Seusai makan malam, Hanna sering meluangkan masa di pondok kayu bersebelahan kolam renang rumah keluarganya.
Dipandang tenang air kolam tersebut.
Fikiran Hanna serabut tatkala itu, perlu ke dia memberitahu soal kandungannya itu? Sedangkan baru sahaja dia bertemu dan berbaik semula dengan keluarga angkatnya itu.
Dia tidak mahu menambah minyak ke dalam api. Pasti soal kandungannya ini akan menambah modal Sophea dan Nekma mencaci maki dirinya.
"Termenung panjang Hanna.. Apa yang awak fikir kan itu?"
Hanna berpaling ke arah gerangan suara tersebut. Senyuman diberikan.
"Nothing Joshua. Tidak sangkakan kita akan dipertemukan kembali di rumah ini."
Hanna melepaskan pandangan kembali ke hadapan.
Joshua pula mengambil tempat bersandar di tiang seri pondok kayu tersebut.
"Maka benarlah pepatah melayu, kalau sudah jodoh, tidak kemana."
Hanna sudah ketawa kecil.
"Awak ni walaupun sudah ada kak Sopbea, sempat lagi ya berkata manis pada yang lain."
"Bila masa saya dan Sophea bercinta?"
"Ehh, bukan tadi Kak Sophea panggil awak sayang sepanjang makan malam dan tidak pula awak menafikan." Hanna memandang Joshua dihadapannya.
"Kami pernah bercinta dan putus dua tahun lalu. Dan kini Sophea meminta peluang kedua pada saya. Awalnya saya menolak tetapi sejak akhir-akhir ni saya cuba membuka hati saya kembali. Tetapi lepas saya melihat adiknya, entahlah apakah hati ini akan dibuka untuk si kakak ataupun si adik haha.." Joshua cuba berjenaka di situ.
Hanna hanya memandang dengan riak wajah yang kosong.
Jika Joshua mampu untuk membuka pintu hatinya buat kekasih lama. Apakah ia juga akan berlaku pada Mark?
"Apa yang awak menungkan tu Hanna?"
Hanna hanya tersenyum dan mengeleng perlahan. Tidak mungkin dia membuka cerita kepada Joshua.
"Sayang.. apa you buat dekat sini?" Sophea melangkah kearah pondok kayu itu sambil matanya mengerling ke arah Hanna.
Menyampah melihat wajah Hanna. Wajah yang dirasakan penuh dengan kepuraan.
"I just talking with Hanna." Joshua masih menatap wajah Hanna manakala Hanna sudah membuang pandangan ke arah kolam renang.
Kolam renang inilah yang menjadi saksi dimana Hanna ditolak oleh Nekma ketika dia masih berusia 7 tahun. Hampir lemas juga Hanna ketika itu, nasib baik datang Adam Andersson menjadi penyelamat. Jika tidak pasti sudah terbang ke langit roh Hanna ketika itu. Bila papanya tanya macam mana Hanna boleh terjatuh di dalam kolam, terpaksa Hanna berdalih cerita bahawa dia tergelincir gara-gara takut dimarahi Nekma.
Sophea perasan tatkala itu mata Joshua suka melirik ke arah wajah Hanna. Sophea tidak suka situasi tersebut.
Sudahlah kasih sayang mama dan papanya dirampas Hanna. Kini kasih sayang Joshua Evans juga ingin dirampas Hanna. Dia tidak akan biarkan hal itu berlaku!
"Sayang, nanti I hantar you balik ya. Teringin I nak melawat rumah you." Sophea bernada manja. Tangannya naik ingin memegang lengan sasa milik Joshua.
"Sorry, you can't. Hanna balik dengan siapa?"
"Hah? Saya? Hmm kawan ambil kejap lagi."
Sudah Hanna masej Fina sebentar tadi ingin meminta gadis itu menjemputnya pulang.
YOU ARE READING
TUAN MARK AYDEN
RomanceHari pertama menjejakkan kaki ke Korea Selatan melakar banyak peristiwa hitam buat Hanna. "Sudahlah kekasih aku kantoi curang, aku diperkosa oleh lelaki yang aku tidak kenal. Kenapa malang sangat hidup kau Hanna Andersson?!" "Sumpah aku tidak sengaj...