Kereta di pusing memasuki kawasan DH Holding. Selesai memarking kereta, aku menghentak stereng keretaku. Aku dalam keadan marah setelah dilanggar seseorang di kedai makan. Dengan makanan jatuh ke lantai tanpa sempat menjamah. Malang sungguh nasib!
"Potong mood aku nak sarapan betul!"
Aku mengambil kasar handbag ku lalu keluar dari perut kereta. Aku melangkah masuk kawasan bangunan dengan perasaan marah. Perut meronta-ronta untuk minta diisi.
Aku tak makan di rumah sebab teringin nak makan nasi goreng mamak. Tapi makanan itu jatuh ke lantai setelah dilanggar seseorang. Setelah kejadian itu, terus mood untuk makan hilang entah ke mana.
Aku duduk di kerusi kerjaku sambil menutup mataku. Terdengar pintu pejabatku diketuk.
"Masuk"
Putri melangkah masuk setelah mendapat keizinan. Aku terus duduk tegak untuk menghadap Putri. Putri menerangkan jadual kerjaku tanpa disuruh.
"Cik Dian ada meeting dengan Megat Holding pukul 10. Kejap lagi CEO Syarikat Megat Holding akan datang sini. Malam nanti pukul 9, Cik Dian ada makan malam dengan Dato Firdaus"
"Saya tak tahu pun pasal makan malam tu??" soalku pelik dengan kening turut bersambung
"Dato Firdaus baru buat appoinment"
"Saya nak awak batalkan makan malam saya. Saya tak pergi"
"Tapi Cik Dian---"
"Batalkan saja tanpa bantahan"
"Baik Cik Dian"
Aku belum bersedia untuk berjumpa dengan seorang yang pernah hancurkan hidup aku. Aku cuma takut tingkah laku ku menjadi lain ketika bersama dia.
"Cik Dian nak saya buatkan coffee??"
Aku menganggukkan sahaja untuk soalan Putri. Putri bergerak keluar dari pejabatku.
10.00 a.m
Aku melangkah masuk ke dalam bilik mesyuarat yang mewah lagikan gah. Kelihatan 2 orang sedang menunggu ketibaanku dalam bilik itu. Aku masuk tanpa memandang mereka berdua.
"Assalamualaikum" ucap seorang lelaki yang segak memakai kot
"Waalaikumsalam" salamnya aku jawab perlahan
Aku duduk di kerusi lalu terpandang fail di atas meja. Laju tanganku menarik fail itu dekat dengan aku. Aku memeriksa dokumen yang dibuka.
"Cik Dian, ni anak kepada CEO Megat Holding. Sebelahnya pula PA kepada Megat Syam---"
Belum sempat ayat Putri habis, aku menutup kuat fail yang dipegang. Tiba-tiba berasa marah. Aku memusingkan kerusi menghadap Putri. Aku memeluk tubuh lalu menyilangkan kakiku. Aku memandang Putri yang sedang menunduk dengan tajam. Mungkin dia tahu apa kesalahannya.
"Mana CEO Syarikat Megat Holding??" soalku mendatar
"Saya dapat info, Dato Megat Hamzah menghantar Megat Syamirul untuk meeting kali ni"
"Kenapa saya tak dapat info tu dari awak??" soalku tegas
"Saya tak sem---"
"Awak tak tahu ke saya hanya akan berurusan dengan pengarah syarikat sahaja! Ke awak sengaja nak saya naik angin!" tengkingku kuat
"Saya minta maaf Cik Dian"
"Awak nak saya pecat awak ke, Putri!" marahku kuat
"Saya boleh terangkan" lelaki yang duduk di samping meja mencelah
YOU ARE READING
Demi Sebuah Kebahagiaan [On Going]
RomanceDihantar ke luar negara demi kepentingan seseorang yang berpangkat tinggi. Janji manis juga ditaburkan oleh kekasih hati sebelum berangkat ke luar negara. Semua itu hanya untuk kepentingan diri sahaja. Kini kepulangannya semula ke tanah air adalah u...