Seperti yang di janjikan semalam Nadia dan mama sudah berada di dapur dengan bahan-bahan yang sudah tersedia untuk mengajar Nadia memasak.
"Hari ni, mama ajar kamu masak tomyam. Favourite Zafriel" Nadia mengganguk baru dia tahu tomyam favourite Zafriel sebab selama ni diorang makan diluar je.
"Jom kita start"
Dari jauh Zafriel tersenyum melihat Nadia yang sedang berusaha memasak tomyam bersama mamanya.
"Tengok apa tu?" Tegur papa dari belakang.
Terjungkit bahu Zafriel terkejut.
"Pandai kamu pilih isteri walaupun dia tak pandai, tapi dia tetap nak berusaha" Zafriel tersenyum mendengar kata-kata dari papanya.
Pada awalnya, Zafriel hampir dijodohkan dengan anak kawan papanya tapi dia membantah kerana dia menyukai Nadia. Papa pun taknak paksa Zafriel jadi ia setuju kahwinkan Zafriel dengan Nadia.
Pasal perjanjian atok diorang tu palsu. Atok hanya menjadi pelakon bayaran.
Zafriel yang merancang semuanya demi taknak Nadia diambil orang lain.
🪐
"Bagaimana rasa tomyam Nadia buat tu?" Tanya Nadia berharap rasa tomyam itu sedap.
Zafriel terdiam seketika merasakan tomyam yang dimasak oleh Nadia.
"Camne?" Tanya Nadia melihat Zafriel yang hanya diam. Tak sedap ke?
"Sedap" Nadia tersenyum senang mendengar pujian dari Zafriel.
"Rasa sebijik macam mama masak" Sambung Zafriel.
Mama dan papa ikut terseyum melihat Zafriel menyukai tomyam yang dimasak oleh Nadia.
"Lepas ni, kalau kamu rindu tomyam mama suruh je isteri kamu yang masakkan" Kata mama. Zafriel tersenyum memandang Nadia yang tengah malu-malu anjing.
Nadia masih tersenyum buat pertama kali dia masak tomyam, biasanya ummi je yang masak kalau dia nak tolong ummi tak beri sebab takut dapur hancur kata ummi.
🪐
Awal- awal pagi lagi Nadia sampai ke sekolah Nadia melihat kerumunan orang ramai di papan info sekolah. Nadia menghampiri ingin tahu apa yang mereka sedang lihat.
"Uish! Abang Zafriel kita tu top student kat sekolah ni rupanya" Nadia semakin kedepan mendengar nama Zafriel.
Nadia melihat senarai nama pelajar yang lulus semua mata pelajaran. Terpapar nama penuh Zafriel di papan info.
Nadia tak peliklah tengok nama Zafriel di atas sekali sebab Zafriel kan budak kelas depan sekali sedangkan dia budak kelas nombor tiga.
"Untung gila, Siapa yang dapat abang Zafriel tu!" Nadia tersenyum tipis mendengar percakapan juniornya.
🪐
"Kau tengok tak senarai pelajar yang lulus tadi?" Soal Isya kepada Nadia yang sibuk membaca buku.
Nadia mengganguk.
"Pandaikan dia" Nadia mengganguk lagi matanya masih tertuju kearah buku yang ia pegang.
"Ish! Kau ni dengar tak apa yang aku cakap ni?"
"Ye! Ye! Dengar lah ni!" Isya menjeling. Yelatu.
"Kalau aku jadi girlfriend Zafriel kan best mesti semua orang tahu yang boyfriend aku tu budak top student kat sekolah ni"
Nadia yang mendengar kata-kata itu pun mengalih pandangannya kearah Isya dengan pandangan jijik.
"Kau takyah nak perasan lah sial!" Marah Nadia. Cemburu lah sikit.
"Lah...asal kau marah? Bukan ke kau benci kat si batu tu?" Soal Isya pelik tengok kawan dia tetiba marah.
"Ish! Zafriel tu kan suami Nadia sebab tu dia marah!" Eryn menyampuk sambil menatap mata Nadia yang sedang terkejut.
Isya dan Hanna juga ikut terkejut.
Eryn pun tergelak.
"Tak lah, aku gurau je takkan lah Nadia boleh sukakan Zafriel tu"
"Korang jangan lah serius sangat" Sambung Eryn sambil ketawa.
Padahal Eryn saja ingin melihat reaksi Nadia kalau mereka tau yang Nadia sudah berkahwin dengan Zafriel.
"Hmm, aku naik kat kelas dulu lah" Nadia bangun keluar dari perpustakaan.
Eryn tersenyum sinis.
Nadia yang ingin ke kelas tidak sengaja bertembung dengan Zafriel berseorang diri ditangga. Biasanya Zafriel bersama geng-geng power rangers dia.
"Kau tengok tak senarai nama pelajar yang lulus tadi?" Soal Zafriel dengan sombong.
"Tengok lah" Jawab Nadia malas.
"So...bagi lah aku hadiah. Penat kut aku belajar siang malam" Nadia menatap Zafriel malas. Nak hadiah bagai!
"Kau nak apa?" Tanya Nadia. Jangan yang pelik-pelik sudahlah.
"Nak kiss" Zafriel menahan Nadia kedinding. Nasib baik takde siapa-siap yang lalu kat situ.
"Benda ni! Tepi lah aku nak gi kelas ni!" Nadia ingin pergi tapi ditahan oleh Zafriel.
"Kiss dulu" Gata lah babi ni!
"Kat rumah nanti aku beri" Bohong Nadia.
"Okay, kat rumah ingat eh!?" Nadia mengangguk lalu Zafriel melepasnya.
Terbirit-birit Nadia berlari menjauhi Zafriel.
Vote for next chapter!
YOU ARE READING
SENIOR TU, SUAMI AKU!
Romance𝙺𝚊𝚛𝚢𝚊 𝚙𝚎𝚛𝚝𝚊𝚖𝚊 𝚊𝚟𝚎𝚎𝚍𝚢𝚜 Nadia Alyana x Zafriel Akasyah Memang gila! Nadia Alyanna dijodohkan dengan Zafriel Aksyah abang senior sekaligus abe pengawas yang hot dekat sekolah. Macam mana lah perjalanan hidup Nadia Alyanna bersama Zaf...