04

4 2 0
                                    

Udara terasa panas walaupun kedua penghawa dingin di dalam biliknya dibuka.

Dia mengubah posisi tidunya. Tali singlet yang melorot jatuh dibetulkan kembali.

Kaki disilangkan ke dinding. Otak mula merangka kejadian esoknya. Kelaran di tangan masih segar.

Bahunya sudah membaik.

Dia bercakap sendiri. Tanpa henti. Dagu mendongak memandang angkasa di depan matanya.

Bumbung jernih, terasa bintang dan awan gelap berada di hujung jari.

1 pagi.

3 pagi.

4 pagi.

4.30 pagi.

Mata mula kuyu.

Dia tidur.

Nyenyak.

Bunyi nyaring jam loceng membuatkan mata sembapnya dibuka. Perlahan.

"I'ts the day!"

Jeritnya sendiri.

Dia mula bersiap.

Beg kecil dikemas dan dia membuka langkah meninggalkan rumah.

Hari ini, dia senyum.

Senyum paling ikhlas. Habis semua disapanya. Dari penjual bunga di tepi jalan, sekeluarga yang sedang berjalan dan orang dia berjumpa semasa hendak melintasi jalan raya.

Senyum.

Sudah lama dia merasa begini.

Duit di dalam kocek seluar dikeluarkan.

Dia sudah mengeluarkan semua wang yang berada dalam akaun banknya. Semua.

Gelandangan yang berada di bahu jalan, dia masukkan beberapa keping wang ke dalam mangkuk. Gelandangan itu tersenyum dan mengucapkan terima kasih.

Dia senyum.

Dia terus berjalan di kota besar itu sendiri.

Terus meletakkan duitnya ke dalam mangkuk kecil kepada setiap gelandangan yang ada di jalan mahupun lorong-lorong yang kotor. Tidak henti ucapan terima kasih yang diterimanya.

Tangan diseluk ke dalam saku. Dia berjalan pula menuju ke fun fair. Agak ramai pengungjung pada hujung minggu begini.

Ada yang datang bersama keluarga, ada yang bersama pasangan dan ada juga yang sepertinya.

Berjalan tanpa arah tujuan dan mencuba setiap permainan yang ada. Dari permainan bidik hinggalah ke permainan menangkap itik. Dari roller coaster hinggalah ke rumah hantu.

Wangnya masih banyak. Dia mengeluh.

Kaki akhirnya berhenti di sebuah kedai makan yang boleh tahan juga ramainya.

Dia membuka pagar kecil dan mencari tempat duduk kosong buat dirinya. Tidak lama menunggu, akhirnya ada satu meja kosong, terus dia duduk di situ.

"Miss, ada nak oder apa-apa?"

"Hot choc satu. Umm... Boleh saya minta tolong?"

Si pelayan mengangguk.

"Bawakan saya total resit pengunjung, saya akan bayarkan makanan mereka."

Si pelayan membeku di tempatnya.

"Tapi sekarang ramai?"

Tubuh Jeanne ditilik.

"Saya mampu," balasnya gadis itu ringkas.

"Juga untuk pelanggan yang baru datang."

Si pelayan mengangguk dan berlalu pergi.

Air sudah habis diteguk, bil juga sudah habus dibayar. Jeanne membawa diri jauh dari kedai kecil itu.

Dia melangkah tanpa arah tujuan lagi. Jam di tangan ditilik.

Sudah tiba masanya.

Dia menghampiri sebuah booth menjual anak patung yang berhimpit pengungjung. Tas tangannya ditinggal di kerumunan itu dan dia berlalu pergi.

Telefon bimbit serta baki duit juga ditinggalkan di dalam tas kecil itu.

Dia berlari pergi.

jeanne  Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang