Malaysia,2022
Aku memandang cermin panjang di hadapanku. Pakaianku terlihat kemas dan bergaya walaupun nampak simple. Blazer panjang terletak elok dan kemas di badan. Hujung baju kemeja dimasukkan ke dalam seluar. Seluar slack hitam dipadankan dengan baju kemeja putih. Rambut yang lurus panjang dilepaskan.
Aku bergerak menuju ke meja kerja di dalam bilik setelah berpuas hati dengan penampilanku. Handbag diambil lalu memasukkan barang-barang yang penting ke dalam. Lalu beg kerja juga diambil.
Aku turun ke bawah untuk bersarapan sebelum pergi ke tempat kerja. Rumah kondo dua tingkat hanya dihuni oleh aku seorang sahaja. Suka dengan keadaan rumah yang sunyi sepi. Tenang tanpa sebarang gangguan.
Aku hanya bersarapan roti bakar yang disapu jem blueberry. Sarapan aku hanya simple. Bersarapan dengan roti sudah memadai. Tak perlu sarapan yang berat-berat.
Selesai makan, aku bergegas keluar dari rumah. Aku menuju ke arah lift untuk turun ke tempat parking yang disediakan oleh kondo ini. Langkahku laju menuju ke arah Range Rover hitam yang terletak di tengah-tengah bangunan ini.
Laju aku bergerak keluar dari kawasan rumahku. Bergerak laju kerana ingin cepat-cepat sampai di tempat kerjaku. Kereta diparking di tempat VVIP setelah tiba di bangunan DA Holding Sdn Bhd. Syarikat yang ditubuhkan dengan usaha aku sendiri.
Aku turun dari kereta lalu berdiri sambil menghadap bangunan tersebut. Aku akan mulakan kehidupan yang baru. Sekarang aku ada kuasa untuk mengatur orang disekelilingku. Orang lain dah tak boleh tindas aku sesuka hati.
Sekarang juga masa untuk aku balas dendam. 10 tahun aku simpan dendam yang hanya menyakitkan hati aku. Aku akan buat mereka merana dengan perbuatan yang mereka lakukan. Aku tak akan biar mereka hidup senang atas penderitaan aku.
Aku melangkah masuk ke dalam bangunan itu. Semua orang di dalam bangunan itu memandang ke arahku. Aku tidak menghiraukan pandangan mereka ke arahku. Aku menuju ke arah lift untuk naik ke pejabatku.
Sebelum masuk ke bilikku, aku disapa oleh seseorang. Dia duduk dimeja satu lorong ke arah pejabatku.
"Cik Dian" tegur seorang perempuan
Aku memandang dia dibalik cermin mata hitamku. Dia menundukkan sedikit kepala sebagai tanda hormat. Aku melihatnya atas bawah. Pakaiannya agak kemas. Mungkin dia PA aku.
"Masuk pejabat saya" arahku
"Baik Cik Dian" jawabnya
Aku terus bergerak ke arah bilikku. Buka sahaja pintu pejabat terus nampak sofa panjang yang agak mewah. Aku melangkah masuk. Ruang pejabat terlihat luas dan mewah. Meja kerjaku berada di sebelah kiri menghadap cermin luas yang terbentang kawasan bandar. Bahagian sofa juga turut berada di depan meja kerjaku. Suka dengan design pejabatku.
Aku meletakkan handbag ku di atas meja. Beg kerja pula diletakkan di bawah meja samping kakiku.Aku duduk di kerusi yang berada di meja kerjaku. Aku memandang ke arah cermin yang terbentang luas itu.
Suka dengan suasana yang berada di hadapan. Walaupun suka masih muka dengan keadaan dingin tanpa secalit senyuman. Tak perlu tunjuk walaupun suka dengan benda tu.
Pintu pejabatku ditolak dari luar. Aku membetulkan posisi dudukku untuk menghadap pekerja. Gadis yang tegur aku tadi masuk dengan memegang buku nota di tangan kirinya. Gadis itu berdiri di hadapanku.
"Duduk" arahku
Gadis itu menurut tanpa banyak soal. Setelah duduk buku nota dibuka dengan sebatang pen di jari untuk menulis sesuatu. Gadis itu memandang ke arahku dengan secalit senyuman manis.
"Boleh saya perkenalkan diri" ujar gadis itu
Aku hanya mengangguk untuk membenarkan dia memperkenalkan diri secara rela. Gadis itu tersenyum lebar setelah aku mengangguk.
