✧𝟕

5.3K 394 30
                                    


“𝐘𝐨𝐮'𝐫𝐞 𝐜𝐨𝐥𝐝 𝐛𝐞𝐜𝐚𝐮𝐬𝐞 𝐈 𝐟𝐨𝐮𝐧𝐝 𝐲𝐨𝐮 𝐢𝐧 𝐭𝐡𝐞 𝐫𝐚𝐢𝐧”

HURM?” Lisa tersedar bila rasa tilam yang dia baring berat sebelah. Matanya lemah memandang Cielo yang duduk merenungnya.

Dahinya terasa berat disentuh. Cielo membuka cool fever di dahinya.

“Shhh” Cielo menyuruh Lisa diam.

Lisa terkebil-kebil. Dia mula teringat kenapa dia disini. Nak tanya tapi mulut ni berat nak buka.

“Move or die?”

Ayat itu! Dia masih ingat dan mungkin tak akan lupa.

Tubuhnya menggigil. Ditarik comforter naik sehingga menampakkan matanya sahaja.

Cielo hairan. Demam lagi ke?

“Are you okay?”

Terkelip-kelip mata Lisa membalas renungan lembut Cielo. Mukanya mencebik sedih.

“Cielo...”

“Shhh” Cielo menepuk lembut bahu Lisa. Comforter diturunkan sehingga ke bahu.

“Awak lambat...” Lisa mencebik sedih. Dia masih takut.

“Yeah I know.” Lembut Cielo memujuk.

“Kau nak makan?” Mangkuk berisi bubur diangkat. Siapa masak? Siapa lagi kalau bukan The Only One Chef kat rumah ni. Ya Jay.

Setelah dipaksa dan diugut akhirnya dia masak juga. Itupun disuruh rasa depannya dulu mana tahu budak tu bubuh racun ke kan susah. Jay tu bukan boleh percaya.

“Tak nak!” Lisa menyorok dalam comforter. Cielo tak minta maaf pun.

Cielo menggaru kepalanya. Aduh macam mana ni dia bukan pandai pujuk orang.

“Lisa jangan macam ni nanti kau lapar.”

“Biarlah saya lapar! Awak kesah apa?!”

Cielo tergelak kecil. Comel.

Kalau aku tak kesah pasal kau dah lama aku biar kau kena tembak.’

“Lisa please jangan macam ni nanti demam kau makin teruk.” Comforter ditarik kasar. Dia mendengus perlahan tapi kuat lagi dengusan dari Lisa.

“Saya tak nak tak nak lah! Kenapa awak degil ni?!”

‘Kau tu yang degil. Ni kalau Jay tahu kau tak nak makan memang lepas ni dia bubuh racun je dalam makanan kau.’

“Kau kenapa Lisa? Please jangan macam budak-budak boleh tak?” Nada suara tak tinggi tapi kasar.

Mata Lisa bergenang. Dia menggigit bibir. Dia menunduk.

“Saya tak nak kawan dengan awak, Cielo.” Perlahan suara Lisa.

Ternaik sebelah kening Cielo.

Really? Okay kita tengok siapa yang nak berkawan nanti.’

“Okay.” Cielo keluar dari bilik dengan mangkuk bubur yang masih ditangannya. Dia kena habiskan dulu sebelum Jay nampak.

𝐌𝐑. 𝐇𝐀𝐂𝐊𝐄𝐑 [𝐂]Where stories live. Discover now