CHAPTER 4

5.2K 39 1
                                    

Hanna bangun pada awal pagi sedangkan mark disisinya masih memejamkan mata.

Hanna memerhatikan Mark.
Wajahnya comel juga ketika tidur bagaikan anak kecil yang tiada dosa.

Tanpa sedar tangan Hanna sudah mendarat dibibir nipis milik Mark.

Hanna mengelus lembut wajah putih bersih Mark.

'Siapalah yang sanggup mengecewakan kau kan?' Detik hati Hanna.

Tiba-tiba posisi Hanna terus beralih dibawah manakala Mark kini menindihnya dari atas.

Mark memandang tajam wajah Hanna. Kini giliran Mark pula mengelus lembut bibir merah milik Hanna.

Hanna bedebar kaku. Menanti tindak seterusnya dari Mark.

Mark mencium bibir merah Hanna lalu membangunkan diri menjauh dari Hanna.

"Sudah jam 9 pagi. Bersiaplah sekejap lagi kita gerak."

Tiada balasan dari Hanna.

Mark mendekatkan diri dengan Hanna sekali lagi.

"Kau kecewa ke sebab aku tidak buat lebih dari itu? Jika kau mahu aku akan berikan."

Wajah Hanna terasa disiram air hangat.

Malunya ketika itu.

"Stop joking around. I don't want it."

Hanna pantas berlalu meninggalkan Mark yang sedang tersenyum sinis disitu.

Seusai mandi. Hanna memakai baju di dalam bilik mandi tersebut. Tidak selesa jika mahu salin pakaian dihadapan Mark.

Hanna memandang jam di dinding. Tepat pukul 11. Lama juga dia bersiap.

Tiba-tiba badannya dipusingkan oleh Mark. Hanna perasan Mark sudah pun kemas berbaju kemeja. Sejak bila dia bersiap? Tandas ada satu sahaja didalam biliknya itu.

"Jom la."

Hanna bersuara untuk menyedarkan Mark.

Mark tersenyum lalu didekatkan wajahnya ke leher Hanna membuatkan Hanna kembali membatu.

Mark tersenyum lalu didekatkan wajahnya ke leher Hanna membuatkan Hanna kembali membatu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Your scent is very fragrant. I'm fascinated. I feel like I want to eat you for my lunch today."

"Let's go now Mark and we can get your lunch that's more delicious than me. How about MCD? or any BBQ restaurants here."

"Good choices."

**************

Mark memandu membelah jalan raya. Sebelum pergi sempat juga dia meminta Hanna mengemaskan sedikit baju untuk dibawa bersama.

Macam biasa jalan raya padat dipenuhi kenderaan yang juga bergerak ke Incheon.

"By the way, kenapa kau nak bawa aku pergi Incheon?"

"Sebab kau kan baru sampai. Saja mahu ajak kau dating."

Mark memandang Hanna melalui hujung matanya.

Tidak tahu kenapa. Dia suka melihat wajah Hanna. Wajah ayunya itu lebih-lebih lagi bila dia sedang marah.

"Dah sampai. Jom."

Hanna terkedu.

"Ehh, ini bukan lapangan terbang ke? Saya boleh balik Malaysia ke? Tapi barang-barang saya dekat hotel."

"Kita akan ke Busan."

Pantas tangan Mark mengangkat beg pakaian Hanna dan dia.

***********

Penat dirasa Hanna. Dekat 1 jam lebih juga flight untuk sampai ke Busan ini.

Hanna membetulkan posisinya di dalam kereta yang baru disewa oleh Mark.

"Penat?"

Mark memandang Hanna sekilas.

"Jom. Check in Hotel." Mark sudah memarkir kereta di tempat letak kereta.

Hotelnya sangat besar dan mengagumkan.

Hanna terpesona melihat reka bentuk Hotel itu. Kelihatan mewah.

"Saya tidak bawa wang banyak untuk check in hotel ini."

" Ada aku cakap kena guna duit kau ke?"

Mark membetulkan kaca mata hitam miliknya.

Hanna hanya membuntuti gerak langkah kaki Mark.

" Two rooms please.."

Mark menyewa dua bilik. Dia tidak mahu nafsunya tewas jika sebilik dengan Hanna. Dia juga ingin memberikan keselesaan kepada Hanna.

Bilik Mark dan Hanna bersebelahan.

Terdapat Balkona yang jaraknya cume  3 meter yang menjarakkan bilik mereka.

Dari balkoni terdapat pantai yang sangat memukai pandangan. Air lautnya kelihatan membiru.

" Nanti jumpa aku dekat ground floor. Dalam jam 8 malam. Kita dinner sama-sama."

Hanna hanya mengangguk sebelum memasuki ruang kamarnya itu.

"Kaya juga mamat tu. Boleh belanja aku bercuti." Hanna bersorak riang diatas katilnya.

*********

Dari jauh Mark melihat kelibat Hanna sedang duduk di salah satu kerusi yang disediakan di situ.

Cantik juga perempuan ni.

Belum sempat Mark sampai dihadapan Hanna. Terdapat seorang lelaki muda menegur Hanna.

Mark berhenti mengorak langkah.
Dia hanya memerhati kelakuan Hanna dan lelaki muda itu.

Tiba-tiba tangan Hanna cuba dipegang lelaki muda itu.

Dan Mark rasa berang. Pantas kakinya mengorak langkah ingin mengerjakan lelaki yang memegang tangan Hanna.

"Mark!"

TUAN MARK AYDENWhere stories live. Discover now