02

2 2 0
                                    

Panadol dimasukkan ke dalam mulut, dihancurkan dengan sang geraham kemudian ditelan. Air di tepi katil diambil dan diteguknya perlahan.

Pahit. Berkerut keningnya menahan kepala yang sedang ligat berpusing. Dunianya bagai dilanda tsunami.

Kaki meraba kasut di atas lantai.

Bunyi ketukan pintu membuatkan tubuhnya mengeras.

"Ni mama."

"Oh, ma. Masuklah," jemput dia sopan.

Pintu dibuka. Muncul raut wajah tua yang membawa sedulang air di tangan.

"Okay minggu ni?" soal mama sebaik sahaja melabuhkan punggung di atas tilam.

'Straight to the point terus ma!'

Bentak batinnya sendiri.

"Okay je," balasnya. Bibir mengukir senyuman.

"Kalau macam tu, macam mana result exam dua minggu lepas boleh teruk sangat?" soal mama lagi.

Mata terpejam. Mencari nyawa, oksigen di disini terasa menghilang.

'Semua ni salah aku. Tolak ajakan sir malam sebelum exam. Aku penat, aku perlukan rehat.'

Wajah mama dipandang. Lama.

"Apa yang Jeanne baca tak masuk exam, ma."

"Mama dengar cerita, Jea dah mula keluar masuk kelab malam."

'Semua sebab sir!'

"Dah pandai abaikan pelajaran ya?" mata tua itu memandangnya tajam.

Gelas berisi susu diberikan kepada anak tunggalnya.

"Minum. Jangan membazir."

Gelas diangkat dan dirapatkan ke bibir. Susu diteguk. Sehingga habis.

Gelas direbut dari gengaman Jeanne.

"Anak mama kena pandai, kan?"

Jeanne mengangguk mengiyakan.

Gelas diangkat dan dihempuk kuat di atas kepala gadis muda itu.

Kepala tertunduk jatuh ke atas tilam. Cecair merah segar mula keluar daru epidermis yang terluka.

"Anak mama semua pandai-pandai belaka." dulang besi pula diangkat tinggi.

Dihempuk dulang ke belakanh badan Jeanne, berkali-kali. Hingga besi tebal itu terbahagi dua.

Dia senyum.

Jeanne senyum.

"Maafkan Jeanne, ma."

Rambut gadis itu dicekak dan dihempuk ke bucu katil. Darah yang membuak keluar membuatkan tubuh tua itu galak menghentam anak gadisnya.

"Jangan mati selagi kau tak pandai ya," pesan mama.

Leher Jeanne dipegang dengan kedua tangan kedutnya.

Gadis itu langsung tidak meraung. Malah merelakan.

Yah, sebab itulah dia hidup.

"Mesti jadi pandai untuk banggakan mama dan papa," balas Jeanne.

Mama tersenyum lagi.

"Bagus anak mama," pipi kiri gadis itu dikucup sekilas sebelum dia keluar.

Serpihan kaca dan dulang yang terbahagi dua itu juga tidak luoa dikutipnya.

Hehe.

jeanne  Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang