25th Chapter

689 42 1
                                    

Beberapa jam sebelum kejadian

Studio M

Juru solek menyudahi sentuhan terakhir di wajah sempurna Danish yang tiada cacat sela. Danish mengetik tabletnya, membaca artikel yang masih bercerita tentang Mia. Sejak pengumuman terbuka Mia baru-baru ini, semua media dan tabloid membuat liputan tentang Mia.

Knock! Knock!

Pintu ruang menunggunya diketuk dan dibuka.

"Encik Danish, kita akan mula shooting dalam 10 minit lagi ya." kata seorang staff wanita di studio itu.

Danish senyum dan mengangguk faham. Dia meletakkan tabletnya dan mencapai kot yang dihulur oleh stylistnya.

"Cik Mia dah sampai ke?" soal Danish saat dia keluar dari ruang menunggunya dan diiringi oleh staf wanita tadi menuju ke lokasi penggambaran.

"Dah." Jawab staf itu pendek.

Danish senyum. Sebenarnya, dia bersetuju dengan penggambaran bersama majalah ADORA ini hanyalah kerana Mia merupakan watak utama untuk edisi khas majalah ini. Pihak majalah ADORA turut membuat liputan mengenai kejayaan syarikat XE Tech dan semestinya kerjasama antara MONX Holdings dan XE Tech tidak boleh dilupakan. Oleh sebab itulah, Danish turut diundang untuk menyertai penggambaran hari ini.

"Hai Miss President~" sapa Danish ceria bersama senyuman yang boleh buat semua orang tertawan tapi bukan Mia.

Mia buat muka dan rolled eye sebaik melihat Danish menghampiri.

"Aku rasa doa aku tak dimakbulkan. Sebab tu kau kat sini." Kata-kata Mia buat Danish kerut dahi.

"Ha?"

"Aku doa kau kena cirit-birit hari ini supaya kau tak dapat datang. Tapi mungkin doa aku tu memudaratkan kau, sebab tu Allah tak makbul. Anyway, please don't act like you know me today." kata Mia senada kemudian dia berjalan menuju ke arah photographer yang kebetulan memanggilanya.

Danish senyum senget. Do you hate me that much, Mia?

+++

Penggambaran bermula dengan Mia kemudian Danish. Dan untuk beberapa ketika, Danish dan Mia diminta untuk bergambar bersama. Staf di lokasi penggambaran tak dapat menyorok kekaguman mereka pada visual Danish dan Mia. Lagi-lagi bila Mia dan Danish bergambar bersama.

"Wah, even aku dah tengok shooting hari ni, aku tak sabar nak beli edisi khas tu masa release nanti."

"I know right? Aku rasa nanti sale majalah kita akan mencanak naik sama ada on par dengan edisi khas Maria Anne or even more than that."

"Imagine kita dapat Maria Anne and Mia Nasuha in one cover? Then boom, magazine kita memang tak terkalahkan."

Mereka kemudian ketawa dengan angan-angan mereka tanpa mereka tahu bahawasanya Maria dan Mia merupakan kawan baik.

"Okay rest for 15 minutes!" laung director.

Mia duduk di kerusi yang disediakan. Para makeup artist dan stylist dengan lajunya 'touch-up' wajah Mia dan membetulkan busana yang dipakai Mia.

Ya Allah lambat lagi ke balik. Rimas dah aku. Keluh Mia.

"Air?" Danish menghulurkan sebotol air masak kepadanya. Dia sudah mengambil tempat di kerusi kosong sebelah Mia.

Mia menyambutnya. Tak ada sebab untuk dia tolak perkara baik yang Danish buat walaupun dia mahu menjauh dari Danish.

"Thank you." Mia membuka penutup dan meneguk air.

"How's your husband?" soal Danish tiba-tiba.

"Kenapa kau nak tahu? Bukan ke malam tu kau ada bercakap dengan dia?" soalan Mia buat Danish ketawa.

Make Believe Love Story ✅Where stories live. Discover now