31st Chapter

688 42 0
                                    

A/N: FYI, untuk chapter 30, ada major change for those yang belum baca. Sebab tu dia jadi "30th Chapter (Edited Ver.)". Hope you guys can read that first then continue to this chapter. Thank you ^^

+

+

+

Airport

Lapangan terbang pada hari itu dipenuhi orang yang baru sampai dan juga yang bakal melakukan perjalanan. Maria dan staf Fly High Ent. termasuk trainee nya semua baru keluar dari kawasan baggage claim.

"You guys can go back home and rest. Kita jumpa di ofis lusa." Kata Maria.

"Baik Cik Maria!" dengan penuh semangat trainee Fly High Ent. berkata. Begitu juga Jake.

Mereka kemudian berjalan menuju ke van yang sudah sedia menunggu untuk membawa mereka pulang ke dorm.

"Cik Maria nak pergi melawat Kak Jenny ke?" soal Jake.

"Haah." Jawab Maria pendek. Dia sedang menaip di group chat memberitahu dia sudah selamat sampai di Malaysia.

"Kakak ada sekali ke?" soal Jake ingin tahu.

"Boy, I said to give up. Kau dah tak ada harapan." Kata Maria tanpa tapisan. Jake mengeluh.

"Cik Maria, I asked because I genuinely want to know. Lagipun dah lama saya tak jumpa kakak." Kata Jake.

"Bukan kau je. Kami pun dah lama tak jumpa dia. Sejak dia officially involve dengan XE Tech, makin busy dia tu." kata Maria dan dia melihat group chat yang ada dia, Jenny dan juga Mia.

"Then, sampaikan salam saya pada kakak. I want to meet her but me too, are super busy lately." Keluh Jake.

Maria menepuk bahu Jake.

"Hang in there boy. The debut is just around the corner. Your hard work will pay off." Maria memberi semangat pada Jake dan Jake senyum.

Dia kemudian menarik bagasinya dan masuk ke van yang sedia ada menunggu. Sempat dia melambai ke arah Maria sebelum dia hilang di dalam perut van.

First love always painful boy. Be strong! Desis Maria.

"Maria?" suara garau yang menegur buat Maria menoleh.

"Oh? Danish! Pergi New York ke?" soal Maria bila dia melihat Danish bersama sebuah bagasi dan ada passport di tangannya.

Danish mengangguk.

"I guess kau baru sampai." Teka Danish.

"Yeah. Baru landing and on the way melawat Jenny."

"Jenny? Oh ya tak ya. Dia baru bersalin kan?"

Jenny mengangguk.

"Mia mesti join sekali kan melawat?" Danish cuba bangkitkan nama Mia dalam perbualan mereka.

"Of course."

"Together with her fake husband?"

"Huh?" Maria memandang Danish dengan pandangan pelik.

'Fake husband'?

Danish menutup mulutnya.

"Oh I guess this was supposed to be a secret from you guys too. I'm sorry. Please lupakan apa yang aku cakap tadi." Pinta Danish. Dalam hati, dia menahan diri untuk tidak ketawa bila dia melihat reaksi confuse Maria.

Danish mahu melangkah pergi namun Maria menghalang dengan menarik lengan Danish, membuatkan Danish berhenti.

"Apa maksud kau dengan 'fake husband'? Siapa? Mia?" Maria cuba membaca reaksi wajah Danish.

Make Believe Love Story ✅Where stories live. Discover now