7th Chapter

945 49 1
                                    

Majlis Akad Nikah

Hafiy: Kenapa aku? Jangan bagi jawapan sebab kau tahu my background and stuff tapi other answer. Why me? Why you choose me?

Hafiy menanti jawapan Mia. Mia sedang typing.

"Hafiy, dah ready ke? Majlis dah nak start." Panggil Fahim.

"Oh okay, kejap." Jawab Hafiy dan dia kembali melihat telefonnya.

Mesej Mia masuk.

Mia: Lepas akad baru aku bagitahu. Aku tak nak kau lari before everything is settle. *emoji pisau*

Hafiy ketawa kemudian dia bangun. Fahim sedang menunggunya di luar.

+++

"Aku nikahkan kau dengan anak perempuanku Mia Nasuha binti Hazwan dengan emas kahwinnya bernilai RM..."

"Aku terima nikahnya Mia Nasuha binti Hazwan dengan emas kahwinnya berjumlah RM..."

Dengan sekali nafas Mia kini sah bergelar isteri kepada Hafiy. Mia tersenyum gembira tapi bukan dengan alasan yang semua orang sangkakan tapi atas sebab dia akhirnya dapat keluar dari rumah bapanya ini. Hafiy sempat menangkap senyuman gembira Mia.

I still think this is not right but she looks so happy... Desis Hafiy.

Mereka berdua kemudian berjumpa dengan tetamu, makan beradap dan tepung tawar; basically melakukan semua adat istiadat dalam majlis perkahwinan.

"Okay mana lagi keluarga pengantin perempuan? Cepat! Cepat!" panggil juru kamera.

Mia dan Hafiy sedang duduk bersebelahan di bangku. Ni entah kali keberapa mereka kena senyum untuk mengambil gambar. Mia mendekat.

"Fiy, pinggang aku dah sakit. Berapa lama lagi kita kena ada ada kat sini?" bisik Mia.

"Bukan salah aku. Keluarga kau yang ramai sangat." Balas Hafiy dengan nada berbisik juga. Yelah di kiri dan kanan mereka dah tersusun ahli keluarga Mia.

"Can't blame me. Ni semua datang dari keluarga belah ayah, arwah ibu dengan auntie. Tiga keluarga besar." Jawab Mia sambil dia cuba memicit pinggangnya namun gara-gara bajunya yang sedikit fit dibahagian lengan, dia tak dapat nak capai pinggangnya. Mia mengeluh.

Hafiy perasan kesukaran Mia dan dia membantu. Mia memandang Hafiy terkejut.

"Feels better?" soal Hafiy. Mia mengangguk. Malu tapi at least hilang sedikit lenguh di pinggangnya.

"Okay. Satu, dua, tiga!"

+++

Hampir jam 10 malam barulah keadaan beransur reda. Mia dan Hafiy meminta izin untuk masuk ke bilik.

"Oh god, aku tak nak kahwin dah lepas ni." kata Mia sebaik dia menghempaskan badannya ke katil. Biliknya dihias sedikit bagi nampak macam bilik pengantin. Tapi nothing much pun yang berubah. Dia cuma tukar cadar je dengan cadar baru.

Hafiy berdiri kekok di pintu yang sudah ditutup.

"Kau tercegat kat situ kenapa? Duduklah. Ada sofa kat situ." kata Mia. Dia sudah bangun dari katil dan menuju ke almari cerminnya. Dia mahu mencuci semua make-up di wajahnya ini. Terasa berat sangat.

Hafiy kemudian berjalan menuju ke sofa dan duduk di situ. Dia memandang Mia yang nampak begitu tenang almari cermin.

Aku sorang je ke yang rasa akward kat sini? Bebel Hafiy dalam hatinya.

"Aku nak pergi ambil beg baju kat kereta." Kata Hafiy dan dia keluar dari bilik.

Sebaik pintu bilik ditutup dan bayang Hafiy tiada dalam biliknya, Mia melepas nafas lega.

Make Believe Love Story ✅Where stories live. Discover now