bab 24

203 13 0
                                    

"Assalamualaikum nenda" , Frain menyalami kedua belah tangan Datin Khadijah dengan penuh sopan. Itulah nenda Aeyden. Cucu bongsunya yg paling manja. Dulu , semasa Frain masih bayi lagi , jejaka itu tinggal di rumah nendanya di luar negara.

Parents Frain meninggalkan anak kesayangannya itu bersama ibu mereka. Alasannya , ada kerja yang perlu diselesaikan demi masa depan Aeyden.

"Waalaikumsalam Aeyden" , Wanita tua itu tersenyum gembira melihat cucu kesayangannya akhirnya pulang.

Tidak lama kemudian, Datin Khadijah terus mengalihkan pandangan ke arah Vira. Gadis itu hanya diam sahaja di sebelah cucunya.

"Kamu.. Vira? Isteri.. Aeyd ?" Soal wanita tua itu bersama kerutan di dahi.

Pada usia yang begini , umurnya yang hampir mencecah 80 tahun itu membuatkan dirinya semakin kurang bertenaga.

Tetapi nasiblah dia mempunyai orang gaji yang masih lagi setia dengannya dari dulu. Syukur.

"Y-ya Datin" Vira lantas menghampiri nenda. Tangan wanita tua itu dicium lembut.

Datin Khadijah tersenyum.

"Alhamdulillah. Pandai cucu nenda cari isteri" , puji nenda.

Frain yang berada disitu hanya tersenyum nipis. Tengoklah siapa. Cucu nenda kot.

"Malam ni tidur sini kan ?" , soal nenda.

"Ya nenda" , Vira tersenyum manis.

"Aeyd pergi bawa isteri kamu naik bilik. Nenda nak suruh makcik Leha masak makan malam untuk kamu berdua" , wanita tua itu elok berjalan dengan menggunakan bantuan tongkatnya untuk ke dapur. Tidak lama kemudian, suara nendanya kedengaran.

"Leha.. masakkan makanan untuk Aeyden dengan isteri dia malam ni. Masak sedap-sedap"

Frain tertawa kecil. Ada2 je nenda ni. Macam dia tak biasa balik sini.

"Mana bilik kita?" , Tanya Vira teruja. Tak sabar ni nak tengok view dekat lantai atas!

Lagi yang membuatkan dia berasa teruja adalah bila dia sendiri boleh nampak keadaan di dalam lift itu. Selalunya orang yang kaya sahaja mampu memiliki lif seperti itu.

"Seronok nampak" Frain tersenyum senget.

"Mestilah!! Dahlah cantik reka bentuk dalaman dia. Saya suka tau!!" , jerit Vira dengan penuh kegembiraan.

"Jom, aku bawa kau pergi bilik" , kata Frain mendatar.

Vira sudah melompat suka.

Masuk sahaja ke dalam lif itu , Vira terkaku. Semua view dia boleh lihat. Cantik. Bersih. Kemas.

"Cantiknya.." , Vira hilang kata-kata.

Frain yang melihat hanya mampu menggeleng-gelengkan kepalanya sahaja. Tinggi juga selera dia ni.

"Awak!!"

Frain mengangkat keningnya tanda
' apa? '

"Ada gym lah awak! Luasnya" Vira melekapkan kedua belah tangannya ke dinding lif.

Haih. Ingatkan apalah tadi.

"Wuahhh.." , Vira tidak habis2 memuji kebersihan rumah nenda suaminya. Pandai nenda dia jaga.

"Kau suka?" Tanya Frain setelah mereka selamat berada di lantai 3.

Vira mengangguk laju. Tak sia-sia dia ikut Frain senyap2.

"Baguslah kalau kau suka. Lepasni kau boleh lah teroka sendiri sebab aku memang malas" , Pintu bilik yg bertuliskan A dibuka.

"Assalamualaikum" , ucap Frain perlahan. Suis Lampu dibuka.

Sekali lagi Vira memuji kebersihan di dalam rumah ini. Dah lah luar rumah pon bersih , dalam rumah pon bersih.

Suami siapalah ni.

"Kemas betul bilik awak" , puji Vira seraya menghampiri birai katil.

"Thanks".

Frain menyusun bag2 baju mereka di tepi. Nantilah mereka susun.

"Pergi mandi. Aku tunggu" , Frain merebahkan dirinya di atas katil yang sudah lama dia tinggalkan. Ugh rindunya.

Telefon pintar dicapai.

Vira hanya akur. Badannya sudah tidak selesa. Lepas mandi, okaylah ni.

Beg bajunya dicapai.

   
          Selang beberapa minit berlalu , Frain membawa Vira turun ke lantai 2. Dinner time..

"Selasa Vira?" , soal nenda ramah.

Vira memberikan senyuman manis kepada nenda.

"Everything is okay nenda. Don't worry" , kata Vira dengan lembut.

"Baguslah kalau macam tu. Mari, kita makan" , nenda tersenyum.

Vira mengangguk mengiyakan.

"Esok ada nak pergi mana2 ke Aeyd ?" , soal nenda kepada cucunya itu.

Frain hanya mengangguk perlahan.

"Ada. Aeyd nak bawa Vira jalan2 dekat kawasan sini"

Nenda mengangguk.

"Bagus. Kalau perlukan apa-apa bantuan , cakap kt nenda" wajah Vira dipandang.

Hah? Bantuan apa..

"Nope. Frain ada" , sampuk jejaka itu.

"That's my son" , nenda tersenyum bangga.




Got an 5 votes then new chapter will be unlocked 🫡

TENGKU FRAIN AEYDENWhere stories live. Discover now