Megat Syamirul berdiri di hadapan cermin dengan tangan ingin mengikat tie. Malangnya ikatannya tidak menjadi. Pasrah dengan cubaan ikat tie yang kali ke berapa ratus.
Aku terus menyembur minyak wangi tanpa menyiapkan ikatan tie di leherku. Aku mencapai beg kerjaku lalu berjalan menuju ke tangga untuk turun ke bawah. Kedengaran suasana di kawasan dapur agak meriah.
Kaki laju melangkah ke arah dapur. Kelihatan mummy, daddy dan anak Megat Emir iaitu Megat Adam berada di meja makan. Aku tersenyum lebar dengan suasana gurauan yang berada di dapur.
"Morning mummy, daddy" ucapku ceria
"Morning Syam" ucap daddy dengan senyuman
"Morning pak ngah" ucap Megat Adam
"Morning juga Adam" ucapku sambil mencuit hujung hidung Megat Adam
"Kamu dah bersedia nak jumpa dengan CEO DH Holding??"
"Dah daddy. Syam dengar CEO tu seorang perempuan"
"Ya, dia perempuan. Daddy harap kamu boleh bekerjasama dengan dia untuk projek syarikat kita"
"In sha Allah daddy. Daddy doakan Syam boleh lembutkan hati dia"
Aku menyendukkan mee goreng ke dalam pinggan di hadapanku. Aku mula menyuakan mee goreng ke dalam mulutku. Sedap seperti biasa. Air tangan ibu sendiri mesti la sedapkan. Beberapa suap kemudian, aku sengaja melambatkan suapanku.
Ada sesuatu yang perlu aku tanya kepada daddy. Punya banyak syarikat lain yang maju kenapa perlu memilih syarikat DH Holding untuk membantu Megat Holding. Syarikat tu baru sahaja naik dan hampir seluruh Malaysia kenal syarikat baru itu.
"Syam nak tanya. Kenapa daddy nak minta tolong orang baru untuk bantu syarikat kita"
"Daddy pilih DH Holding sebab syarikat tu banyak dapat award dengan kejayaan sendiri. DA Holding merupakan syarikat yang berkembang maju dengan sendiri. Daddy bangga dengan CEO syarikat tu. Kalau daddy kenal dia lebih awal, daddy akan kerjakan dia di syarikat kita. Mungkin syarikat kita akan berkembang macam syarikat dia sekarang"
"Tapi tak mudah untuk kita tarik dia bekerjasama dalam projek. Daddy tahu dia seorang yang teliti dalam memilih bisness partner. Dia juga seorang yang dingin dengan orang sekeliling. Daddy harap kamu boleh tarik dia dalam projek kita"
Aku hanya mendengar penerangan yang diberikan tentang CEO DH Holding. Aku mempercepatkan suapan semula.
Sebelum aku bergerak untuk ke pejabat aku menuju kearah Puan Fatimah. Kelihatan Puan Fatimah tengah melawat pokok-pokok bunga di halaman belakang.
"Mummy"
"Ya sayang"
"Tolong ikatkan tie Syam" rintihku
"Haishh umur dah 25 pun masih tak reti nak ikat tie. Macam manalah kamu nak kawin ni" kata Puan Amani sambil tangan lincah mengikat tie di leherku
"Apa mummy ni. Tiba-tiba cakap pasal kahwin. Syam muda lagi la"
"Banyak lah alasan kamu. Kamu dah masuk 25 tahun. Umur macam kamu ni sepatutnya dah ada isteri tau"
"Alaa mummy. Sekarang susah la nak cari perempuan yang tak pandang harta kita. Sekarang perempuan semua materialistik"
"Kalau macam tu kamu kena la pandai pilih. Bukan macam main pilih baju dekat mall. Ikan nak beli pon kena tengok dia segar ataupun tak. Apatah lagi nak pilih isteri"
YOU ARE READING
Demi Sebuah Kebahagiaan [On Going]
RomanceDihantar ke luar negara demi kepentingan seseorang yang berpangkat tinggi. Janji manis juga ditaburkan oleh kekasih hati sebelum berangkat ke luar negara. Semua itu hanya untuk kepentingan diri sahaja. Kini kepulangannya semula ke tanah air adalah u...