4

27K 1K 27
                                    

Bella mengambil tempat lalu menghembuskan nafas lemah. Pasport yang berada di tangan ditatap sebentar. Dia kemudian memandang ke arah papan elektronik yang sedang memaparkan jadual waktu penerbangan pada hari itu.

Tiba-tiba, telefonnya bergetar. Bella menelan payah liurnya ketika melihat nama yang tertera di atas skrin telefon tersebut.

"Noah."

Nama itu diseru perlahan. Ibu jarinya menggeser lemah ikon berwarna hijau.

"Where are you, Bella? Kenapa I call banyak kali tapi you tak angkat? You tahu kan I masih lagi menunggu jawapan daripada you?"

Soalan bertalu-talu daripada Noah menyebabkan nafas Bella semakin memberat.

"Noah, I..."

Belum sempat Bella mula berbicara, tiba-tiba kedengaran pengumuman panggilan terakhir untuk penerbangan ke Australia.

Keduanya senyap. Mata Bella mula bergenang sebaik sahaja dia mendengar keluhan berat lelaki itu di hujung talian. Kedua belah tangannya sudah mula berasa seram sejuk. Bimbang sekiranya Noah mengambil keputusan untuk mengundurkan diri daripada hubungan mereka.

"So, inilah keputusan you. Apa yang I buat sekalipun tetap takkan dapat mengubah apa-apa, kan?" Noah menyungging senyuman lemah.

"Noah, I janji ini yang terakhir. Bila projek ni selesai, I akan terus cari you. Masa tu, I akan ikut segala kemahuan you, sayang."

"Bella..."

Tekak Bella seakan-akan berpasir. Lebih-lebih lagi apabila dia mendengar suara lemah Noah sedang menyeru namanya.

"I lepaskan you. Pergilah sejauh mana yang you mahu. You tak perlu risau sebab tak ada sesiapa pun yang akan menjadi penghalang kepada impian you lagi."

Tut.

Panggilan dimatikan.

"Helo, Noah! Noah!"

Skrin telefon sudah bertukar gelap. Bella lantas berdecit geram. Pengumuman terakhir bergema lagi. Buru-buru Bella beratur untuk masuk ke dalam pesawat.

"Tak apa. Dia masih sayangkan aku. Aku yakin dia akan tetap tunggu aku," desis hati Bella, sekadar untuk menyedapkan hati yang sedang gundah-gulana saat ini.

Sebelum ini pun dia pernah melakukan hal yang sama terhadap lelaki itu. Hasilnya, Noah tetap menunggu dia pulang walau marah macam mana sekalipun. Dan kali ini Bella yakin hati Noah tidak akan berubah dan masih kekal berharap kepada dirinya.

"Tunggu I, Noah. I akan cari you semula. Itu janji I."



Sudah hampir lima belas minit Noah berdiri di hadapan bilik umi. Kedengaran suara orang sedang berbual diselangi dengan gelak tawa. Noah pasti itu suara umi dan kawan baiknya.

Dia tersenyum pahit seketika.

"Cantikkan warna ni? Warna ni Noah yang pilih tau. Nanti kita pakai sedondon masa majlis berlangsung, ya?"

"Amboi, lawa sungguh. Siap ada satu set untuk kami anak-beranak."

"Mestilah. Yah nak kongsi berita gembira ni dengan kawan baik Yah sendiri."

Sesekali Noah mengeluh panjang. Dia dapat merasakan betapa terujanya umi sejak akhir-akhir ini. Malah umi turut tidak menang tangan membantu dia menguruskan persiapan majlis perkahwinan tersebut.

Noah gelisah. Dia tidak dapat membayangkan reaksi umi apabila dia menyampaikan berita itu. Dia tidak sampai hati untuk mengecewakan hati umi.

Sedut nafas dalam-dalam, Noah mengetuk perlahan muka pintu sebelum dia memulas tombol itu.
Suasana yang awalnya riuh tiba-tiba senyap tatkala muncul susuk tubuh Noah muncul di muka pintu.

"Noah, dah balik ya? Umi ada simpan lauk untuk kamu. Kalau lapar, panaskan sendiri ya?"

Noah ukir senyuman pahit. Tanpa membalas, dia terus mengatur langkah menghampiri umi. Sebuah keluhan berat terlepas buat kesekian kalinya.

Sarimah memandang sekilas wajah pemuda itu. Seolah-olah faham dengan situasi Noah, dia bingkas bangun untuk pulang ke bilik tetamu.

"Sari masuk bilik dululah kalau macam tu."

Umi mengangguk tanda faham. Setelah memastikan pintu ditutup rapat, umi segera mendapatkan anak terunanya itu. Tokma turut menghampiri cucunya yang nampak seperti lesu dan tidak bermaya.

"Noah, kamu kenapa? Ada apa-apa yang dah berlaku ke?" soal umi sambil merangkul bahu Noah dari tepi. Hatinya gusar melihat keadaan Noah saat ini. Seolah-olah ada perkara buruk yang sedang menimpa ke atas anaknya itu.

"Noah, kamu okey ke tidak ni? Kamu tak sihat ke?" soal tokma seraya labuhkan duduk di samping Noah.

Noah menggeleng sambil menyentuh perlahan tangan kedua wanita yang dia sayang itu. Kekura kedua wanita kesayangannya itu dibawa ke bibir sebelum sekali lagi dia melepaskan nafas lemah.

"Noah minta maaf, umi, tokma. Noah terpaksa batalkan majlis perkahwinan kami."

Matanya tiba-tiba terasa bahang sewaktu dia menuturkan ayat terakhir itu. Pandangannya serta-merta jatuh ke atas lantai. Siapa sangka, hubungan yang terbina selama tujuh tahun itu akhirnya terlerai juga. Malah dia tidak sempat untuk membina impian bersama wanita itu.

"Bella pilih untuk tinggalkan Noah. Tak ada gunanya lagi kalau Noah teruskan rancangan ni," ujar Noah lagi sekali gus mengundang seribu tanda tanya pada umi dan tokma.

NOAH ISKANDAR- KAU, TAKDIR TERINDAH (TERBIT)Where stories live. Discover now