Bab 14

177 10 0
                                    

"Bodoh punya budak.. Buat semak kepala aku je" Ilman menghempas pintu keretanya dengan kasar. BUMPP

"Kau asal ?" kata Iqmal dengan penuh tanda tanya. Adik siapa?

Ilman hanya menggulingkan matanya ke atas. Buat apa pulak dia kat sini ni..

"Tak de papelah bro. Home problem" jawab Ilman mendatar.

Mendengar itu, Iqmal terus memberhentikan perbuatannya yg dilakukan sebentar tadi. Parang ditaruh perlahan ke atas tanah simen.

Wajah rakannya itu dipandang lama.

"Adik kau buat apa ?" Iqmal mengangkat keningnya.

Sekali lagi keluhannya dilepaskan.

Ilman menceritakan segala peristiwa yg berlaku antara dia dan adik dia di rumah tadi. Iqmal hanya mampu menganggukkan kepalanya sahaja. Hm, perangai sama mcm aku pula..

"Biasalah tu bro , adik" kata Iqmal selamba.

"Adik tak adik. Dah melebih tau dia tu! Melawan cakap aku macam aku ni kuli batak dia" balas Ilman seraya menggengam tangannya. Hampir sahaja dia mahu menampar pipi Safiah.

"Nanti kau ajarlah dia sikit. Cabut biji mata dia ke..?" kata Iqmal yg semakin perlahan.

Ilman hanya menggelengkan kepalanya sahaja. Dia tidak sekejam itu.

"Tak sampai lagi ke tahap tu bro. Aku tak gila lagi sampai nak cacatkan adik aku sendiri" kata Ilman mendatar. Kasutnya  dibuka dahulu sebelum ingin masuk ke dalam gudang milik Iqmal.

Iqmal tergelak sinis. Parang kembali dicapai.

PAKK

                 *     *     *     *

"Kau nak buat apa dengan aku hahh bangsatt !??" , jeritan suara Safiah kuat di dalam gudang itu. Ditumbuk-tumbuk tangan kekar lelaki itu sebelum menggigitnya dengan kuat.

"Arghhh-- sakitlah sial !!" , dengus Iqmal dengan kuat. Tangannya automatis melepaskan cengkaman di leher Safiah.

Safiah tercampak ke atas lantai simen dihadapannya.

Dengan tenaga yg masih ada , Safiah dengan pantas bangun dan berlari keluar daripada gudang itu.

"Woiii perempuan!!" jerit Iqmal seraya mencuba mengejar langkah gadis itu.

Terlihat satu barang yg elok tergantung cantik di sebelah pintu. Jejaka itu tersenyum sinis.

Barang itu pantas dicapai.

Iqmal mula berlari dengan  sepantas yg boleh untuk mengejar sosok gadis yg bernama Safiah. Nafas ditarik lalu dihembus sela.

Tiba sahaja di tengah2 hutan.. Iqmal memberhentikan lariannya.

"Mana kau nak lari ha perempuan ?" ucap Iqmal dingin. Matanya masih lagi melilau mencari kelibat Safiah.

Tiba-tiba..

Safiah pov

Safiah menutup mulutnya apabila mendepati lelaki itu sudahpon berada dihadapannya. Air mata perempuannya mengalir deras. ' Ya Allah..ujian apa yang kau bagi dekat safiah ni..' ucap gadis itu di dalam hati.

Safiah berlindung di belakang pokok yg gah besar itu , setelah lama melenyapkan diri.. Iqmal mula beredar mencari di kawasan jalan raya.

Hembusan nafas lega dilepaskan.

"Terima kasih ya Allah" , kata Safiah dengan penuh rasa syukur.

Baru sahaja gadis itu mahu bangkit daripada pohon tersebut , kepalanya sudahpon dihentak dengan batu bata.

"Arkh-" Safiah jatuh di dalam pangkuan Iqmal.

Iqmal tersenyum sinis.

"Aku dah kata jangan lari , kau degil.." , Iqmal mengangkat tubuh kecil itu seperti mana dia mendukung bayi yg baru lahir.

Kepala Safiah yg sudah berdarah banyak itu diabaikan.

End safiah pov



Tap your star down below 🫀

TENGKU FRAIN AEYDENWhere stories live. Discover now