelang hari ke-3, kami mulai bosan. Farid dan Nashriq mulai merungut.
"Bosanlah asyik terperap je waktu malam. Bukankah cantik kalau kita dapat tengok keindahan cahaya bulan pada waktu malam. Aku tak peduli. Aku nak tengok juga!" Keluh Farid pada malam yang terakhir. Farid menguap lepas begitu sahaja.
"Hei Lutfi, kau tahu tak apa itu menguap?" Soal Farid selamba. Aku hanya memandangnya.
"Sebab bosankan.." Nashriq menjawab.
"Ya...menguap adalah satu tanda atau gerak refleks luar kawalan disebabkan oleh mengantuk, letih dan bosan!" Hujah Farid.
"Sabarlah Farid. Tinggal malam ni saja." Cuba memujuk lara dua orang sahabatku itu.
"Hei Lut, kau tahu tak betapa indahnya wajah bulan dengan cahayanya yang bersinar menyinari malam? Jadi aku cadangkan kita buka sahaja langsir jendela ni, biar cahayanya masuk menyinari." Farid cuba berkata dengan nada rendah sayu seperti memujuk namun, jari-jari ini tak mahu melepaskannya daripada kedudukan dan langkah berjaga-jaga.
"Jangan! Janganlah nanti kita terpukau baru korang tahu. Nanti serigala jadian tu nampak macam mana?" Soalku lagi.
"Mengarutlah! Tak mungkin cahaya bulan boleh menjadi cahaya pembunuh. Korang jangan percaya sangat cakap Tok Ketua. Jangan percaya sangat cerita tahyul yang kita dengar selama ni. Alam semesta tak pernah menipu kita bahkan manusia itu sendiri yang suka menipu demi kepentingan diri sendiri. Alam semesta juga takkan sesekali membunuh kita manusia di bumi ini bahkan manusia dengan niat dan tangan mereka itu sendiri yang membunuh alam dan bumi ini." Terang Farid. Aku tercengang mendengar kata-kata Farid yang masuk dek akal. Nashriq juga terpaku sambil menongkat dagu dengan tangannya ketika mendengar kata-kata itu.
Kemudian, ketika itulah Farid menuju ke ruangan tingkap sebelah kiri dengan menyelak langsir. Kami terkejut dengan tindakan Farid, aku terus melompat ke atas katil kerana berasa bimbang dengan tindakan melulu Farid itu.
"Lihatlah purnama yang sedang bersinar menerangi bumi!" Kata Farid yang begitu teruja memandang keindahan itu. Aku dan Nashriq bagaikan tidak keruan. Berlari dan mencari tempat berselindung. Aku terus berada di atas katil namun cahaya bulan mengambang itu masih masuk melalui celahan timbunan selimut.
"Ya, sungguh indah, sinarannya begitu memukau." Nashriq hanya tunduk memegang kepalanya. Tidak mahu ingkar dan bimbang kejadian tidak dingin berlaku. Farid menarik tangan Nashriq.
"Korang tengoklah sendiri cahaya ni. Takkan ada yang berani membunuh kita pun walau hanya memandang keindahannya. Bagi aku semua itu mitos! Aku ulang mitos!" Perkataan itu diulang dengan nada berat dan tegas dihujungnya. Mencapai telefon pintar di atas katil lantas mencari makna sebenarnya dalam enjin carian Google.
"Mitos, mitos bermaksud sesuatu kepercayaan masyarakat, semasa masyarakat itu dalam keadaan primitif ataupun percubaan masyarakat itu memberi keterangan tentang sesuatu yang berlaku dalam alam sekelilingnya." Mengucapkan makna itu dengan boleh didengari oleh mereka. Ada mentol minda yang menyala, akhirnya aku berjaya mengaitkan teori tersebut melalui hubungannya dengan keadaan mitos Tok Ketua.
"Jadi, maksud kau, Tok Ketua sengaja mereka-reka cerita bahawa tak mungkin sesiapa akan dibunuh jika hanya memandang cahaya bulan purnama?" Aku inginkan kepastian. Nashriq masih berselindung ketakutan di balik pintu.
"Yelah...takkan serigala jadian nak bunuh kita yang berada di dalam rumah sambil melihat keindahan bulan purnama mengambang pada waktu malam! Rugilah kita kalau tidak menikmati malam ini" Pernyataan itu masuk dek akal. Tepat sekali. Aku mengangkat rimbunan selimut itu, mengalihkannya dan terus memandang simfoni bulan pada kitaran penuh itu. Nashriq juga menurunkan simpulan tangan di atas kepalanya. Semuanya tertumpu pada arah yang sama. Seperti ada muzik yang berkumandang dalam simfoni itu di telinga, sengaja mengendahkan peringatan atau arahan Tok Ketua seketika sambil menghayati suasana malam itu. Syukur atas nikmat-Mu Ya Tuhan.
YOU ARE READING
H.I.P.N.O.S.I.S
Mystery / ThrillerKaukatakan hipnosis itu ilusi tapi sebenarnya satu realiti. Misteri Kampung Sinar Cahaya Bulan menyimpan pelbagai misteri yang dikaitkan dengan cahaya bulan sebagai pembunuh dan kaitannya dengan kewujudan serigala jadian. Pembunuhan yang berlaku ser...