Bab 4

284 12 0
                                    

Pagi sudah pon tiba. Hani mengetuk pintu bilik adiknya itu dengan kuat. Mana taknya, si Frain tu dah tunggu lama dekat ruang tamu. Tak kesian ke

"Vira !! Vira !! Bangun" Jerit Hani di luar pintu.

Vira mengeliat kecil. Mata digosokkan beberapa kali. Kaki berjalan menuju ke arah pintu.

"Apa ni kak Hani ? Kau ni mabuk ke pagi2 buta dah kejut aku ni " ucap gadis itu serak-serak basah.

"Si Frain tu dah tunggu kau lama tau tak !? Tak kesian ke dekat dia ?" marah Hani yang sudah bercekak pinggang itu.

Vira membulatkan matanya.

"Alamak !! Cakap dia Vira sakit !! 20 minutes!!" Vira lantas berlari masuk ke dalam bilik air.

Apa nak jadilah dengan dia ni. Asyik2 lupa..

Hani menghembuskan nafasnya berat. Langkah diatur menuruni anak tangga.

"Vira dah bangun ?"  kata Puan Kiyla kepada anak daranya itu. Hani mengangguk perlahan.

"Haihh anak dara ni. Bilalah nak jadi besar agaknya" bebel Kiyla. Frain hanya mampu untuk tersenyum sahaja.

20 minit berlalu.

Muncul lah wajah Vira yang sudah siap bersolek bersama hoodienya. Vira menghampiri Kiyla dan papanya. Tangan dihulurkan untuk menyalam kedua2 tangan ibu bapanya itu.

"Vira pergi dulu"

"Jangan balik lambat. Kamu tu bukan boleh percaya" ucap Encik Zin.

Vira tersengih

"Aeyden akan jaga dia aunty uncle" kini giliran Frain pula yang menyalam kedua-dua tangan puan Kiyla dan Encik Zin.

"Baiklah Aeyden. I trust you" Kiyla mencubit pipi tembam Aeyden gemeshh.

"Dah jom" Frain berjalan keluar daripada rumah itu. Vira hanya mengikuti daripada belakang.

"Motor ?"

Frain memandang Vira datar.

"Dahtu ? Kau nak kereta Ferrari ?" kata Frain dingin. Kalau nak dia bawa Ferrari boleh je tak ada masalah. Dia memang mempunyai Ferrari satu di rumah.

Duit sendiri.

"Saya tak selesa lah naik motor.."

Frain mengangkat keningnya. "Kau nak jalan kaki ? Okay aku pergi dulu" ucap Frain sebelum ejen motornya dihidupkan.

"Byee" , Vira melambai-lambaikan kedua telapak tangannya ke arah Frain. Kalau dia tak pergi pon tak apa.. lagi bagus!!

Frain yg melihat tindakan kecik gadis itu terus turun daripada motornya lalu menarik hujung baju Vira. Ah takde kau, aku penat2 tunggu kau bangun lepastu senang-senang je kau tak nak ikut.

"Ishh " Vira terus menduduki tempat duduk di belakang jejaka itu. Entah sampai bila hidupnya akan jadi seperti ini dia pon tak tahu.

"Mana helmet !!"

Frain memberikan helmet yg sama sepertinya tetapi bewarna biru kepada Vira.

"Apa nak jadi dengan kau ni Vira.. ni kalau rempit best ni tapi haih ada mamat ais ni pula tak boleh lah kau nak merempit tapi--" sedang Vira mengomel sendiri, Frain menarik pipi tembamnya.

"Auchhh ! Apa awak ni main tarik2 pipi orang" , Pipinya dipegang.

"Buat kerja tu boleh tak jangan nak membebel sangat. Aku gigit pipi kau japgi kang" , kata Frain mendatar tetapi masih kedengaran tegas.

"Huh"

            Setelah dua orang gadis itu berjaya menerima keputusan spm 2019 , alhamdulillah keputusan mereka berdua memenuhi target untuk mencapai impian mereka. Vira memeluk bahu Lisa.

"Tak sia2 pengorbanan kita kan. Aku happy betulll"  Lisa mengesat air matanya yg mengalir. Vira tertawa kecil.

Cengeng

"Lepas ni kita sambung belajar sama-sama tau. Sebelum kita tunggu tawaran sambung belajar, kita have fun dulu wuuu"  kata Vira seraya menepuk tangan.

Lisa mengangguk tanda setuju.

" Let's go" mereka berjalan beriringan tangan keluar daripada sekolah itu. Senyuman di bibir terukir sampai telinga.

"Cakap pasal Frain lelaki tu bulan depan dah boleh keluar hospital kan ? Kau dah maafkan dia ?" Kata Lisa perlahan. Gadis itu tidak mahu melukakan hati sahabatnya.

Mendengar sahaja ucapan daripada Lisa , Vira memberhentikan langkah.

Matanya sudah merah.

Lelaki tu..

Manusia yang bertopengkan setan

Flashback 2 years ago

" abang Frain. Orang nak keluar kejap tau" ucap Vira yang sudah siap memakai kasut. Frain menikam tajam ke arah gadis itu.

"Pergi mana ?"

"Keluar. Jumpa kawan"

Frain hanya memandang datar.

"Okay." kata Frain dingin. Tangan dihulurkan kepada Vira. Gadis itu hanya memandang pelik. Dah kenapa dia hulur tangan

Nak mati ke apa

"Salam"  kata Frain. Keningnya diangkat.

Vira ternganga besar.

"S-salam ? Kita bukan suami isteri pon"  balas Vira dengan lembut.

"Aku lebih tua daripada kau. Salam"

Vira hanya akur. Hoodie di tangannya ditarik sehingga ibu jari lalu menyalam tangan kanan Frain.

"Jangan balik lambat" tegas Frain berbicara.

"O-okay.." , Vira berjalan keluar ke pintu utama

TENGKU FRAIN AEYDENWhere stories live. Discover now