CHAPTER 27

1K 27 8
                                    

Kandungan Hanna sudah memasuki trimester yang ketiga, lebih tepat lagi 37 minggu, dan bila-bila masa sahaja dia bakal melahirkan cahaya pertama dia dan Mark.

Segala kelengkapan sudah Mark sediakan. Kelihatan Mark semakin ceria dan tidak sabar untuk menanti buah hati sulung mereka itu.

"Sayang, have you done yet?"

Mark memulas tombol pintu, kelihatan seorang jurusolek wanita yang di upah Mark sedang mendandan rambut Hanna. Disebalik pantulan cermin, dapat dilihat senyuman manis milik isterinya itu.

Tidak sia-sia Kris mencarikan Mark seorang jurusolek profesional di negara ini. Lebih tujuh ribu ringgit juga Mark laburkan  pada  jurusolek tersebut.

Tetapi hasilnya sangat puas hati. Walau bagaimana pun, bagi Mark, Hanna tetap cantik walaupun tanpa secalit solekan sekali pun.

"Okay, we are ready. So how Mr. Ayden? What do you think of my work?"

"Yeah, not bad. But this angel  is already very beautiful. She's prettier without anything, including clothes."

Jurusolek tersebut ketawa mendengar kata-kata Mark.

Muka Hanna sudah kemerahan.

"Mark! Shhh" Hanna separa berbisik.

Malu dia mendengar ayat yang keluar secara selamba dari mulut Mark. Gatal sungguh! Tengoklah lepas dia habis melahirkan, padan muka Mark, harus berpantang selama 44 hari.

"Let's go sayang, photographer semua dah tunggu.." Mark menarik lembut tangan Hanna.

Hari ni, Mark dan Hanna hendak melakukan sesi fotografi bersama bayi di dalam kandungan Hanna, memandangkan waktu bersalin boleh terjadi pada bila-bila masa, jadi kesempatan yang ada ini tidak akan Mark sia-siakan.

Dalam tempoh dua bulan kebelakangan ini, Mark terlalu sibuk dengan urusan pekerjaan. Di tambah pula dengan program-program yang dianjurkan di Hotel Royale atas anjuran produk-produk berjenama membuatkan Mark tidak sempat meluangkan banyak masa bersama Hanna. Adakalanya, Mark terpaksa mewakilkan Kris dan Fina untuk menemani Hanna berbelanja. Nasib baik isterinya amat memahami.

"Okay Mr. Spencer, now just hugs Mrs. Spencer's waist."

Klik! Klik!

Setiap arahan didengari oleh Mark dan Hanna.

Hanna terasa sedikit canggung dihadapan kamera berbeza dengan Mark. Mungkin kerana Mark sering menjadi tumpuan media jadinya dihadapan kamera sudah agak biasa juga.

"Just smile sayang. Don't be scared, I'm here for you."

"Okay, now Mrs. Spencer can have a seat, and Mr. Spencer will sit next to Mrs. spencer, and try to get so close."

"Mr. Spencer, you can touch your wife's baby bump and Mrs. Spencer, you can put your hand around Mr. spencer."

"Okay! Good, just keep smiling like this

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


"Okay! Good, just keep smiling like this. "

Klik! klik! Klik!

Gambar diambil pada setiap detik mereka bersama.

"Sayang, thanks for coming into my life.. "

Mark Ayden mencium lembut perut Hanna.

"Thanks too my beloved husband.."

   
                          💕💕💕

Sesi bergambar mengambil masa, 4 jam lamanya. Hanna terasa lelah. Sejak memasuki trimester ketiga ini, dirinya mudah penat. Hendak membawa diri pun Hanna rasa kan bagai tidak larat.

"Sayang, do you want to rest? This room, later I will call someone to come and clean it."

Mark memegang tangan Hanna.

Hanna hanya mengangguk, badannya juga rasa sengal-sengal ketika itu, dia memerlukan rehat.

Jam sudah menunjukkan angka 8 malam.

Hanna dan Mark juga sudah makan malam sesudah sahaja sesi fotografi tersebut.

Sedang Mark melangkah bersama Hanna untuk ke bilik, telefon Mark mula berdering.

Tertera nama Kris disitu.

Hanna hanya mengeluh perlahan, pasti soal kerja lagi.

"Yo Kriss? What happened? What?! Fuck! Okay, I'll come as soon as possible."

Mark mematikan talian. Kedengaran nafas halus milik Hanna.

"It's okay, awak pergilah, jika ada apa-apa nanti saya call.." Lantas Hanna melangkah ke arah kamar beradu mereka.

Mark mengeluh perlahan.

"I'm sorry, sayang..."  Mark berkata perlahan.

Ini bukan masalah syarikat, ini masalah Nancy yang tiba-tiba mengamuk di pejabat miliknya.

Sudah dua bulan, dia mengelak untuk bertemu Nancy, tetapi kali ini, entah hantu apa yang merasuk Nancy, untuk membuat kacau di pejabat miliknya.

Jika hal ini sampai ke pengetahuan Tuan Smith Spencer, pasti dia dimarahi habis-habisan. Kenal sangat Mark, dengan perangai papanya itu. Paling tidak suka campurkan urusan peribadi dan urusan kerja.

Mark pantas mengambil kunci kereta. Cepat hal ini selesai, cepatlah dia pulang ke pangkuan isterinya.

                       💚❤️🖤🤍

Hanna mengerling ke arah jam dinding di biliknya, jarum pendek sudah mengarah pada nombor 10, menandakan sudah 2 jam, Mark keluar dari rumah. Dan sehingga kini, Mark masih tidak muncul kan diri.

Nyeri dibahagiaan bawah perutnya, sudah kerap terasa.

Pernah dia mengadu kepada ibu angkatnya soal itu, katanya 'Braxton's-Hicks contraction', iaitu kontraksi palsu.

Tetapi entah kenapa, malam ini semakin kerap Hanna rasakan. Hanna cuba untuk bangun dari pembaringan.

Dicapai telefon bimbitnya. Nombor telefon Mark di-dial Hanna, tetapi masih dalam deringan.

Hanna mengeluh, banyak sangat ke urusan pekerjaan lelaki itu, sehingga susah untuk menjawab panggilan telefonnya.

Hanna cuba untuk bangun dari katil, cuba mencari keselesaan. Setiba jejaknya kaki Hanna ke lantai.

Hanna dapat rasakan seperti ada cecair suam turun dicelahan pehanya, disertakan dengan kesakitan yang mencengkam perutnya.

"Ahhh!! Sakittt! Mark!!"

Hanna terduduk lemah.

"Ahh!!"

Pantas tangan Hanna men-dial kembali nombor Mark. Mengharap panggilannya di sambut Mark.

Tetapi malang, masih sahaja tidak diangkat.

Hanna sudah berpeluh hebat. Sakitnya rasa macam tulang pingulnya dipatah-patahkan.

Hanna cuma menelefon sahabat karibnya, Fina.

"Harap maaf, nombor yang anda dail berada diluar kawasan liputan. Sila cuba sebentar lagi.. Tut, Tut, Tut.."

Baru teringat Hanna, bahawa Fina sekarang di Singapura atas urusan pekerjaan dengan syarikat HNAZ.

Hanna merasakan kesakitan yang teramat sangat, tangannya mula kesejukkan.

"Mark.. mana awak di.. disaat... Saya perlukan...."

**********
#Sorry if my story is getting boring  😢

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: May 21 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

TUAN MARK AYDENWhere stories live. Discover now