03

2 2 0
                                        

Mulut meringis kecil apabila lukanya disentuh. Banyak. Bahkan ada yang masih berdarah.

Aiya, bukannya tidak biasa.

Pembalut yang berada di atas katil dicapai dan tangan ligat membalut pinggangnya. Dan tak nampak slim!

Luka yang berada di bahu sudah ditempelkan plaster. Tidak usah ke hospital, dia sudah mahir menggukan semua peralatan itu sendiri.

Dia sendiri juga yang memcabut kaca di dalam bahunya. Hehe.

Gunting, pisau, bahan mainan hariannya. Makian dan pukukan dikira sarapan dan makan lewat malam, mungkin.

Beg kecik diangkat. Dia tidak boleh terlewat. Habis air kegemarannya nanti.

Jeanne mula membuka langkah meninggalkan rumah.

Sesampainya dia di depan kedai itu, pintu dibuka dan nescafe tin yang berada di dalam peti sejuk terus diambil. Enam tin air pahit itu berada di tangannya.

Mungkin dia terlalu awal, orang lain masih di pembaringan tapi dia sudah beratur untuk membayar air nescafenya.

Dua orang pakcik 60-an di hadapannya. Diperhati tidak berminat, tapi retina matanya menangkap sesuatu.

Selesai membayar dia terus bergerak ke tempat belajarnya. Walaupun mindanya masih ligat berfikir mengenai pakcik tua tadi.

Langkah terus dibuka. Earphone disambungkan dengan bluetooth, lagu dipasang dan dia terus berjalan.

But you never be alone,
I'll be with you from dust till dawn,
I'll be with you from dust till dawn,
Baby I'm right here.

I hold you went things gone wrong,
I'll be with you from dust till dawn,
I'll be with you from dust till dawn,
Baby I'm right here.

"Exam fail again?"

"Masa yang tepat untuk mati bukan?"

"Mati la anak, kau dan tak berguna. Sia-sia aku lahirkan kau."

"Mati je."

"Aku nak kau sekarang, masuk bilik aku. Pastikan baju kau dah atas lantai. Faham?"

Dia mengangguk mengerti. Bahunya disentuh.

Dia menoleh terkejut.

Oh, imaginasinya sahaja.

Eh, pakcik tadi.

"Pakcik?"

"Anak Rafizah ya?"

Jeanne mengangguk. Figura tua itu ditilik.

Benar, inilah orangnya.

Pakcik tua yang harus dia nikahi nika dia masih gagal dalam peperiksaannya.

Kata mama, lelaki ini mampu menjaganya dengan baik. Mahu sahaja dia meludah muka mamanya.

Orang tua di depannya ini bahkan tidak mampu menunduk lama, risaukan pinggangnya lari mungkin.

Dia senyum.

"Abang... Call me Abang Jame."

'Ah, umur orang yang sepatutnya menunggu mati ini masih mahu mengelar dirinya abang."

Bisik Jeanne sendiri.

"Aba... Abang Jame nak kemana?"

'Tolong, aku mahu muntah.'

"Nak abang hantarkan?"

Jeanne menggeleng sopan, menolak ajakan lelaki tua itu. Dia meminta diri dan terus berjalan meninggalkan orang tua itu sendiri.

Sudah mahu mati, gatalnya tak hilang-hilang.

jeanne  Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang