Aku telah sampai di restoran yang di book oleh Dr. Amanda. Untuk cari tempat parking agak senang. Mungkinan restoran ini mahal dan tak mampu untuk semua orang.
Aku berjalan menuju ke dalam bangunan. Sebelum masuk lebih dalam, aku menuju ke kaunter untuk bertanya tentang tempahan yang dibuat oleh Amanda.
"Selamat datang cik. Cik ada buat tempahan ke??" soal gadis yang berdiri di hadapanku
"Dr. Amanda Damia" ujarku
Gadis itu terus memandang ke arah komputer setelah aku menyebut nama untuk tempahan tersebut.
"Mari saya tunjukkan meja" ucap gadis itu
Aku mengikut gadis itu dari belakang untuk menuju ke meja. Setelah mendapat meja yang di tempah, aku menarik kerusi untuk duduk. Amanda masih belum sampai. Mungkin hal hospital belum selesai.
Aku menunggu Amanda agak lama. Mungkin sudah 30 minit. Makanan yang ditempah telah lama sampai. Tapi makanan tak sejuk sebab kami berbbq di sini. Aku masih setia menunggu ketibaan Amanda.
Setelah 1 jam berlalu, kelihatan Amanda tergesa-gesa menuju ke arahku. Setelah duduk, Amanda mencapai gelas yang berisi air putih. Amanda meneguk laju. Macam orang yang tak sempat nak makan. Aku hanya memandang tingkah laku Amanda.
"Sorry weh. Aku tiba-tiba ada emergency. Ada excident yang berlaku" ujar Amanda setelah air putih habis diteguknya
"Tak apa. Aku faham orang yang kerja macam kau" kataku
Aku mula membakar daging dan ayam di tempat pemanggang. Bahan-bahan lain juga aku masukkan ke dalam tomyam yang berada di tengah tempat pemangang.
"Kau dah lama sampai ke??"
"1 jam aku duduk dekat sini tunggu kau"
"Sorry weh. Aku yang ajak kau keluar makan tapi kau yang kena tunggu aku"
"It's okey. Aku tak kesah la"
"Yang ni aku belanja. Kau jangan keluarkan duit untuk bayar ehh"
"Yelah yelah"
Daging dan ayam mula matang, aku mengalihkan ke dalam pinggan kosong. Aku meletakkan pinggan itu di tengah-tengah. Aku mula memanggang untuk kali kedua.
"Makan ni" arahku
"Kau tak makan sekali ke??"
"Kau makan ni dulu. Aku makan yang kemudian. Banyak lagi ni"
"Yelah aku makan dulu"
Aku membiarkan Amanda makan dahulu. Aku tahu dia mungkin tak sempat makan tengah hari tadi. Doktor macam dia ni mana tahu nak urus masa makan. Pentingkan pesakit dari diri sendiri.
"Hayfa" panggil Amanda
"Ya"
"Kau okey ke duduk sini??"
"Apa punya soalan kau ni. Aku happy dapat balik sini semula. Ni kan tempat aku dibesarkan"
"Bukan tu maksud aku"
"Habis tu"
"Kau okey ke nak hadap diorang semula"
Pergerakkan aku untuk mengalihkan daging dan ayam terhenti serta merta. Aku memikirkan apa yang Amanda cakap tadi. Betul ke keputusan aku untuk hancurkan mereka. Aku cukup kuat ke untuk hadap semua ni semula.
Aku tersentak dari lamunan semasa Amanda pengambil pengepit untuk memanggang. Aku meletakkan tanganku di atas meja lalu memandang ke arah Amanda.
"Amanda"
YOU ARE READING
Demi Sebuah Kebahagiaan [On Going]
RomanceDihantar ke luar negara demi kepentingan seseorang yang berpangkat tinggi. Janji manis juga ditaburkan oleh kekasih hati sebelum berangkat ke luar negara. Semua itu hanya untuk kepentingan diri sahaja. Kini kepulangannya semula ke tanah air adalah u...