✧𝟐𝟓

4K 285 15
                                    


“𝐘𝐨𝐮'𝐫𝐞 𝐜𝐨𝐥𝐝 𝐛𝐞𝐜𝐚𝐮𝐬𝐞 𝐈 𝐟𝐨𝐮𝐧𝐝 𝐲𝐨𝐮 𝐢𝐧 𝐭𝐡𝐞 𝐫𝐚𝐢𝐧”

“KAU yakin ni rumah dia?”

“Seribu kali yakin.”

“So siapa nak masuk dulu?”

“Ni kan rumah mother in law Cielo so dia lah masuk dulu.”

Lima pasang mata menoleh ke kanan. Berdirinya Cielo dihujung sekali. Mereka berdiri sebaris depan satu rumah kayu moden.

Cielo tak peduli dengan mereka. Dia mengepal penumbuk. Satu persatu drama berlayar di matanya. Bermula dari rumah ni lah tempat dia datang mengaji setiap petang. Hingga ke hari paling kelam dalam hidupnya.

Di mana rumah ni menjadi tempat kenduri kahwin tuan rumah dengan daddy nya.

“Kau tak nak masuk fine. Biar aku masuk.” Tanpa salam Jay menendang pintu kayu itu. Siapa suruh kunci pintu kan dah susah nak masuk.

BUMM

Dari luar mereka dapat dengar suara orang menjerit. Terus mereka pecah masuk rumah orang.

“Salah Lisa ke?”

Langkah mereka terhenti di pintu bilik itu.

“Lisa apa yang kamu tak puas hati ni? Sudahlah umi penat nak layan perangai mengada kamu. Cuba tengok kakak kamu tu baik je tau. Baik kamu tolong dia kemas rumah nanti dia nak kahwin.”

“Macam ni ke?”

“Macam ni apa?”

“Macam ni ke cari umi layan mommy? Umi minta tolong mommy kemas rumah kononnya umi nak kahwin. Tapi? Umi kahwin dengan suami dia.”

Muna terhenti melipat kain. Dia merenung anaknya tajam.

Cielo terkaku mendengar ayat itu.

“Lisa!”

“Apa? Memang betul pun kan? Umi rampas suami kawan baik umi! Adik tiri umi sendiri tau! Umi...sama saja dengan nenek.”

“Heh apa kamu cakap? Apa yang si Diya tu dah hasut kamu hah?!” Muna mencampak semua pakaian ke tepi. Dia berdiri di hadapan Lisa.

“Apa kau cakap? Aku? Rampas? Eh kalau betul pun kenapa?!”

“Umi! Umi tahu tak apa yang umi dah buat ni?” Lisa memandang tak percaya. Sejak bila mak aku jadi macam ni.

“Yes! Memang memang kami ni perampas dan kau pun perampas!”

“Apa ni umi? Kenapa Lisa pula haish bila pula Lisa rembat laki orang ish tak suka lah..” Lisa memuncung. Dia menggeleng tak mahu.

“Kamu tahu kenapa aku kahwin dengan suami dia?” Muna menarik nafas.

“Tahu dah umi ikut perangai nenek merampas je memangla-”

PANG

Pipi kiri Lisa ditampar.

“Jangan menyampuk!”

𝐌𝐑. 𝐇𝐀𝐂𝐊𝐄𝐑 [𝐂]Where stories live. Discover now