CERITERA 9 : Motif

21 6 0
                                    

MALAM gemala namun indah nian dihiasi awan gemawan. Kami yang sedang berbaring sambil membaca majalah Astronomi edisi bulanan begitu fokus terhadap isu mengenai kewujudan UFO dalam galaksi berbeza. Jam menunjukkan pukul 9.00 malam. Sedang leka tiba-tiba, ada ingatan yang muncul bagai isyarat kesedaran.

"Eh, bukan esok kena hantar kerja rumah ke?"

"Kerja mana pulak? Hari ni?"

"Bukan hari nilah. Tugasan semalam yang aku maksudkan?"

"Eh...jap! Jadi, maknanya hari ni kita kena siapkan tugasan yang diberikan oleh cikgu Izzudin semalam. Aku tak siap lagi!" Bergegas mendapatkan beg galas.

"Samalah. Betul cakap kau. Sedang kita asyik tengok televisyen dan membaca majalah sampai lewat malam nanti, lebih baik siapkan tugasan kita tu. Nanti kena denda pulak macam si kembar Adam dan Aryan minggu lepas." Aku setuju dengan cadangan Nashriq.

"Eh...mana beg sekolah aku tadi? Bukan aku dah bawa ke?" Berasa cuak dengan keberadaan beg yang tiba-tiba hilang.

"Tadi dekat pondok kau tak bawa ke? Ini mesti kau lupa lagi di mana kau letak barang kau!" Nashriq menepuk dahi kerana sesalannya.

"Aduhhh...dahlah banyak buku teks dalam tu. Jomlah teman aku ambil dekat pondok Asam sekarang jom...nanti hujan basahlah pulak buku aku tu!"

"Yelah...kau ni selalu lupa. Banyak makan semut kot!" Kami keluar dengan segera tanpa memberitahu atuk dan nenek dengan anggapan tempat itu tidaklah begitu jauh dan hanya memakan masa 5 minit untuk tiba jika berlari. Suasana luar begitu pekat malam. Taburan bintang di langit bagai kerlipan lampu-lampu kecil begitu indah sehingga memukau mata yang memandang terhadap ciptaan Tuhan. Perjalanan itu memaksa kami menangguhkan perjalanan dengan berani dan masih mahu melihat keindahannya usai tiba di pondok itu.

"Inipun beg aku...haihhh...nasib baik tak hilang." Hembusan nafas itu menandakan rasa lega.

"Engkau ni pelupa sangat. Lain kali bagi aku yang pegang beg kau ni." Melabuhkan tulang pinggul seketika. Geram dengan sikap Nashriq yang sedikit cuai itu.

"Aku minta maaf. Bukannya apa Lut, beg ni hadiah mak aku sempena hari jadi aku tahun lepas. Aku sayang sangat beg ni kau tahu." Nashriq menjelaskan asbabnya.

"Yelah...yelah..dah jom balik!" Memujuk segera namun niat itu tertunda. Aku mendongak ke langit

"Kejaplah...duduk jap. Aku letih pulak berlari tadi. Cuba ko tengok bintang-bintang malam ni, cantikkan?" Kata Nashriq yang juga terpukau dengan jutaan bintang-bintang yang bertaburan di dada langit.

"Mestilah, kecantikan bintang di langit ini umpama cantiknya bidadari kau tahu!" Aku mengakuinya. Kerlipan bintang itu jelas bagai lampu neon. Ingin sahaja aku rakamkan pesona itu.

"Tapi kecantikan bulan penuh malam ni lagi cantikkan! Cuba ko tengok sebelah kanan tu."

"Mana...mana...aku tak nampak pun." Menoleh ke kiri dan ke kanan

"Tu sebelah kanan tu. Besar, bulat dan jelas bercahaya..." Nashriq menunjuk dengan jari telunjuk kali ini.

"Eh, bulan penuh? Eh, Nashriq!!!" Satu lembaga hitam datang menghampiri, aku sedar namun tubuhku bagai terkunci dan jatuh melayah ke tanah. Ada dentang bunyi yang singgah di telinga. Pandangan mataku semakin kabur, berasa pening dan tersembam begitu pantas dan kuat, namun deria pendengaran ini masih berfungsi. Seperti bunyi seretan sesuatu. Akhirnya aku terkulai layu dan tak sedarkan diri.

                                                                     **************************************

H.I.P.N.O.S.I.SWhere stories live. Discover now