1

30.4K 1.1K 7
                                    

Noah membelek cincin yang bertahtakan berlian itu sambil menunggu ketibaan pujaan hati. Senyuman manis terukir sambil melihat cincin tersebut yang sedang terletak rapi di dalam sebuah kotak baldu berwarna biru.

Hatinya berdebar-debar. Pertemuan hari ini disertai dengan satu tekad. Sudah hampir tujuh tahun mereka berdua menjalinkan hubungan istimewa.

Maka bagi Noah, sudah tiba masanya dia dan si buah hati disatukan dengan ikatan yang halal.

"Hey, you. Sorry lambat. I ada kerja sikit tadi."
Noah segera menyorok kembali kotak itu ke dalam poket seluar.

"It's okay, dear. Duduklah dulu."

Mata Bella bersinar-sinar apabila melihat keadaan sekeliling yang dihiasi dengan suasana yang begitu romantik. Tambahan pula terdapat alunan muzik yang sedang terpasang sekali gus menaikkan lagi suasana romantik itu.

"Wah! Cantiknya tempat ni. Ala-ala fairy tale."

Noah tersenyum lebar sebaik sahaja mendengar pujian daripada Bella. Tidak sia-sia usahanya menempah tempat ini, khas untuk hari istimewa mereka berdua.

"Ada apa ni, sayang? You ada dapat projek baru ke?" soal Bella seraya labuhkan duduk di hadapan lelaki kesayangannya itu.

"Bukan, my dear. Takkanlah sebab itu I nak kena bersusah-payah tempah tempat esklusif macam ini."

"Dah tu?"

Tanpa membuang masa, Noah segera mengeluarkan kotak baldu tadi lalu dihulurkan kepada Bella.

"Hari ini genap tujuh tahun kita bersama. I rasa dah tiba masanya untuk I menghalalkan hubungan kita ini."

"No-Noah..."

Bella tergamam. Mata mula berkaca-kaca. Terasa sebak di dada apabila dia dapat merasai keikhlasan lelaki itu melalui kata-katanya.

"Tasha Bella Amanda, will you marry me?"

Tanpa dipinta, air mata wanita itu mula mengalir deras. Rasa macam tak percaya yang dia kini sedang dilamar oleh Noah.

Diamnya Bella membuatkan Noah menjadi panik. Malah semakin bertambah resah apabila buah hatinya itu hanya mengalirkan air mata. Lantas, Noah menghampiri Bella lalu jatuhkan sebelah lutut di sebelah wanita itu.

"Sayang, kenapa menangis ni? I ada tersalah cakap ke?" pujuk Noah.

"No, sayang." Bella menyeka cecair jernih yang masih lagi mengalir. "I cuma terharu. Dua kali I terpaksa tolak lamaran you tapi you tak pernah putus asa dengan I. I rasa macam I tak layak untuk you."

Noah mengukirkan senyuman tipis. Ya, sebelum ini dia pernah melamar Bella namun lamarannya ditolak atas alasan wanita itu terlampau sibuk dengan komitmen kerja. Namun itu tetap tidak meruntuhkan hasrat Noah untuk memperisterikan Bella.

"Terima lamaran I. Itu pun dah cukup untuk membuktikan yang you layak jadi isteri I. Will you?"

"Yes, yes, yes! I will, sayang!" Laju Bella mengangguk tanda setuju.

Noah lantas mengucapkan kata syukur. Perasaan gemuruh tadi telah bertukar menjadi teruja. Dia kemudian menghulurkan kotak baldu tadi kepada Bella.

"Thank you sebab sudi terima lamaran I. Nanti kita jumpa keluarga I, okey?"

Bella menjatuhkan kepala perlahan-lahan. Dia kemudian membelek jarinya yang kini telah dihiasi dengan cincin permata pilihan Noah. Cantik sangat!

"Cantiknya, sayang!"

"Do you like it so much?"

"Mestilah, bakal suami yang pilih!"

Noah tersipu-sipu apabila mendengar perkataan 'bakal suami' itu keluar daripada mulut Bella. Ah, tak sabarnya nak kahwin!

NOAH ISKANDAR- KAU, TAKDIR TERINDAH (TERBIT)Where stories live. Discover now