Mark memasuki pejabat hari ini kerana dia akan mengambil cuti selama 3 hari selepas majlis pernikahannya dengan Hanna yang bakal berlangsung dua hari lagi.
Segala kerja harus disiapkan dengan cepat.
"Mark, Tuan Smith nak"
Belum sempat Kris memberitahu bahawa Tuan Smith hendak bertemu Mark. Wajah Tuan Smith sudah muncul dihadapan Mark.
"Mark! Explain this!"
Keratan akhbar dicampakkan ke atas meja dihadapan Mark.
Mark hanya memandang kosong. Tajuk keratan akhbar tersebut sangat menyebalkan hatinya, namun Mark tetap berlagak tenang.
"Yes, what is written is all true."
"Don't you know that your name will be tarnished if this news gets more noisy! Dan your position as COO akan tergugat!"
Tuan Smith menyilangkan tangannya. Dibelakangnya setia berdiri, Mr. Ashmer selaku setiausaha yang telah berkidmat selama 15 tahun untuk dirinya.
"Yes i know. But it was my mistake, so I have to take responsibility."
"You can be responsible by taking the boy as your son secretly. Patutlah perempuan itu terdesak mahu berkahwin." Tuan Smith merengus kasar.
"I will not do the same thing you did to my mother. Hanna tak bersalah!"
Nafas Mark juga tidak teratur. Disebabkan jawatan sebagai CEO, bapanya itu sanggup mengambil dirinya secara paksa daripada ibunya sendiri dan meninggalkan ibunya terkontang-kanting sendirian.
"I hope you can settle this faster. Jangan sampai semua ini effect your position!"
'BAMM'
Mark hanya memerhati pintu yang dihempas kuat oleh Tuan Smith.
Jawatan! Kekayaan! Harta! Itu sahaja yang difikir bapanya.
"Kris, salah ke tindakan aku ni?"
Mark memandang Kris. Kris hanya memandang sayu kearah Mark. Sudah 11 tahun dia menemani perjalanan hidup Mark Ayden. Semenjak usianya 22 tahun dan Mark 18 tahun ketika itu. Kehidupannya hanya dipenuhi oleh Mark. Sehingga Kris sudah pun menganggap Mark sebagai adiknya sendiri.
"Kau tak salah Mark."
**********
" Cantik anak mama. Tidak sangka begitu cepat anak mama membesar. Be a good wife and mummy to Mark and your future baby, honey. Achieve your happiness."
Satu kucupan hingga di atas kepala milik Hanna.
Hanna senyum memandang Puan Marie Andersson.
Lama Puan Marie menatap wajah Hanna. Wajahnya saling tidak tumpah pada gadis malang itu.
'Maafkan saya.. Saya akan pastikan anak kamu bahagia..'
Puan Marie mengesat hujung matanya yang mula berair.
"Mama, thank you for being my mother. Hanna bangga jadi anak mama."
Hanna memaksa dirinya senyum ketika itu. Hanna tidak mahu mengugurkan air mata dihari bahagianya bersama Mark.
"Yes, you're my daughter, Honey.. Always be my daughter."
"Ehh, apa aunty dengan Hanna sedih-sedih ni. Majlis dah nak mula! Jom Hanna!" Fina menarik tangan Hanna. Hanna hanya tersenyum melihat telatah kawannya itu.
YOU ARE READING
TUAN MARK AYDEN
RomanceHari pertama menjejakkan kaki ke Korea Selatan melakar banyak peristiwa hitam buat Hanna. "Sudahlah kekasih aku kantoi curang, aku diperkosa oleh lelaki yang aku tidak kenal. Kenapa malang sangat hidup kau Hanna Andersson?!" "Sumpah aku tidak sengaj...