Buku diselak satu persatu. Setiap bait patah perkataan dihadam dengan sekali bacaan, tangan kiri ligat menulis nota.
Hobinya.
Apa sahaja yang dibacanya. Majalah, buku mahupun surat khabar. Dibaca dengan teliti dan notanya dicatat pada buku kecilnya.
Ini gila. Ya, kegilaannya.
Dia kemudiannya berdiri dan mengambil earphone di dalam kocek seluar. Disumbat ke dalam kedua telinganya.
Tangan dihayunkan ke depan dan belakang mengikut langkah kaki. Jalan.
Hampir dua jam setengah dia berjalan, akhirnya dia berhenti dia suatu tempat. Nafas ditarik lama sebelum dihembus singkat.
Tangga didaki.
Buku yang dipegang dieratkan.
Kaca mata jernih yang berada di dalam kocek dikeluarkan dan diletakkan di matanya.
Pandangan lebih sempurna. Nafas diatur dan dia berjalan ke arah loker. Kata laluan dimasukkan.
'Bip'.
Pintu kecil lokernya terbuka.
Buk!
Kamus dewan jatuh di depannya. Tebal. Selamat dia sempat menarik kaki ke belakang sebelum buku sempat meninding jari kakinya.
Tebal.
Bunyi rengekan di belakang membuatkan dia mendengus kasar. Nafas ditarik lama.
Satu.
Dua.
Tiga.
"Like always?" soal satu suara.
"Emm... Dia selalu macam tu. Already told ya," Balas satu suara selamba.
Tangan dikepal kuat.
Earphone disimpan kembali ke dalam beg. Buku yang sudah diambil dibawa rapat ke dada.
"Hai, bodoh. Masih hidup?" satu suara garau menegur.
Bukan satu, tapi sekumpulan. Jantan keparat.
"Hai, bodoh. Tak nak jawab ke?" rambut perang bak senja itu dikuak ke belakang.
Acah!
"Hidup lagi, kenapa?" balas Jeanne selamba.
"Glad to hear that. Semalam sir cari kau, kau nak dapat A+ untuk subjek dia ke?"
Buku lima dikepal.
Buku dibawah rapat ke dada. Digengam kuat kulit buku.
Sabar.
"Bukan masalah kau."
Kaki dibawa jauh dari kawasan loker. Arahnya sudah memuncak. Dia tidak boleh jatuhkan air mukanya di situ.
Deringan telefon bimbit menarik diri kecil itu kembali ke realiti.
Skrin bercahaya memantulkan nama kontak yang sangat dia kenali.
'Sir.' ujarnya perlahan.
Dada bagai mana pecah. Apa yang pensyarah muda itu mahukan.
Bibir diketap rapat.
Kakinya laju melangkah menuju ke arah bilik pensyarah muda itu. Sampai di depan pintu, cardigan separa pinggang dibetulkan, rambut diacak-acak perlahan.
Pintu diketuk.
"Masuk!"
Laung suara dari dalam membuatkan tangan laju memulas tombol pintu.
"Sir?"
"Tutup pintu, buka baju kau."
Kepala menunduk mengira lantai. Cardigan labuh jatuh ke tanah.

KAMU SEDANG MEMBACA
jeanne
Teen Fictiontw ; suicide [ end ] Tidak semua jalan cerita indah. Tidak juga yang menemuu bahagia sepanjang garis kehidupan. Ini kisahnya. Kisah seorang yang tidak diendah dunia. Kisahnya.