✧𝟏𝟐

4.7K 364 49
                                    


"𝐘𝐨𝐮'𝐫𝐞 𝐜𝐨𝐥𝐝 𝐛𝐞𝐜𝐚𝐮𝐬𝐞 𝐈 𝐟𝐨𝐮𝐧𝐝 𝐲𝐨𝐮 𝐢𝐧 𝐭𝐡𝐞 𝐫𝐚𝐢𝐧"

"CIELO!"

"Mom..mommy kenapa mommy kat sini?" Cielo gelabah. Dia memandang wajah Diya yang seakan kecewa dengannya.

"Apa yang encik dan cik ni buat tengah malam kat tepi hutan ni? Dalam semak pula tu." Seorang lelaki yang agak berumur menggeleng kepala.

"Eh jangan salah faham. Kami-"

"Tak apa kita settle nanti. Jom kita pergi ke pejabat agama."

Cielo menggaru kepala kasar. Dia memandang Diya yang mengelap air mata. Dia berasa kecewa seolah baru melakukan sesuatu yang terkutuk.

"Mommy..." Panggil Cielo.

"Don't kecek with me." Diya meninggalkan Cielo dan Lisa.

"Awak...macam mana ni?"

Cielo menghela nafas. Dia menolak rambut yang menutup dahi kebelakang. Habislah dia.










"CIELO!"

Cielo mendongak sebaik namanya dilaung kuat.

Chris, Yan dan Jay berjalan menuju ke arah mereka.

"Chris-"

BUKK

Belum sempat Cielo memanggil Chris, Jay menumbuk dirinya terlebih dahulu. Cielo tercengang.

"Aku tak sangka kau macam ni Cielo. Ni mesti plan kau kan?"

Berkelip-kelip mata Lisa memandang Jay. Eh sedap kau je.

"Sudah! Mommy tak kira mommy nak Cielo kahwin dengan Lisa!" Arahan Diya menyentakkan mereka.

"Mommy! Kan Cielo dah cakap kami tak buat apa-apa. Kami kena tangkap tadi jadi kami nak selamatkan diri." Bela Cielo.

"Heh you fikir alasan you akan selesaikan semua? I ni orang ternama kalau my friends tahu anak I kena tangkap basah mana I nak sorok muka? Lagi satu you fikir alasan you tu you boleh buat report? Polis percaya ke?" Sinis Diya.

Cielo terdiam. Dia tak tahu nak buat apa dah.

"Cielo tak boleh berkahwin." Dingin Chris.

Diya menoleh. Dia berjalan dan berdiri di hadapan anak muda itu.

"Apa you cakap? You fikir you siapa?"

"Aku orang yang banyak tolong dia."

"I mommy yang lahirkan dia dan besarkan dia."

"Aku orang yang jumpa dia sewaktu dia hampir mati."

Mereka menatap tajam. Dingin.

Dalam kedinginan mereka Lisa mencelah.

"Awak..jom lah kahwin. Saya suka awak tau awak tak suka saya?"

Jay dan Yan tercengang. Manakala Diya dan Chris masih sama tak bergerak seinci.

"Awak kalau awak kahwin dengan saya kan kan saya janji saya akan bahagiakan awak!" Tangan diangkat depan Cielo.

Cielo mengeluh. Dia memandang Chris dan Diya yang tak pedulikan mereka.

Geram dengan Cielo yang tak berikan reaksi akhirnya dia berdiri dan menghentak kaki.

"Fine! Kalau awak tak nak kahwin dengan saya kan saya akan paksa mereka kahwinkan kita."

Cielo yang seolah dapat tangkap tindakan Lisa langsung ikut berdiri. Tapi dah terlambat.

"Mommy...kahwinkan lah kami." Lengan Diya dipeluk.

Cair dengan tingkah comel Lisa akhirnya dia mengalihkan pandangan dari wajah Chris.

"Boleh sayang mommy memang nak you kahwin. Tapi ada langau ni tak nak kamu berdua kahwin." Ejek Diya.

"Siapa?" Mata bundar Lisa membalas pandangan Diya. Mulut memuncung sedikit.

"Tuuu Cheese tu siapa lagi?"

"Cheese?"

"Chris auntie. Nama dia Chris." Celah Yan.

"Eh shut up you. Jangan sibuk!" Diya menjeling Yan. Sibuk saja.

