8

25.5K 1.1K 29
                                    

Sufi mengintai dari celah langsir dapur. Bunyi riuh-rendah di ruang tamu membuatkan dia semakin diasak dengan rasa ingin tahu. Entah apa yang mereka bincangkan. Sufi ada juga cuba memasang telinga tapi butir bicara mereka langsung tidak jelas di pendengarannya.

"Kau tengok apa tu, Sufi?"

"Opocot!"

Sufi hampir putus nafas. Berderau darah apabila suara garau itu tiba-tiba menampar gegendang telinga. Akibat terperanjat, Sufi terus menyiku perut abangnya sehingga lelaki itu menyeringai kesakitan.

"Aduh, sakitlah!" Hakimi mengusap perutnya yang terasa senak akibat disiku oleh si adik. Berkerut-kerut wajahnya menahan sakit.

"Siapa suruh tak bagi salam? Kan dah kena." Sufi menjeling tajam sebelum dia kembali mengintai ke arah ruang tamu. Hakimi kemudian kembali berdiri di belakang adiknya sambil mengintai sama.

"Kau hendap siapa? Noah ke?"

Sufi lantas mendongak. Matanya kini betul-betul berada di bawah dagu Hakimi. Rasa nak hantuk je kepala dekat dagu si abang. Biar dia faham erti penyesalan.

"Diam boleh tak? Sufi cuma nak dengar apa yang mak bualkan."

"Pergilah duduk sebelah mak. Kau duduk sini bukan boleh dengar pun."

Hakimi melangkah setapak ke belakang. Putus asa hendak memasang telinga. Jarak dari dapur ke ruang tamu agak sedikit jauh. Hanya yang betul-betul telinga lintah saja yang mampu mendengar perbualan di ruang tamu.

"Jom, kita pergi depan."

Tangan Sufi ditarik lembut. Namun, langkah lelaki itu mati tatkala Sufi merentap kasar tangannya. Tanda gadis itu menolak untuk mengikut Hakimi.
Serta-merta sebelah kening Hakimi terjongket.

"Kenapa?"

"Tak nak," ujar Sufi. Gigi diketap rapat sambil matanya tidak putus menjengil ke arah Hakimi.

"Suka hati kaulah."

Hakimi menjongketkan kedua bahu. Sikap keras kepala Sufi tiada tandingannya. Oleh sebab itu dia malas mahu memaksa gadis itu lagi.

Putarkan tubuh, Hakimi berlalu pergi meninggalkan Sufi. Sempat dia mengosok kepala si adik sehingga senget tudung yang dipakai gadis itu. Saja hendak mencari gaduh.

"Ish! Along ni!" Sufi mendengus kasar seraya membetulkan kembali tudungnya kepada asal.
Sufi kembali mengintai di celah langsir. Matanya dapat menangkap kelibat tetamu yang berada di ruang tamu. Ada tokma dan Aunty Aliyah yang sedang berbual rancak bersama mak. Sesekali ketawa masing-masing meletus.

Lama juga Sufi memerhati di sebalik langsir itu. Sebetulnya dia bukan hendak sangat mendengar apa yang dibualkan oleh mak dan tetamu mereka. Dia cuma sedang mencari kelibat seseorang tapi langsung tidak kelihatan sejak tadi.

Mungkin memang betul tetamu mereka hanya datang berdua.

"Hobi kau memang suka menghendap ke?"

Lantas kedua kening Sufi bertaut rapat apabila suara garau itu kembali menyapa telinga. Dia mula berdecit. Geram betul dengan perangai Hakimi. Tadi kata nak pergi tapi kenapa masih ada di sini lagi?

"Diam boleh tak? Bising betullah along ni."

Suara itu tergelak kecil. Sufi hanya menjuihkan bibir dan tidak menghiraukannya. Namun entah mengapa Sufi berasa suara Hakimi agak lain sedikit. Walaupun garau, suara itu kedengaran lembut di telinganya.

"Tak elok anak dara menghendap macam ni. Lagipun, Noah tak ada pun dekat situ."

"Dia ada datang juga ke? Sufi tak nampak pun."
Matanya sambung mencari kelibat lelaki itu. Aneh. Hakimi kata Noah ada tapi apa yang dia nampak cumalah kelibat tokma dan Aunty Aliyah.

NOAH ISKANDAR- KAU, TAKDIR TERINDAH (TERBIT)Where stories live. Discover now