end

9 2 6
                                        

Kaki dihayunkan ke depan dan belakang. Jari ditujukan ke langit dan terus mengiran jutaan gugusan bintang di langit.

"4023..."

"4024..."

"4025..."

"4026..."

"4027..."

Dia menunduk. Matanya berair.

Buku lima yang sudah berdarah dikepal kuat.

Dia menjerit sekuat hati.

Bangunan usang 23 tingkat itu muka hingar dengan bunyi burung gagak yang menjerit terkejut.

Burung-burung itu terbang tinggi di angkasa. Meninggalkan kembali Jeanne sendiri di atap.

Dia menagis. Sepanjang hidupnya selama 18 tahun, baru hari ini dia menangis sebegini.

Ah dia rindukan kehidupan sebelum mama dan papa mengutip diri kecilmya dari panti asuhan.

Dia masih ingat setiap kali dia dipukul separuh mati hanya disebabkan dia mendapat tempat ketiga di dalam kelasnya.

Jeanne menangis lagi.

Dia masih ingat ketika dia menawarkan diri memuaskan nafsu pensyarah semata-mata mahu cemerlang mata pelajaran yang memang dia lemah.

Dia masih ingat ketika tubuh sasa pensyarah muda itu menghampap tubuhnya.

Jijik.

Papa. Oh dia lupa , dia sudah membunuh papa pada sambutan hari lahirnya tahun lepas. Tubuh ayahnya ditanam di bawah rumahnya sekarang.

Mungkin sudah tinggal tulang.

Tubuh mama pula mungkin sudah membusuk di dalam almari bajunya.

Jeanne berdiri. Mengusap air matanya. Lilin di tangan dinyalakan.

Lilin yang menyala itu dicucuk ke dalam kek bertulis namanya.

'Selamat hari lahir Jea'

"Ah lagi lima minit," katanya sendiri.

Kek dipegang. Dia berdiri di hujung penghadang dinding.

Tit! Tit! Tit!...

Tubuh terasa melayang di udara.

"Happy birthday to me!" dia menjerit kuat.

Air mata laju menitis dari pipi. Jeanne janji, kali terakhir dia akan menangis dalam hayat ini.

Tiada lagi lain kali.

Tiada lagi lulus peperiksaan.

Tiada lagi menjadi hamba.

Tiada lagi pembuli dan membuli.

Dan,

Tiada lagi funfair!

Mother, look at me,
Tell me what do you see,
Yes, i lost my mind,

Daddy looking at me,
Will i ever be free?
Have i crossed the line?.

All the things you said,
Running through my head,
Running through my head,
Running through my head.

All the things you said,
Running through my head,
Running through my head,
Running through my head.

All the things you said,
Running through my head,
Running through my head,
Running through my head.

This is not enough.
This is not enough.

Mama.

jeanne  Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang