“𝐘𝐨𝐮'𝐫𝐞 𝐜𝐨𝐥𝐝 𝐛𝐞𝐜𝐚𝐮𝐬𝐞 𝐈 𝐟𝐨𝐮𝐧𝐝 𝐲𝐨𝐮 𝐢𝐧 𝐭𝐡𝐞 𝐫𝐚𝐢𝐧”“CIELO...saya nak tanya ni.”
Buat kali entah ke berapa Cielo mengeluh. Kalau dia jadi penculik dah lama dia humban je Lisa ni.
Kenapalah dorang tak nak tutup mulut perempuan ni.“Cielo! Dengar tak ni?!”
“Yes cutie?”
“Ehek! Awak ni janganlah blushing lah kita...” Mulut dimuncungkan manja.
Anak buah Black yang menahan mereka menjeling. Geli.
BANG
Pintu ditendang kasar. Black berjalan depan Lisa dan Cielo yang duduk terikat di kerusi. Dia mendengus kuat.
Kiri kanan kepala Lia memandang Black. Sakit kepala.
“Mana Chris!!” Black mencengkam kolar baju Cielo.
Cielo berdecit sinis.
“Kan aku dah cakap kalau kau nak Chris kau kena jumpa je dia terus. Kau fikir Chris tu baik sangat ke sampai nak bazirkan tenaga dan masa dia untuk cari kami?” Sinis Cielo.
“Argh wa tarak kisah! Wa mau Chris. Ni lu call Chris suruh dia selamatkan lu. Penat wa tunggu.” Telefon capuk dihala depan Cielo.
“Euw zaman bila guna telefon ni? Patutlah Chris tak nak layan kau. Bukan lawan dia! Chris tu jauh sangat beza dengan kau. Simpanlah angan angan kau- Adoih!”
“Ini makan dia!” Hidung Lisa ditampar kuat.
Cielo hanya menatap kosong. Dia okay saja selagi Lisa tak bersalah tiba-tiba diusik.
“Awak...tengok dia pukul saya.” Ngadu Lisa.
“So?”
“Sampai hati awak! Awak tahu tak saya berusaha nak cairkan hati awak tapi awak boleh selamba badak saja. Dasar hati batu! Bak sini telefon tu!”
Terketar-ketar tangan Black menghulur telefon itu. Mendengar Lisa membebel mengingatkan kisah sewaktu dia kecil. Di mana dia selalu kena bebel dengan ibunya sehingga dia trauma.
“Orang cakap kau Mr. Cold Hacker. Celah mana Cold nya? Perempuan tu lagi seram adalah!” Bisik Black.
Tak sekarang ni siapa yang kena culik? Kenapa mereka pula yang bisik?
“Aku memang cold cuma bukan depan Lisa.” Dingin Cielo. Matanya tajam merenung Black.
Black menahan diri dari terkencing. Dia dari tadi menahan. Takut Chris serang semasa dia kat dalam tandas pula. Tak pasal malu tujuh keturunan.
“Kerja dengan aku.” Arah Black.
Kening Cielo ternaik. Dah kenapa?
“Hacker aku baru mati semalam kena langgar katak eh silap mati katak. So kau kena kerja dengan aku. Kalau kau kerja dengan aku. Aku akan bagi kau gaji lagi tinggi dari yang lain.” Black tersenyum berlagak.
Cielo tertawa sinis. Gaji lebih tinggi dari yang lain? Heh itu pun belum tentu sama dengan gajinya di Dark Butterfly.
“No way.”
“Why?!!” Marah Black.
“Woi diamlah! Tak nampak ke aku tengah call orang? Hah kau pahal jauh sangat dekat lah sikit telefon tu kau fikir telinga aku ni boleh dengar ke jauh macam tu? Aku ni dah lama tak korek telinga jangan sampai aku tumbuk muka kau!” Menjegil mata Lisa memandang anak buah Black.
Menggigil tangan anak buah Black. Dia merapatkan dirinya. Telefon diletakkan ditelinga Lisa. Memandangkan tangan Lisa diikat dialah yang kena pegangkan.
Kenapa nampak macam Lisa pula boss mereka?
“Chris kawan awak Black tangkap saya dengan Cielo. Boleh awak ke sini? Saya dari tadi nak garu badan belakang ni tapi kena ikat. Cepat sikit!”
Tercengang semua orang dalam bilik itu. Berani betul.
