Mark duduk dibirai katil dalam posisi membelakangi Hanna yang lena berbaring.
Mark meraup wajahnya.
Hatinya keliru ketika itu. Dalam 3 bulan ini Hanna ada menikahi sesiapa ke? Hanna sudah ada teman lelaki ke? Siapa bapa kepada anak yang Hanna kandungkan itu?
Adakah dia bapa kepada anak itu. Jika itu yang berlaku, alangkah bahagianya Mark ketika itu. Tetapi adakah Hanna mencintainya atau kehadiran Hanna hanya untuk menambah luka didalam hatinya?
Mark memandang wajah sunggul Hanna. Matanya melarat pula kepada perut kempis Hanna.
Mark memberanikan diri memegang perut Hanna ketika itu. Terasa ada getaran ditangannya. Mark dapat merasakan perut Hanna sedikit membusung jika mahu dibandingkan dengan normal fizikal tubuh badan Hanna.
"Mark.... Mark..."
Mark tersentak, namanya diseru Hanna berulang kali walhal mata Hanna terpejam rapat.
Air mata Hanna mengalir deras. Kepalanya bergerak ke kiri dan ke kanan tetapi matanya masih terpejam.
"Mark..."
Sekali lagi nama Mark diseru Hanna dalam lenanya.
Mark pantas mendekatkan tubuh memeluk Hanna. Sungguh dia rindu akan gadis itu. Dia rindu mendengar suara gadis itu.
"Mark.." Terdengar tangis Hanna di dalam tidurnya.
Mark keliru. Adakah Hanna trauma kepada dirinya sampai terbawa-bawa ke mimpi?
"Shhh... Aku ada.. Aku ada Hanna.." Sambil tangan Mark menepuk lembut bahu Hanna.
Akhirnya Hanna kembali lena dalam dakapan Mark.
************
Hanna mengesatkan matanya.
Penat lelahnya hilang. Sungguh Hanna rasa selesa. Hanna memusingkan badannya ke kiri. Bantal disebelah kirinya ditepu-tepu. Lembutnya. Tidak disangka bantal yang pernah dihadiahkan Fina selembut ini rasanya.
Hanna membuka mata perlahan. Permandangan dalam bilik itu cukup indah dan luas. Hanna tersenyum sendirian.
'Sejak bila bilik aku sebesar ini? Adakah ini syurga?'
Hanna kembali memejam mata.
'Eh? Aku dah mati ke?'
Pantas Hanna terduduk dari pembaringannya.
Hanna memandang kiri dan kanan bilik itu.
"Aku dekat mana ni?"
Mata Hanna meliar menjamah segenap ruang kamar itu. Sungguh asing dirasakan. Ini bukan bilik Fina.
Hanna memusingkan badannya sedikit menghadap ke belakang. Matanya tertacap pada bingkai gambar besar yang tergantung megah dikepala katil.
YOU ARE READING
TUAN MARK AYDEN
RomanceHari pertama menjejakkan kaki ke Korea Selatan melakar banyak peristiwa hitam buat Hanna. "Sudahlah kekasih aku kantoi curang, aku diperkosa oleh lelaki yang aku tidak kenal. Kenapa malang sangat hidup kau Hanna Andersson?!" "Sumpah aku tidak sengaj...