"Saya Putri Amira. Cik Dian boleh panggil saya Putri. Saya adalah PA Cik Dian. Apa-apa meeting akan saya direct terus kepada Cik Dian. Cik Dian juga boleh mintak tolong saya sekiranya Cik Dian ada masalah" terang gadis yang bernama Putri itu.
Aku hanya mendengar sambil tangan memeluk tubuh dan kaki disilangkan. Badan bersandar dengan kerusi.
"Hari ni saya ada apa-apa??" soalku senada
"Saya diminta untuk kosongkan jadual Cik Dian hari ni" ujar Putri
"Siapa yang minta??" soalku tegas kali ini
"Dr. Amanda" jawab Putri
Aku mengeluh kecil setelah mendengar jawapan Putri. Aku memandang semula ke arah Putri yang masih lagi tersenyum kecil. Kemungkinan Putri salah seorang pekerja yang dipilih oleh Dr. Amanda.
"Cik Dian ada nak minta apa-apa ke??" soal Putri
"Awak dipekerjakan oleh Dr. Amanda ke??" tanpa menjawab soalannya, aku menyoal pula Putri
"Ya. Saya juga dilatih untuk menjadi PA untuk Cik Dian. Semua tentang Cik Dian, Dr. Amanda ada cerita dekat saya. Cik Dian jangan risau. Saya tahu apa yang Cik Dian fikirkan" ucap Putri
"Semua pasal saya??" soalku pelik
"Tak semua rasanya. Saya cuma tahu Cik Dian melanjutkan pelajaran dan uruskan syarikat dekat London. Sekarang baru Cik Dian balik sini nak uruskan syarikat ni" terang Putri
Aku melepaskan nafas lega. Ingatkan Amanda ceritakan kisah sebenar kepada Putri. Berani dia nak cerita kisah aku dekat orang luar. Memang aku bunuh kau Amanda.
"Cik Dian ada nak tanya apa-apa lagi ke??"
Aku mengelengkan kepala setelah lama berdiam diri.
"Kalau macam tu saya keluar dulu. Apa-apa Cik Dian boleh panggil saya melalui telefon ini" kata Putri lelalu menunjukkan nombor yang perlu ditekan untuk memanggilnya.
"Tolong buatkan saya coffee" pintaku
"Baik Cik Dian" ucapnya lalu bangun untuk keluar dari bilikku.
Beberapa minit kemudian, Putri masuk semula untuk menghantar coffee yang aku minta tadi.
Waktu lunch hour aku hanya duduk dalam pejabatku. Putri ajak lunch tapi aku menolak. Putri juga ada tanya sekiranya nak tapau makanan, tapi aku menolak juga.
Aku berdiri di cermin yang besar sambil kedua-dua tangan dimasukkan ke dalam poket seluar. Aku melihat suasana Kuala Lumpur yang terbentang luas. Jalan raya agak sesak dengan kereta yang banyak.
Telefonku berbunyi tanda ada panggilan yang masuk. Aku berjalan menuju ke arah meja kerjaku. Terlihat nama panggilan yang tertera terus aku menekan butang hijau.
"Hello" ucapku
"Hello my baby. Dah masuk office ke??" soalnya
"Dah. Asal kau suruh Putri kosongkan jadual aku??"
"Saja. Aku nak kau rest dulu. Aku nak kau tengok-tengok office dulu. Esok jelah kau start buat kerja"
"Suka hati kau je arah-arah pekerja aku"
"Hahahaha. Aku yang kerjakan dia untuk kau"
"Ada apa kau call aku. Kau tak ada emergency ke dekat hospital??"
"Baru je habis kes. Itu yang aku call kau terus lepas keluar dewan bedah. Aku nak ajak kau makan petang ni. Nanti aku send dekat kau location. Aku dah book, jangan kau tak datang pula"
"Huh. Yelah-yelah. Pukul berapa??"
"Pukul 5 kau keluar la dari office kau"
"Ok. Jumpa kau petang ni"
"Ok. Bye-bye"
Aku mematikan talian itu. Aku duduk semula di kerusi. Bersandar lalu memejamkan mataku. Bukan untuk tidur, hanya untuk merehatkan kepala yang tiba-tiba sakit. Lama kelamaan aku terhanyut ke alam mimpi.
YOU ARE READING
Demi Sebuah Kebahagiaan [On Going]
RomanceDihantar ke luar negara demi kepentingan seseorang yang berpangkat tinggi. Janji manis juga ditaburkan oleh kekasih hati sebelum berangkat ke luar negara. Semua itu hanya untuk kepentingan diri sahaja. Kini kepulangannya semula ke tanah air adalah u...