“Hah? Mommy ada kat situ? Buat apa? Hei aku tak habis cakap lagi lah!” Marah Lisa. Baru dia nak mengadu dekat mommy.
“Habislah duit wa.”
“Tch gengster kedekut!”
“Argh wa tarak kira. Lu dua orang wa kurung sini. Cake! Lu sembur itu racun kasi bunuh ini orang. Yang lain kita pergi dulu nanti Chris datang!” Laju mereka keluar dari rumah buruk itu.
Cielo tercengang. Lah kau suruh Chris datang lepas tu kau lari. Kau fikir Chris ada masa ke nak layan perangai budak budak kau tu?
“CIELO bau.. bau apa ni?” Dada Lisa terasa sesak.
Dengan kemahiran dia ada pantas melepaskan diri dari ikatan. Sebaik ikatan Lisa dilepaskan dia mendukung tubuh itu dan berlari ke arah pintu.
“Shit!” Pintu itu terkunci dan diletakkan sesuatu barang berat dan besar menghalang dia dari menendang.
Dia pergi ke tingkap. Dibuka kecil dan tunduk ke bawah. Tak adalah tinggi mana.
“Cie..cielo kita nak lompat ke?”
“Tak.” Lega hati Lisa mendengar jawapan itu.
“Kita terjun.”
“Hah? Arghh!!” Lisa terkejut. Dia memejamkan mata rapat. Buka saja dia dah selamat mendarat di atas permukaan lembap.
Lisa mengerut dahi. Tanah? Tapi dia tak rasa apa-apa pula.
“Erghh..” Bunyi seseorang yang mengerang kesakitan membuatkan Lisa tertoleh. Cielo!
“Ya Allah. Cielo!” Pantas dia bangun mendapatkan Cielo.
“Cielo! Mulut awak berdarah. Kenapa ni? Ya Allah dagu awak koyak.”
“Tepi!” Marah Cielo.
“No!”
“Aku cakap tepi kan?!” Cielo berdiri termamai. Kelam kabut dia mencari topengnya yang hilang. Dia membelakangkan Lisa.
Mana ni? Cahaya bulan yang naik membuatkan semuanya terang. Lisa menyentuh bahu Cielo.
“Argh!!” Seperti kerasukan Cielo menepis kasar tangan Lisa sehingga membuatkan Lisa jatuh terduduk.
“Cielo!” Susah hati Lisa melihat Cielo seperti orang tidak waras yang marah sana sini.
“Cielo..awak kenapa ni?”
“Topeng aku?! Mana topeng aku? Kau ambil eh? Bagi balik lah!!” Jerkah Cielo depan muka Lisa. Bahu Lisa dicengkam kasar.
Tersentak Lisa. Matanya berair. Dia terkaku memandang wajah Cielo yang begitu hampir dengannya.
Seluruh wajah Cielo dipandang. Ya seluruh. Seperti terpukau Lisa tak menjawap sebaliknya dia tenggelam dalam renungan dingin Cielo.
PRAKK
Bunyi ranting kayu patah menyentakkan mereka. Mereka menoleh ke arah bunyi tersebut. Cielo menutup separuh mukanya dengan menaikkan kolar baju.
“Assalamualaikum.”
Mata Cielo terbuntang luas. Mampus!
Manakala Lisa tersenyum lebar. Dia melambai tangan ke orang yang berdiri di tepi sekali.
Yeay kahwin!
YOU ARE READING
𝐌𝐑. 𝐇𝐀𝐂𝐊𝐄𝐑 [𝐂]
Aksiyon𝐌𝐑. 𝐬𝐞𝐫𝐢𝐞𝐬 𝟏.𝟎 "𝐘𝐨𝐮'𝐫𝐞 𝐜𝐨𝐥𝐝 𝐛𝐞𝐜𝐚𝐮𝐬𝐞 𝐈 𝐟𝐨𝐮𝐧𝐝 𝐲𝐨𝐮 𝐢𝐧 𝐭𝐡𝐞 𝐫𝐚𝐢𝐧" ~𝐌𝐫. 𝐂𝐨𝐥𝐝 𝐇𝐚𝐜𝐤𝐞𝐫~ 𝐬𝐭𝐚𝐫𝐭: 𝟏𝟖 𝐉𝐮𝐥𝐲 𝟐𝟎𝟐𝟐 𝐞𝐧𝐝: 𝟏𝟗 𝐀𝐮𝐠 𝟐𝟎𝟐𝟐 •Cerita ni mengarut. Kenapa baca?