47th Chapter

910 51 2
                                    

Amerika Syarikat

Hafiy dan Henry sibuk turun naik mahkamah sepanjang perbicaraan dijalankan. Dari membersihkan nama mereka sehingga menjadi saksi kepada Taylor, mereka berdua sentiasa 'on-the-go'. Namun setiap malam dia akan membaca mesej dari Maria berkenaan keadaan Mia. Dia tinggalkan Mia selepas melihat Mia stabil. Menurut Maria, Mia kini sudah sedar selepas 3 hari dan dibenarkan pulang selepas dua hari. Maria adalah sumbernya untuk mengetahui keadaan Mia.

Kenapa dia tak hubungi Mia sendiri? Semuanya bermula dari pejanjian dia dengan Maria, dua hari selepas dia balik ke Amerika.

+++

Hari kedua Hafiy di Amerika

"Oh my, you look like a mess!" itu ayat sapaan Maria sebaik mereka bertemu di rumah ibu bapanya.

Hafiy yang baru balik dari mahkamah terkejut melihat Maria dia ruang tamu rumahnya, sedang menikmati minum petang. Mrs Baker sudah senyum meleret, memandang dirinya dan juga Maria silih berganti. Mr Baker tiada di rumah saat ini. Katanya keluar main golf dengan kawannya.

Hafiy berjalan ke ruang tamu dan mengambil tempat di kerusi kosong.

"Kau buat apa kat sini?" soal Hafiy. Kalau Maria kat sini, apa jadi dengan Mia?

"Give my greeting to your family." Maria senyum. Dari senyumannya itu, Hafiy dah tahu yang si Maria ni tengah plan something.

Hafiy memandang Mrs Baker yang dari tadi senyum lebar. Dia yakin ibunya ini menyangka Maria adalah isterinya. Dia tak tahu apa yang Maria kata pada ibunya sampai ibunya melihat dirinya dengan senyuman penuh makna tapi dia yakin ianya bukan sesuatu yang memihak pada dirinya.

"Mom, let me come clear with you. I don't know what she had told you, but this woman right here is not my wife." Hafiy membuat penjelasan.

"I already know it my son. She said she is your friend and your wife's friend." Jawab Mrs Baker.

Hafiy memandang Maria yang sedang menghirup teh sekilas kemudian kembali memandang ibunya.

"Then why did you look at me like that?" Hafiy akhirnya mengutarakan persoalannya berkenaan pandangan dan senyuman penuh makna ibunya itu.

"It's just, no wonder you get married in a rush and keep it a secret from us. She's so beautiful that you go crazy the moment you lay your eyes on her huh? You afraid the other guy will snatch her away? That's why you asked her for marriage that fast?" kata-kata Mrs Baker saat ini satu pun tak masuk akal pada Hafiy.

Hafiy makin confuse. Dia memandang Maria yang tayang muka selamba.

Cerita apa yang dia bagitahu kat ibu ni?

"Apa? Aku cuma bagitahu yang kau fall in love at first sight pada Mia and you guys have such a passionate love. That's why korang nak kahwin cepat-cepat." Jawab Maria bila dia merasa pandangan Hafiy jatuh padanya.

Hafiy mengeluh mendengar jawapan Maria. Dia yakin bukan setakat itu sahaja. Maria mesti 'menambah perisa' pada ceritanya sampai Mrs Baker bagi reaksi macam ni sekali. Dia memandang ibunya dan merasakan semua cerita dari pihaknya tidak akan diterima oleh ibunya yang telah 'termakan' cerita bagai novel cinta oleh Maria.

"Anyway, kenapa kau datang sini?" soal Hafiy.

"Oh yeah. Let's talk in private. Aku ada something nak tanya."

+++

"Do you love Mia?" soal Maria sebaik mereka berdua duduk di kerusi malas yang terletak di backyard belakang rumah Hafiy.

Hafiy terdiam seketika dengan soalan Maria dan dia mengangguk.

"Kau dah bagitahu dia?" soal Maria lagi. Kali ini Hafiy menggeleng.

Make Believe Love Story ✅Where stories live. Discover now