Yan tergelak hambar. Aku pula kena marah.

"Alah..Chris bagi lah saya kahwin dengan Cielo..." Muka dicomelkan. Tapi sikit pun Chris tak terkutik.

"Dia orang ni bukannya buat apa-apa pun. Tak payah kahwin. Pandailah aku settle macam mana."

"Eh you ni kenapa? I nak tengok anak I kahwin tau. Ni dah ada orang yang ikhlas nak dia you pula halang." Diya memeluk badan.

"You ni ada masa silam ke trauma dengan mana-mana perempuan ke? Kemain halang bagai."

"Ni rules kami. Tiada siapa dibenarkan berkahwin. Kalau tak dia akan dikeluarkan." Sampuk Jay.

"Kalau macam tu biarlah Cielo keluar! Banyak lagi pekerjaan kat luar sana. Dia pun tak hamak hambakan diri untuk you!"

"Eh mak cik kau cakap elok sikit. Kami tak pernah anggap dia hamba. We are friends you know friends? Don't know? Yeah of course because you have no friends!" Marah Jay. Kemain kau Jay cakap macam tu kat mak member.

"Eh you cakap elok sikit! Disebabkan ni lah I tak suka Cielo berkawan dengan you guys!"

"Alah mak cik ni banyak cakap lah!" Yan menahan Jay dari menyerang Diya. Yan ni bukan boleh sabar.

Begitu juga dengan Cielo. Dia menghalang mommynya dari mengamuk.

Para pekerja di pejabat agama islam tercengang.

Dalam keriuhan suasana itu mereka dikejutkan dengan satu suara kuat.

"Eh kau ni aku dah lama tahan sabar dengan kau! Dah aku nak kahwin bagi sajalah aku kahwin. Nak cakap kau ni wali Cielo tapi dia tu lelaki! Kau ni gay dengan dia ke? Takkan. Pahal kau dengki sangat tak bagi dia kahwin? Ke sebab jodoh kau tak sampai sampai lagi? Yah tu masalah kau bukan masalah aku!" Kolar baju Chris dicengkam.

Jay, Yan dan Cielo menelan air liur. Kejar maut betul Lisa ni. Diya tersenyum bangga. Dia tak terkejut dengan perangai sebenar Lisa sebab dia pun macam tu juga.

"Dah lah sebabkan kau aku dengan Cielo kena tangkap. Kalau aku mati tadi macam mana?"

"Eh sudahlah Lisa." Lengan Lisa ditangkap.

"Yah lepas! Saya tak habis lagi!" Lisa meraung dalam pelukkan Cielo.

Chris berdehem. Dia membetulkan bajunya. Rasa hampir tercekik. Lisa ni ada pengalaman membuli ke?

"Woi Chris! Bagi aku kahwinlah! Sampai hati kau buat perempuan terluka. Tak gentle! Weh aku ni anak yatim tau jangan sakitkan aku.. huawaa umi...ada orang tak bagi Lisa kahwin.." Lisa menangis dalam pelukkan Cielo. Seperti orang tak betul saja. Sekejap marah lepas tu nangis.

"Sudah! Memandangkan mereka berdua nampak rapat siap berpeluk bagai depan kami. Jadi kamu berdua kahwin sajalah!" Seorang pekerja yang mungkin ketua jabatan itu mengarah. Memandangkan pakaian dia agak formal berbanding yang lain.

"Yeay!!" Lisa mengelap air mata palsunya. Dia berlari ke arah Diya.

Mereka melompat riang.

"Yeay yeay kahwin kahwin!"

"Yeay kahwin! Nanti bagi mommy sebelas baby tau!"

"Uhuk" Tersedak mereka semua.

"Kenapa 11 mommy? Mommy ingat Lisa ni mesin ke?" Muka dimasamkan.

"Mommy suka nombor perdana. Yalah yalah tujuh jelah." Muncung Lisa dicuit.

Mereka sambung melompat.

Yan yang tersenyum nipis ditumbuk kasar oleh Jay.

"Suka pulak kau!"

Chris menjulingkan mata ke atas. Dia mengerling Cielo yang tertunduk. Haiihh.

Cielo tertunduk. Terlalu cepat sampai dia tak dapat proses apa yang berlaku.

𝐌𝐑. 𝐇𝐀𝐂𝐊𝐄𝐑 [𝐂]Where stories live. Discover now