Prolog

9 4 0
                                    

London, 2013

Hospital menjadi tempat tinggalku sekarang. Bilik yang ditempatkan agak malap kerana disinari lampu koridor sahaja. Bilik itu juga dipenuhi dengan peralatan hospital.

Siang malam aku hanya menangisi hidup aku yang tidak berarti lagi. Entah masih ada sinar bahagia ataupun tidak. Hati aku hancur berkecai seperti serpihan kaca kecil. Aku banyak termenung memikirkan perkara yang terjadi sebelum di hantar di sini.

*Flashback*

Aku dan Fakhrul akan melangsungkan perkahwinan di London. 2 minggu sebelum majlis aku dihantar untuk berada di London dahulu.

Fakhrul menghantarku ke airport. Fakhrul juga menguruskan semua urusanku untuk berangkat ke London. Aku diberi passport yang disediakan oleh Fakhrul.

Aku tersenyum ke arahnya dengan perasaan gembira. Gembira untuk berangkat ke luar negara untuk melaksanakan perkahwinan di sana.

"Tunggu saya dekat sana. Saya akan uruskan hal dekat sini secepat yang mungkin" ujar Fakhrul

"Ya saya akan tunggu awak" ucapku gembira

"Tak sabar nak miliki awak" ucap Fakhrul sambil mengelus rambutku ke belakang telinga

"Saya pun tak sabar nak jadi milik awak" kataku sambil memengang tangannya yang berada pipiku

"Take care" ucap Fakhrul ceria

"Take care juga dekat sini. Saya tak ada nak tengok-tengokkan awak" gurauku

"Cepat-cepat settle kan kerja awak. Cepat awak datang dan cepat kita langsungkan perkahwinan" kataku lagi

"Ya saya akan settle kan cepat-cepat" ucap Fakhrul sambil tersenyum lebar

Aku memeluk erat badan Fakhrul sebelum bergerak ke balai berlepas. Hati aku berasa tidak sedap untuk berjauhan dengan Fakhrul. Tapi cepat-cepat aku tepis perasaan itu.

Seminggu berada di bumi London tanpa berita dari Fakhrul. Setelah itu muncul tiba-tiba berita bahawa Fakhrul telah berkahwin dengan seorang gadis yang berkeluarga kaya. Hati aku hancur setelah mendapat berita itu.

Aku menelefon Fakhrul serta ahli keluarganya untuk memastikan perkara itu. Tapi malang tiada sesiapa yang jawab panggilanku. Mungkin mereka sudah merancang perkara ini.

Apa motif aku datang ke London sekiranya Fakhrul berkahwin dengan perempuan lain. Dan apa motif aku bercinta dengan Fakhrul. Adakah aku hanya patung permainan Fakhrul ketika bosan.

Aku tahu aku hanya pekerja yang makan gaji. Bukan seorang anak orang kaya yang dapat bagi keuntungan kepada Fakhrul. Tapi perlu ke dia buat aku macam perempuan murahan.

Setelah berita itu tersebar di seluruh media, aku menjadi seorang pendiam. Suka berkurung dalam bilik sahaja.

Setelah beberapa minggu, aku masih berada di London. Aku juga telah mengalami kemurungan serta perubahan mental yang teruk. Aku dihantar ke hospital sakit jiwa di sini.

*End flashback*

Dian Hayfa duduk di hujung dinding dengan  keadaan pergelangan tangan menitik darah. Fizikal dan mentalku sakit. Sakit bagai nak mati. Pisau di tangan kiri dimainkan ke atas.

Tiba-tiba kedengaran bunyi telefon. Aku bangun lalu menuju ke arah bunyi tersebut. Cepat-cepat aku mengangkat panggilan dari telefon itu.

"Hello" ujar seseorang di corong telefon

"Uncle" panggilku

"Tolong Dian, uncle. Dian nak balik. Dian tak nak duduk sini" rintihku. Air mata jatuh menitik sebaik sahaja mendengar suara itu.

"Tak boleh. Sekarang belum masa untuk Dian balik Malaysia" ucapnya

"Kenapa uncle buat Dian macam ni"

"Kamu yang pilih jalan ni, so kamu kena hadap lah"

"Dian nak balik Malaysia" pintaku

"Bila dah sihat, kamu dibenarkan pulang ke Malaysia. Sekarang ni kamu jalani proses penyembuhan dulu. Bila dah balik Malaysia, uncle akan benarkan kamu kerja dengan uncle"

"Tak kira. Dian nak balik juga" kataku tegas

"Uncle akan hancurkan hidup family kamu!! Kamu nak ke tengok mama kamu hidup merempat bawah jambatan!!" katanya berbaur amaran

"Jangan macam ni uncle. Mama Dian tak salah apa-apa pun. Dian yang bodoh iku--- "

Panggilan telefon dimatikan dari hujung sana tanpa sempat aku menghabiskan kata-kataku.

"Uncle. Uncle" jeritku

Aku mengenggam telefon itu lalu membalingnya sebagai tanda geram. Aku mengambil semula pisau lalu berjalan ke pintu untuk keluar. Setelah keluar, aku berdiri di hadapan bilikku.

Pisau ditangan dihalakan ke pergelangan tangan yang berdarah. Tanpa berfikir panjang, aku mengelar pergelangan tangan yang sememangnya sudah digelar tadi.

Kepalaku berasa pening. Aku hilang imbangan lalu jatuh rebah di atas lantai. Mataku sedikit kabur dan melihat ke arah cahaya lampu.

Adakah ini perngakhiran hidupku. Kehidupan bahagia yang aku inginkan lenyap tanpa sempat digapai. Hanya derita yang menyelebungi kehidupanku sehingga akhir.

Secara perlahan mata tertutup dengan sisa air mata yang mengalir. Kedengaran riuh di sekelilingku kemudian bunyi itu beransur hilang secara perlahan-lahan.

Demi Sebuah Kebahagiaan [On Going]Where stories live. Discover now